JERTIH: “Saya tergamam melihat tubuh anak dipenuhi najis ketika menemuinya terapung dalam tangki itu,” kata Mohd Husni Mat Hussin, 32, bapa kepada kanak-kanak berusia tiga tahun yang maut selepas terjatuh dalam tangki najis di kuarters Klinik Kesihatan Jabi, Kampung Gong Penaga, di sini, kelmarin.
Sebelum kejadian, mangsa, Nur Ammar Adlyn bermain basikal seorang diri di kawasan itu yang terletak 50 meter dari rumahnya di kuarters itu, sebelum terjatuh ke dalam tangki najis yang tidak ditutup dengan sempurna, kira-kira jam 5.30 petang.
Mohd Husni berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu apabila dimaklumkan seorang jiran yang ternampak dari jauh arwah terjatuh ke dalam tangki berkenaan ketika bermain basikal di situ.
“Sebaik diberitahu, saya bergegas ke tempat kejadian dan tergamam melihat arwah terapung di dalam tangki itu dengan badan dipenuhi najis.
“Saya segera mengangkatnya keluar dari tangki itu sebelum membawa ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan,” katanya yang masih diselubungi kesedihan ketika ditemui di rumahnya di kuarters Klinik Kesihatan Jabi, di sini, semalam.
www.hmetro.com.my
**
"Kalau la lubang itu diselenggara dengan baik, perkara sedemikian tidak akan berlaku. Namun, perkara ini sudah terjadi dan diharapkan agar pihak-pihak bertanggungjawab mengambil iktibar dan tindakan supaya kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan"
Nak Duit Extra Sambil Blogging ke? Sertai PTP ini
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je
Tiada ulasan:
Catat Ulasan