Mudahnya mengumpul dan menebus mata ganjaran di iPanelonline.com | Boros Di Aralom

Jumaat, 23 Mac 2012

Mudahnya mengumpul dan menebus mata ganjaran di iPanelonline.com


Pernah dengar nama iPanelonline.com? Rasanya nama ini tidak asing lagi bagi mereka yang sudah menjadi ahli mana-mana panel kajian dalam talian. Bagi mereka yang belum pernah dengar mengenainya maka haruslah mengenalinya dengan lebih terperinci.

iPanelonline.com merupakan salah satu panel kajian dalam talian berstatus global. Mereka akan menyediakan banyak survei untuk dijawab oleh para ahli yang seterusnya akan diberikan mata ganjaran. Mata ganjaran tersebut pula boleh ditebus dengan wang tunai selepas melepasi nilai minimum penebusan.
iPanelonline.com ini merupakan panel survei terbaik ketika ini bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Kenapa? sebagai ahli aktif dalam menjawab suvei mereka, saya sendiri telah mengalami kualiti perkhidmatan mereka yang terbaik. Pertama, mereka menawarkan jumlah mata ganjaran yang banyak untuk sesuatu survei. Nilai mata minimum penebusan juga sangat rendah dan boleh dicapai dalam sekali jawab survei. 
Selain itu, tempoh pemprosesan penebusan juga sangat cepat jika dibandingkan dengan laman web yang lain. Penebusan dapat diselesaikan dalam masa kurang dari dua minggu. Laman web yang lain ada yang memakan masa sehingga berbulan-bulan, baru selesai. Tak pasti sudah berapa kali saya buat penebusan. Tetapi setiap kali penbusan, saya akan mendapat wang penebusan tersebut antara 3 hari hingga dua minggu. Cepat bukan. Mungkin ada yang lebih cepat tetapi jika dibandingkan dengan iPanelonline.com, saya akan memilih laman ini.

So, jika anda ingin menambahkan wang poket dengan menjawab survei, disarankan untuk menyertai iPanelonline.com kerana ianya satu laman yang sangat berkualiti dari segi perkhidmatannya. Setakat ini, saya secara peribadi sangat berpuas hati dengan iPanelonline.com. Sebab itu saya mengongsikan artikel ini bersama dengan para pembaca sekalian. 

Bak kata orang tua, sesuatu yang baik itu harus dikongsi bersama dengan orang lain supaya orang lain juga mendapat iktibar untuk melakukan sesuatu yang baik. Kalau anda ahli iPanelonline.com, semoga sukses dengannya. Dan bagi anda yang belum mendaftar, jangan tunggu lagi, pergilah daftar. Semakin banyak ahli, semakin mudah iPanelonline.com dapat 'tender' survei. Semakin banyak survei, semakin banyak lah mata ganjaran yang dikumpul. Semakin banyak mata ganjaran, semakin banyak lah wang penebusan. 

Walaupun benda ini tidak buat anda kaya, tapi syukurlah kerana dapat juga duit poket tanpa keluarkan modal satu sen pun kerana iPanelonline.com adalah percuma untuk disertai. Hati-hati juga dengan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab yang kononnya mengaku panel survei terbaik di dunia dan meminta anda membayar sejumlah wang untuk menyertainya. Jangan pedulikan tawaran sedemikian kerana ianya sangat merugikan.

Sekian untuk perkongsian.


1 ulasan:

Nour Adieb berkata...

Wah,cam maw join :D