Isu Dituduh Mencuri: Scha Alyahya Masih Kecewa, Akui Reputasi Tercemar | Boros Di Aralom

Selasa, 22 Januari 2013

Isu Dituduh Mencuri: Scha Alyahya Masih Kecewa, Akui Reputasi Tercemar

Scha dan suaminya, Awal
Walaupun tiada sebarang bukti menunjukkan pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari terbabit dalam kejadian mencuri pakaian di sebuah gedung pakaian terkenal di ibu kota, seperti yang pernah kecoh sekitar Oktober tahun lalu, namun Scha berkata kesannya masih dirasai sehingga ke hari ini.

Kepedihan gara-gara tuduhan tidak berasas itu cukup dirasakan Scha apabila dia mengaku kecewa dengan penganjur yang seolah-olah lepas tangan apabila isu itu tersebar.

"Memang saya merajuk dengan penganjur apabila mereka tidak melakukan sebarang tindakan susulan untuk memulihkan kembali reputasi saya yang sudah tercemar. Berkali-kali saya meminta mereka mengeluarkan kenyataan yang boleh membersihkan nama saya. Namun mereka memberikan alasan polisi syarikat menghalang mereka berbuat demikian", kata Scha kepada Berita Harian.

Pelakon Awan Dania ini juga memberitahu dia cuba meminta jika ada salinan CCTV yang menunjukkan dia dan suaminya melakukan tindakan salah laku itu sebagai bukti, tapi permintaan mereka gagal ditunaikan.

Malahan dia mengakui tuduhan itu telah menjejaskan kerjaya seninya terutama membabitkan pandangan khalayak terhadapnya mereka berdua.

"Walaupun tidak secara terang-terangan, tetapi ada juga syarikat produk saya wakili yang menyiasat kesahihan perkara itu daripada orang lain. Mungkin mereka bimbang jika perkara itu benar-benar terjadi. Namun saya tetap menerima jemputan daripada pelbagai pihak untuk menjadi tetamu majlis. Sekali gus ia membuktikan mereka percaya saya tidak terbabit dengan kes mencuri," tegasnya.

Sumber: MD
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/230781-isu-dituduh-mencuri-scha-alyahya-masih-kecewa-akui-reputasi-tercemar-schaalyahya-awalashaari.html 


Iklan Sisipan: 
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Tiada ulasan: