Anak hampir tetelan jarum dalam keropok | Boros Di Aralom

Rabu, 23 Januari 2013

Anak hampir tetelan jarum dalam keropok

KENINGAU: Seorang murid tahun enam nyaris-nyaris tertelan jarum dalam keropok yang dibelinya di sebuah kedai runcit yang berhampiran di rumah keluarganya di Kg. Sumbiling Baru Mantatap dekat sini pada Ahad.

Murid berkenaan Albiester Winston 12, membeli sepuluh paket keropok yang tidak berjenama dan hanya berbungkus plastik lutsinar biasa di kedai runcit itu kira-kira jam 3.00 petang pada hari itu setelah meminta wang RM1.00 daripada bapanya.

Bapa Albiester, Winston Kuaring 34, yang mendedahkan perkara itu kepada media di sini kelmarin berkata, selepas anak sulungnya itu membeli keropok berkenaan, dia balik di rumah dan memakan keropok yang serupa dengan keropok berjenama kingkong itu setelah mengagih-agihkan kepada dua adiknya yang masing-masing berumur lapan dan enam tahun.

“Semasa makan keropok yang kedua keping dalam satu paket tiba-tiba anak saya terasa benda keras dalam mulut dan kemudian mengeluarkan benda itu dari mulutnya. Apabila menelitinya, ia sebatang jarum sebelum dia menunjukkan jarum itu kepada saya,” jelas Winston.

Winston yang amat kesal dengan perkara itu meminta pihak berkuasa agar membuat pemantauan di kilang atau industri yang mengeluarkan keropok itu.

Katanya, tindakan perlu diambil bagi memasti pengeluaran keropok berkenaan benar-benar mengikuti piawaian pengeluaran makanan ringan.

“Kita tidak mahu perkara itu berulang kerana ia bukan sahaja tidak memenuhi piawaian pengeluaran makanan ringan tetapi ia boleh memudaratkan pengguna. Mujurlah anak saya tidak tertelan jarum itu, kalau tertelan kita tidak tahu apa yang akan berlaku,” tegas Winston.

Menurut Winston, seminggu yang lepas anaknya juga terjumpa mata kail dalam keropok udang yang dibelinya di kedai runcit yang sama.

Walau bagaimanapun katanya, anaknya tidak ambil kisah dan membuang mata kail yang sudah bertegar.

Winston berkata, beliau mendedahkan perkara ini bukan mempersalahkan peruncit tetapi meminta pihak yang berkenaan agar memantau dan menjalankan siasatan di kilang makanan ringan berkaitan.

Sumber: New Sabah Times
http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/65481

Iklan Sisipan: 
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Tiada ulasan: