Pelakon Amran Ismail sangkal dakwaan 'dibela' | Boros Di Aralom

Khamis, 29 Mac 2012

Pelakon Amran Ismail sangkal dakwaan 'dibela'


Amran Ismail

Berikutan baru-baru ini dia memandu kereta mahal  kereta jenis Honda Accord edisi baru dan Pajero di beberapa lokasi penggambaran sebuah drama, menyebabkan timbulnya dakwaan pelakon Amran Ismail, 27, 'dibela' seseorang.

Terkejut dan terkilan dengan tuduhan itu, namun yang demikian Amran menegaskan dua buah kereta itu tidak ditaja tetapi miliknya sendiri yang dibayar hasil wang dalam bidang lakonan.

Menurut kenyataan pelakon Cinta Buat Emelda ni di mStar, jelas Amran sebetulnya kereta kereta pacuan empat roda Pajero yang dipandunya itu adalah kepunyaan bapanya. Kereta tersebut diberikan sejak Amran berusia 19 tahun lagi dan akan bayaran ansurannya habis sekitar bulan Julai depan.

Sementara kereta Honda Accord itu pula dihadiahkan oleh ibunya.  Ini kerana, lesen Amran sebelum ini pernah digantung atas kesalahan lalu lintas. Dan selepas Amran kembali dibenarkan memandu secara sah, kereta itu diberikan sebagai menunaikan nazarnya terhadap Amran yang pernah diluahkan beberapa tahun lalu. 

Mengakui kereta Honda Accord itu adalah pilihannya sendiri, bagaimanapun ibunya hanya membayar wang pendahuluan dan bayaran bulanan adalah tanggungjawabnya.

- mD


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Tiada ulasan: