Diana Kecewa TV Masih Tayang Filemnya Yang Buka Aurat | Boros Di Aralom

Ahad, 20 Januari 2013

Diana Kecewa TV Masih Tayang Filemnya Yang Buka Aurat

Diana Amir ayu bertudung
Pelakon juga pengacara, Diana Amir meluahkan ketidakpuasan hati terhadap sesetengah stesen TV yang kerap menayangkan filem-filem lakonannya sebelum bertudung yang difikirkannya mengaibkan.

 Memetik kenyataan di akhbar Kosmo!, luahan tersebut tidak hanya untuk dirinya sendiri malah secara tak langsung pelakon filem Aku Masih Dara itu sebagai mewakili rakan artis lain yang juga sudah berhijrah.

“Saya menyarankan supaya stesen TV menghentikan tayangan filem-filem lama saya serta beberapa pelakon lain yang sudah berhijab sekarang. Fikirkan juga kebajikan kami yang sudah berubah.

“Ramai juga peminat yang mengadu mengenai kekerapan tayangan filem-filem lama saya sebelum saya berhijrah. Memang itu kesalahan saya tapi kalau boleh tayangkan filem-filem lain yang masih banyak dalam pasaran kita,” katanya yang bakal merujuk Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berhubung perkara itu.

Dalam perkembangan lain, pelakon kelahiran Birmingham, England ini dikhabarkan sedang sibuk mengacarakan program SIS (Semangat Intelek Swadaya) di saluran TV9 dan untuk tugasannya itu dia bakal ke Jepun pada bulan Februari serta Switzerland bulan berikutnya.

Mengubat kerinduan peminatnya, sebuah telefilem berjudul Kerana Dia bakal disiarkan pada 1 Februari ini di saluran TV Al-Hijrah serta cerekarama Musang Tak Berjanggut menyusul selepas itu menghiasi slot Cerekarama TV3.


Sumber: Malaysian Digest
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/229021-diana-kecewa-tv-masih-tayang-filemnya-yang-buka-aurat-dianaamir.html

1 ulasan:

Shafiq berkata...

Lawanya Diana bertudung! :-)