Apa Pulak Kejutan Leuniey Untuk Apex | Boros Di Aralom

Isnin, 14 Januari 2013

Apa Pulak Kejutan Leuniey Untuk Apex

Gambar khawin Apek dan Leuniey
Model dan pereka fesyen, Leuniey Natasya memberi kejutan kepada suaminya, Khairul Fahmi Che Mat aka Apex dengan nyanyian dan kek istimewa sempena sambutan hari ulangtahun kelahiran penjaga gol pasukan Kebangsaan itu. Kejutan penuh romantis itu diberikan sewaktu di majlis resepsi ketiga mereka yang berlangsung di Hotel Royal Bintang, Damansara, malam tadi.

Sedang para tamu enak menjamu selera, pasangan mempelai yang sebelum itu berada di meja santapan beradab diminta naik kepelaminan untuk acara memotong kek. Sebaik saja selesai upacara memotong kek perkahwinan, tiba-tiba lampu dewan dimalapkan. Sejurus itu tiga hos bagi majlis tersebut iaitu Heliza Helmi, Taukeh (Jambu) dan Ah Chong menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk Apex diikuti para tetamu yang hadir.

Lueniey yang berada di sisi Apex turut menyanyi bersama sambil mengukir senyum memandang ke arah suaminya.

"Semoga panjang umur, murah rezeki dan menjadi suami yang terbaik", kata Leuniey kepada Apex.

"Semoga kita kekal hingga ke akhir hayat. Terima kasih untuk kejutan ini. Sebenarnya dalam tahun ni dah dua kali dia (Leuniey) buat kejutan macam ni untuk saya. Terima kasih. I love you, Leuniey Natasha", kata Apex ketika diminta oleh host membuat ucapan sempena ulang tahun kelahiran yang ke-24nya.

Resepsi bertemakan ala Inggeris ini dihadiri kira-kira 300 tetamu jemputan terdiri daripada bintang-bintang sukan - barisan skuad Harimau Malaya, para selebriti juga sanak-saudara dan sahabat handai kedua-dua pengantin. Dato' Siti Nurhaliza, Hazama, Dina Nazir dan Adibah Noor turut membuat persembahan istimewa untuk Apex dan Lueniey.

Apex dan Leuniey diijab kabulkan pada 28 Disember 2012 dengan hanya sekali lafaz. Majlis pernikahan yang diadakan di kediaman Leuniey di Kota Baru itu menyaksikan rombongan pihak lelaki turut menyerahkan wang hantaran yang juga mas kahwin bernilai RM19,000.

Pasangan ini mula menjalin hubungan selepas mereka berkenalan ketika terlibat dalam iklan minyak wangi 'SimplySiti Eau De Parfum' milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, awal tahun ini. - mD

Laporan dipetik dari MalaysianDigest.com

http://www.malaysiandigest.com/entertainment/224031-kejutan-leuniey-untuk-apex-fahmiapexs-leuniey-.html

Tiada ulasan: