Rekod penebusan mata my.ipanelonline.com sebanyak 9 kali dah rupanya | Boros Di Aralom

Khamis, 1 Mac 2012

Rekod penebusan mata my.ipanelonline.com sebanyak 9 kali dah rupanya

Fuh. pejam celik pejam celik rupanya dah lebih setahun saya join dengan ipanel ni. Sejak tu juga, dah sembilan kali buat penebusan mata dan diluluskan oleh pihak admin  my.ipanelonline.com  tanpa sebarang masalah. Syukurlah, walaupun tak banyak tapi dah kira satu berkat juga sebab saya join pun tak payah modal. Zero cost! gitu. Hanya perlu jawab survei dengan iklas dan tepat. 
Rekod penebusan mata ipanel.com

Walaupun demikian, ada juga masalah yang timbul selepas akaun email saya kena hack. Hampir enam bulan juga tak terima email dari ipanel.my. Sebenarnya boleh juga log in terus ke laman web my.ipanelonline.com untuk caru survei tapi biasalah kan kalau dah terbiasa dengan survei invitation melalui email.

Baru sebentar tadi periksa balik akaun di my.ipanelonline.com untuk tengok jumlah mata yang tinggal. Bila buka, nampak jumlah dah lebih 500 mata, jumlah minimum untuk penebusan. Apa tunggu lagi, ditekanlah butang 'penebusan mata' itu. Sebenarnya 500 mata ini senang ja nak capai. Jawab satu dua survei dah cukup. Ini lah yang saya suka dengan my.ipanelonline.com ni sebab minimum cashout dia rendah. Tak payah tunggu lama-lama.

Tips untuk mendapatkan mata di my.ipanelonline.com:-
1. Jawab semua survei dengan iklas dan tepat. Jangan main tipu-tipu sebab sistem boleh detect.
2. Jawab semua survei sistem, survei interaksi, survei perniagaan, survei cepat. Survei perniagaan paling banyak berikan mata untuk anda.
3. Rekomen kat kawan-kawan yang belum join. Pastikan rakan-rakan anda itu menjawab survei juga. Anda dapat lebih banyak mata kalau rakan-rakan yang direkomen tadi itu turut menjawab survei. Jika mereka hanya join, anda dapat 50 mata saja tapi jika mereka menyertai survei, anda akan mendapat 500 mata. Banyak bezanya kan.
4. Pastikan maklumat peribadi anda benar. Survei diberi berdasarkan maklumat peribadi anda. Selain itu pastikan juga maklumat tarikh lahir dan maklumat paypal anda benar. Mana lah tau kan, kot-kot masa hari jadi anda akan banyak ahli my.ipanel.com yang hantar hadiah point untuk anda.
5. PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI AKAUN PAYPAL. Mata hanya boleh ditebus melalui Paypal sahaja.

So, kalau anda adalah ahli my.ipanelonline.com dan kurang aktif, rajin-rajinlah jawab survei itu. Saya sendiri pun dah terlepas hampir enam bulan. Huhu..dan kalau anda yang belum join, boleh lah kunjungi laman web my.ipanelonline.com dan daftar. Ia boleh dijadikan sebagai sumber wang saku untuk beli garam dan gula kat rumah tu. Dan saya tegaskan bahawa "BENDA INI TIDAK AKAN BUAT ANDA KAYA, tapi boleh tambah duit poket"

Jadilah pasangan romantik dan nikmati seks hebat bersama isteri/suami anda
http://www.sekshebat.com

Tiada ulasan: