Jika anda seorang yang kuat bekerja, pastikan juga anda mempunyai tidur yang cukup. Keletihan atau kepenatan dan kurang tidur kemungkinan besar akan mendorong kepada pengambilan makanan tambahan yang tidak teratur. Satu kajian yang telah dijalankan oleh Mayo Clinic seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail mendapati bahawa orang yang kurang tidur pada waktu malam yang normal akan mengambil beratus kalori lebih banyak berbanding mereka yang tidur cukup.
Pengkaji telah membahagikan 17 orang dewasa kepada dua kumpulan. Untuk lapan malam, setengan daripada subjek mendapatkan tidur yang normal manakala selebihnya perlu mengurangkan waktu tidur selama sejam. Didapati kumpulan yang kurang tidur tersebut mengambil 549 jumlah kalori lebih banyak setiap hari.
Waktu tidur yang normal untuk seorang dewasa ialah antara 7 hingga 8 jam sehari.
Nak Duit Extra Sambil Blogging ke? Sertai PTP ini
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je
4 ulasan:
ahaaa..kite pnat kije,mkn byk tp x gmuk2..-,-"
Kan bagus macam tu...boleh makan sepuas hati tanpa risau masalah berat badan..heee
Chenta makan banyak sebab tension!
kalu penat ..lupa nak makan ..
ya tak ya juga kan...penat terus tidur..
Catat Ulasan