Adam (AF2) Boleh Ubatkan Orang Selepas Terkena Ilmu Hitam | Boros Di Aralom

Selasa, 29 Januari 2013

Adam (AF2) Boleh Ubatkan Orang Selepas Terkena Ilmu Hitam

Adam AF2 kena ilmu hitam
Sebelum ini memang ada khabar mengatakan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim kedua ini, Adam AF2 sudah berhijrah. Pun begitu sebetulnya dia mula mendalami bidang keagamaan sekaligus perubatan Islam sejak tahun 2010. Semuanya bermula apabila ahli keluarga terdekat jatuh sakit akibat perbuatan sihir, ditambah dengan minat dalam ilmu perubatan Islam.

Sejak itu Adam berguru dengan Haji Musa, di Sabah untuk memudahkannya mengubati ahli keluarga yang terkena ilmu hitam itu. Bukan saja ahli keluarga terdekat, Adam juga mengakui dirinya turut terkena perbuatan sihir berkenaan.

“Saya dapat tahu diri disihir apabila berubat dengan Haji Musa di Sabah pada 2010. Antara tanda-tanda diri disihir ialah apabila hati selalu berdebar-debar, mudah hilang sabar kerana dikatakan ada benda yang menjadi ‘pendamping’, tapi ia tidak teruk.

“Justeru, selepas berubat dan keadaan beransur pulih, saya sentiasa mengamalkan zikir dan menjaga solat lima waktu untuk mengelakkan diri daripada disihir selepas ini.

"Pada masa sama, saya menggunakan peluang itu untuk mendalami ilmu perubatan Islam dengan lebih mendalam daripada beberapa guru bertauliah sampailah sekarang", katanya kepada Harian Metro.

Lebih bermakna, kata Adam, dia bakal membuka pusat rawatan Islamnya sendiri, Nur Khalifah Al-Hasan yang dijangka beroperasi di Kota Damansara pada Mac ini.

“Sebelum ini, saya hanya mengubat ahli keluarga terdekat dan kawan rapat yang datang untuk meminta bantuan. Kini, saya yakin untuk mengubati orang ramai pula",

Antara penyakit yang diubati ialah gangguan saka, kencing manis dan darah tinggi. Dari segi bayaran atau ‘mahar’ pula bergantung pada jenis dan tahap penyakit dihidapi pesakit berkenaan,” katanya.


Sumber: mD
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/237831-selepas-terkena-ilmu-hitam-adam-af2-boleh-ubatkan-orang-.html

Tiada ulasan: