Batman bantu polis memerangi jenayah di Brazil | Boros Di Aralom

Rabu, 21 Mac 2012

Batman bantu polis memerangi jenayah di Brazil


Ini merupakan salah satu usaha kreatif yang telah dilakuka oleh seorang pesara polis di Taubate, Brazil yang juga merupakan salah satu kawasan yang mempunyai kadar jenayah tertinggi di negara tersebut.
 Andre Luiz Pinhero, seorang pesara polis berumur 50 tahun mengambil langkah kreatif dengan mengenakan pakaian ala-ala Batman untuk memberi kesedaran terhadap kanak-kanak mengenai jenayah di Brazil. Pinhero telah membuat banyak ucapan dan pembentangan di khalayak ramai terutamanya terhadap kanak-kanak di sekolah-sekolah sambil memakai kostum Batman.
Pinhero berkata seperti yang dilaporkan dalam The Telegraph, "saya sebenarnya tidak berlawan dengan jenayah. Tetapi saya melawan jenayah dengan cara pencegahan awal dengan membantu kanak-kanak ini untuk mengelakkan diri daripada menjadi penjenayah. Inilah kerja saya, perlawanan saya,"
Pihak polis di daerah itu percaya bahawa langkah ini merupakan langkah awal yang akan memberikan kesan jangka panjang dalam menurunkan kadar jenayah di kawasan mereka.


Tiada ulasan: