Raja Azmi Akui Bercinta Dengan Pemuzik Berusia 27 Tahun | Boros Di Aralom

Khamis, 24 Januari 2013

Raja Azmi Akui Bercinta Dengan Pemuzik Berusia 27 Tahun

Raja Azmi sedang hangat bercinta dengan jejaka 27 tahun
Penerbit filem, Raja Azmi, 53, mengakui yang beliau kini sedang hangat dilamun cinta dengan seorang pemuda berusia 27 tahun yang juga merupa seorang pemuzik.

“Gosip tersebut benar. Yes, I’m in love with a young man dan apa yang saya suka tentang diri dia adalah kerana dia seorang yang sangat matang. Malah, dia juga seorang yang benar benar caring”

“Walaupun saya lebih berusia daripada dia, tapi dia tidak pernah buat saya rasa diri saya ini tua. Sebaliknya, dia selalu buat saya rasa diri saya masih muda. Dan, dia pulak yang carry diri dia macam orang tua”, katanya kepada laman portal murai.com

Raja Azmi menambah yang hubungan beliau dengan pemuzik itu telah telah terjalin sejak sebulan dan hubungan mereka direstui oleh keluarga dan anak anak beliau.

Sumber: Malaysian Digest
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/233952-raja-azmi-akui-bercinta-dengan-pemuzik-berusia-27-tahun.html
 
Iklan Sisipan: 
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Tiada ulasan: