Bagaimana menangani cinta pertama anak anda? | Boros Di Aralom

Selasa, 27 Mac 2012

Bagaimana menangani cinta pertama anak anda?


Bagi kita orang dewasa, cinta pertama kebanyakkan dipandang sebagai sesuatu yang biasa-biasa saja. Tetapi bagi kanak-kanak, cinta pertama itu merupakan satu perkara yang besar dalam hidup mereka. Di sini saya ingin mengongsikan tentang bagaimana menangani cinta pertama anak anda? Sebagai ibu bapa, apakah "do' dan dont's" yang perlu anda ketahui.

1. Lihat tanda-tanda
Cinta pertama biasanya berlaku di sekolah rendah sekitar umur 5 - 10 tahun. Walaupun anak anda tidak memberitahu secara terus terang bahawa mereka sudah jatuh cinta, anda mungkin boleh melihatnya, seperti merancang beli hadiah, suka mengusik kanak-kanak lain yang mereka suka itu, dan berketawa kecil bersama rakan-rakan.

2. Sikap ingin tahu
Ini merupakan peluang untuk anda memahami anak dan mula membantunya meneroka apa pilihan dan nilai mereka. Tanya anak anda soalan-soalan terbuka seperti "Beritahulah saya tentang Aini..", "Apa perasaan Abu terhadap kamu?" atau "Apa yang istimewa tentang dia?"

3. Jangan usik/ejek
Perasaan kasih sayang merupakan permulaan kasih sayang yang akan membawa kepada perhubungan yang bermakna di masa hadapan. Bercakaplah tentang perasaan keberahian dalam bentuk yang lebih positif dan tidak melampau sebagai sesuatu perkara yang menyeronokkan. Jangan sesekali mengusik atau mengejek anak anda yang sudah jatuh cinta itu.

4. Bina sempadan
Cinta pertama anak anda merupakan masa terbaik untuk memulakan dialog tentang sempadan fizikal dan emosi yang bersesuaian, terutamanya jika anak anda berumur lebih senior di sekolah rendah. Perbincangan mengenai afeksi fizikal, menghabiskan masa bersama, bersms dan sebagainya adalah perkara-perkara penting untuk dibincangkan.

5. Legakan perasaan yang disakiti
Apabila cinta pertama tidak terbalas, sudah tentu ianya sangat menyakitkan. Begitu juga dengan anak-anak. Ini lah peluang anda untuk mengajar anak anda tentang kekuatan hati dan bagaimana mereka boleh menruskan hidup walaupun setelah hati disakiti atau dikecewakan.

Artikel ini saya petik dari www.juliehanks.com yang merupakan seorang pakar dinamika diri dan perhubungan. Sekian untuk perkongsian.

http://www.juliehanks.com/2012/02/17/how-to-handle-your-childs-first-crush-studio-5/


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

1 ulasan:

dya nasir berkata...

tak sangka cinta pertama berlaku umur5-10 tahun..huhu