Lagi Promosi CELCOM dan LG PRADA | Boros Di Aralom

Rabu, 14 Mac 2012

Lagi Promosi CELCOM dan LG PRADA


Celcom ini memang tak habis-habis dengan promosinya. Kali ini mereka datang dengan gadget yang makin canggih iaitu LG PRADA..whoa! sekali tengok dia punya style, memang mengancam bagi yang terancam..huhu..
Harga benda ini kat pasaran memang mahal gila..RM2,200 gitu..tapi kan, kalau mau yang murah sikit, pergi lah tanya promoter Celcom. Katanya, mereka sedang menawarkan harga termurah sekitar RM1,500 jika anda melanggan pakej Celcom. Kira murah la tu kan. Potong sekitar RM700. Lepas tu dapat lagi melanggan pakej broadband. 

Cuba kira kalau beli secara berasingan...pergi kedai handphone beli LG PRADA dengan harga RM2,200...lepas tu pergi pulak kat kedai celcom beli pakej internet...kan dah berlapis harga. Nak jimat wang, pergi terus beli LG PRADA dengan Celcom dan terus langgan broadband mereka. Jimat gitu!! 

Dan, kalau anda memang jenis yang bajet...tak yah la nak mimpi beli LG PRADA tu..macam saya ini gasak dengan Samsung harga RM200 tu je. Nak online, pasang laptop je. Tapi payah lah nak bawa ke mana-mana. 

Apa pun..sendiri punya citarasa la kan. Tepuk dada tanya selera nak yang mana satu. Kalau bajet lebih, apa salahnya cuba benda yang canggih-canggih tu. Saya pun nak cuba...tapi..tunggu harga LG PRADA ini jatuh dulu..



Tiada ulasan: