Top 10 Negara yang suka wanita gemuk | Boros Di Aralom

Rabu, 7 Mac 2012

Top 10 Negara yang suka wanita gemuk


Ratu wanita gemuk. (gambar hiasan)

Kegemukan bukan sahaja menjadi salah satu penyebab kepada penyakit malah ianya menjadi suatu yang paling tidak disuakai oleh kebanyakkan orang terutamanya wanita. Namun, bukan semua orang melihat kegemukkan itu suatu yang negatif. Di beberapa negara, wanita gemuk bukan sahaja menjadi igauan malah menjadi salah satu syarat jika ingin menjadi bakal isteri. Berikut merupakan Top 10 negara yang suka kepada wanita gemuk.

1. Mauritania
Sebuah negara yang terletak di benua Afrika. Obesiti atau kegemukan wanita sinonim dengan kecantikan dan kekayaan. Gadis-gadis belasan tahun digalakkan untuk meminum susu penuh krim yang berkualiti tinggi semata-mata untuk mendapatkan calon suami yang berstatus tinggi. Wanita kurus biasanya akan diceraikan.

2. Nauru
Nauru merupakan negara yang paling tinggi kadar diabetis iaitu 31% dan terkenal dengan sikap suka menyanjung wanita gemuk. Negara yang terletak di kepulauan Pasifik Selatan ini mempunyai sekitar 14, 000 populasi sahaja. Para wanita di sana akan digemukkan kerana mereka percaya wanita gemuk mempunyai kesuburan yang tinggi dan akan melahirkan anak lelaki yang kuat.

3. Tahiti
Negara ini juga mendapat jolokan ha'apori yang bermaksud 'untuk menggemukkan'. Para gadis akan digemukkan terlebih dahulu sebelum dihadapkan kepada ketua mereka untuk pemeriksaan kesuburan.

4. Afghanistan
Kesuburan wanita di Afghanistan sangat berhubungkait dengan berat badan berlebihan  dan dikatakan hidup lebih lama berikutan gaya hidup nomad. Wanita gemuk yang mempunyai muka yang bulat menjadi pilihan jejaka di sana.

5. Afrika Selatan
Disebabkan oleh masalah AIDS yang tinggi, perspektive masyarakat terhadap wanita kurus di Afrika Selatan menjurus kepada yang lebih negatif. Mereka lebih melihat wanita gemuk sebagai golongan sihat dan kaya.

6. Samoa
Obesiti atau kegemukan bukanlah sesuatu yang baru di Samoa. Kekurangan makanan telah melanda masyarakat di sana selama berpuluh-puluh tahun. Menurut pakar antropologist biology, orang Samoa sememangnya telah diprogramkan secara genetik untuk menyimpan kalori berlebihan di dalam tisu badan. Dan dikatakan juga bahawa wanita gemuk merupakan tulang belakang dalam memperbanyakkan populasi, golongan ini sering dipandang tinggi dalam masyarakat.

7. Jamaica
Hampir 65% daripada jumlah wanita di Jamaica adalah obes atau gemuk. Menurut satu kajian, kurus dikaitkan dengan kesedihan dan gemuk pula dikaitkan dengan kegembiraan, kebaikan dan keharmonian sosial. Jamaica juga menjadi pasaran luas untuk pil-pil untuk tambah berat badan.

8. Fiji
Fiji telah memperkenalkan makanan tinggi kalori dalam diet seharian masyarakatnya. Negara ini memberikan makanan secara meluas sebagai tanda keharmonian. Fiji juga mempunyai tahap kegemukkan yang tinggi di kalangan masyarakatnya. Namun bukan sahaja gemuk, mereka juga dikatakan gembira. Wanita gemuk dipandang sebgai simbol kekayaan, kesihatan, dan kesuburan.

9. Kuwait
Negara kaya minnyak ini turut melihat wanita gemuk sebagai simbol kekayaan. Satu tren yang berterusan sehingga kini.

10. Tonga
Tonga hanyalah sebuan negara pulau yang kecil tetapi populasi wanita gemuknya adalah tinggi. Jumlah restoran makanan segera seperti KFC, McD, dan sebagainya sangat banyak sehingga membawa kepada masalah berat badan yang melanda lebih 100,000 penduduk dari jumlah 114,000 orang. Ini kerana mereka melihat kegemukan terutamnya di kalangan wanita sebagai feminisma.


Di Malaysia pula macam mana? obesiti di Malaysia kini makin meningkat dengan kadar 1 daripada 5 orang adalah gemuk. Namun kegemukkan di Malaysia tidak dilihat sebagai satu simbol kekayaan atau kecantikan tetapi dilihat sebagai satu penyakit yang membawa maut. Oleh itu, amalkan lah gaya hidup yang sihat.

(sumber: www.toptenz.net)


Nak Duit Extra Sambil Blogging ke? Sertai PTP ini
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

3 ulasan:

reza al-razi berkata...

gemuk itu menawan.. erm........

dya nasir berkata...

haha..no komen..

Unknown berkata...

wahhh baru tau. hehe. thanks 4 this in fo yer.
jemput la baca entry fisha gak.
http://coretandakfisha.blogspot.com/2012/03/jom-muhasabah-diri-with-dak-fisha.html