Tunang mahu elak tonton lakonan Liyana Jasmay bersama pelakon lelaki | Boros Di Aralom

Jumaat, 30 Mac 2012

Tunang mahu elak tonton lakonan Liyana Jasmay bersama pelakon lelaki


Liyana dan Fathuddin ketika majlis pertunangan. (sumber: mD)

Tunang kepada aktres popular, Liyana Jasmay, Fathuddin Mazlan memberitahu sebolehnya dia akan mengelak daripada menonton lakonan bakal isterinya dengan pelakon lelaki lain kerana takut timbul perasaan cemburu. Namun itu tidak bermakna dia tidak memahami buah hatinya yang berkerja sebagai seorang pelakon. Cuma kenyataan itu secara spontan diluahkan ahli pernigaan muda berusia 28 tahun ni, saat ditanya adakah dia tidak kisah sekiranya Liyana berlakon dengan lelaki lain terutamanya yang melibatkan babak-babak intim, di masa depan.

"Saya elak untuk tengok lah (gelak sambil melirik ke arah Liyana yang duduk di sisinya). Tapi setakat saya okay jer. Saya faham kerja dia. Saya akan sentiasa bagi sokongan penuh padanya", kata Fathuddin ketika pasangan ini ditemui di majlis pertunangan mereka di rumah keluarga Liyana di Kemensah Height, malam tadi.

Diperkenalkan oleh seorang kawan, Liyana Jasmay berkata dia tidak boleh lupa detik perkenalan manisnya bersama tunangnya. Personaliti Fathuddin yang kelakar, sengal dan suka membuat muka comel membuatkan Liyana sentiasa gelak memikat hatinya lalu dia terus jatuh cinta pada jejaka itu.

Sementara Fathuddin pula berkata, sikap manja dan personaliti Liyana membuatkan hatinya terpaut. Meskipun sebelum ni dia tahu Liyana adalah jirannya dan juga junior semasa di sekolah menengah namun mereka tidak pernah bertegur sapa. Keserasian yang terjalin saat kali pertama berjumpa membuatkan Fathuddin benar-benar yakin Liyana adalah wanita tepat untuk dijadikan surinya.  

Dalam pada itu, ditanya juga filem atau drama lakonan Liyana yang paling disukai, Fathuddin berkata dia suka menonton filem Papadom kerana ia sebuah cerita yang kelakar.

"Tipu... dia suka sebab itu jer filem saya yang dia pernah tonton", sampuk Liyana spontan sambil tergelak. Dalam pada itu sempat lagi Liyana pecah lubang yang Fathuddin ni sebenarnya jarang tonton filem atau drama Melayu. 

Baca laporan penuh di malaysiandigest.com


Tiada ulasan: