Pakai Bedak Bayi
Taburkan bedak bayi di kepala, di bahagian kulit kepala yang paling berminyak. Biarkan beberapa saat agar minyak diserap oleh bedak kemudian sikat rambut seperti biasa.
Gayakan Rambut
Tarik semua rambut ke belakarn lalu diikat. Pankan 'shiny serum' untuk membuat rambut kelihatan berkilau. Dengan cara ini, orang akan menyangka anda memang sengaja menggayakan rambut dengan gaya 'slick' dan rapi bukan kerana tidak sempat mencuci rambut.
Cuci fringe
Tidak cukup waktu untuk mencuci seluruh rambut tatkala anda mandi? Cucilah 'fringe'nya sahaja. Bahagian yang paling ketara kelihatan berminyak adalah bahagian hadapan. Jadi jangan lupa mencuci rambut bahagian hadapan. Anda juga tidak memerlukan masa yang lama untuk mencucinya. Rambut akan kelihatan seperti baru disyampu.
Oil control paper
Anda mungkin sudah sering menggunakan kertas minyak atau 'oil control paper' untuk mengurangi lebihan minyak di kulit muka. Namun, ternyata kertas ini juga boleh dipakai di kulit kepala untuk menyerap kadar minyak penyebab rambut lepek.
Hindari topi
Banyak orang yang menutupi rambut lepek dan berminyak dengan cara memakai topi. Padahal ini akan membuat kulit kepala semakin berminyak. Jika anda menutupinya dengan topi, pastikan anda tidak akan berada di tempat atau situasi yang mengharuskan anda untuk membuka topi.
sumber; majalah rapi
PP12877/07/2011(030307)
Nak Duit Extra Sambil Blogging ke? Sertai PTP ini
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je
Tiada ulasan:
Catat Ulasan