Indonesia Punya Kembar Datuk Siti Nurhaliza, Siti Liza | Boros Di Aralom

Selasa, 15 Januari 2013

Indonesia Punya Kembar Datuk Siti Nurhaliza, Siti Liza

Terkejut OHBULAN! tatkala terbaca sebuah artikel dari sebuah portal hiburan seberang, Kapanlagi. Menerusi laporan media dari negara seberang ini, Siti Liza atau nama sebenarnya Resriliza, 25, sememangnya mempunyai ciri-ciri seperti Datuk Siti Nurhaliza.

Menurut mereka, Malaysia bakal mendapat pesaing yang sangat mirip dengan Siti Nurhaliza, bukan saja dari segi paras rupa, malah vokal dan juga genre muzik. Untuk pengetahuan, penyanyi ini memang sengaja dijadikan hampir serupa dengan Siti Nurhaliza oleh sebuah syarikat rakaman dari Indonesia.

“Saat pertama kali saya lihat dan dengar suaranya, saya langsung tahu anak ini harus dikemas seperti apa,” ujar Arnold dari Talenta Indonesia.

Sumber: Oh Bulan
http://www.ohbulan.com/video-panas-indonesia-punya-kembar-datuk-siti-nurhaliza-siti-liza/

Tiada ulasan: