Edisi Blogger: November 2010

Selasa, 30 November 2010

Dilema Pelajar


Saya percaya bahawa hampir semua daripada kita pernah menjadi pelajar. Tak kira la pelajar sekolah rendah, menengah atau universiti. Banyak daripada kita yang sudah mencapai kejayaan malah banyak yang kecundang di tengah jalan. Puncanya adalah banyak. Kemiskinan, hilang kawalan, pengaruh negatif, impian, malah juga kematian. Bila diingatkan semula, pasti ramai yang tidak dapat mengingati apa yang telah dipelajari. Semasa berada di Tingkatan 1, kita belajar mengenai Sejarah Malaysia, Pendidikan Moral, Bahasa Melayu dan sebagainya. Adakah anda masih ingat? Ya, mungkin, samar-samar, dan mungkin tidak. Satu pertanyaan yang ingin dikongsi bersama di sini ialah adakah kita benar-benar telah belajar? atau sekadar mengepam ilmu ke dalam otak untuk diletupkan dalam peperiksaan?

Saya masih ingat semasa berada di Tahun Enam untuk menghadapi UPSR, Tingkatan Tiga untuk PMR, Tingkatan Lima untuk SPM, Tingkatan Enam untuk STPM, malah sekarang setiap semester di universiti juga mengalami situasi yang sama iaitu " mengepam untuk diletupkan". Maksudnya ilmu yang dikumpul dalam otak itu hanya bersifat sementara sahaja. Lebih kepada penghafalan dan pemahaman jangka pendek. Bila peperiksaan dah tamat, ramai yang merasa beban ilmu dah hilang. Macam-macam perkataan yang kita biasa dengar. "merdeka!!", "Yea, exam dah habis la. Otak dah tak berat lagi", "semua ilmu sudah saya tumpahkan tadi semasa menjawab soalan". Memang tidak dinafikan bahawa kita akan merasa sangat bebas, beban dilepaskan, gembira malah ghairah apabila peperiksaan dah habis. Saya juga mengalaminya.

Tetapi adakah ilmu itu benar-benar dipergunakan oleh kita sebaiknya? sikit-sikit, Ya, tapi kebanyakkannya tidak. Mungkin sebab terlalu banyak ilmu yang perlu dipelajari? mungkin fikiran kita dipaksa untuk belajar ilmu tersebut? dan hal-hal ini yang menyebabkan ilmu itu bersifat sementara sahaja? sendiri mau fikir la. Contohnya, dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Semasa berada di Tingkatan Empat dan Lima, kami dalam satu kelas rata-ratanya boleh menghafal kesemua sub-tajuk beserta dengan definisinya sekali dengan lengkap tanpa ada perkataan yang salah. Apakah definisi bagi sikap bertanggungjawab? definisi hormat-menghormati? bertolak ansur? semua boleh dijawab dengan tepat pada masa itu. Namun sekarang saya sendiri langsung tidak mengingat akan definisinnya. Buat apa nak ingat definisi, hanya mereka yang berjiwa robot saja yang akan mengingat definisi sampai bila-bila. 

Namun kita manusia adalah berjiwa manusia. Kita boleh belajar, boleh menilai dan boleh membuat keputusan. Tidak perlu ingat definisi kerana kita mempunyai definsi kita sendiri yang akan kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. Definisi yang diperoleh berdasarkan pengalaman hidup. Itulah ilmu sejati yang akan memandu kehidupan kita kelak. Saya bukan pakar motivasi atau pakar kaunseling, cuma ingin berkongsi bersama tentang perkara ini sebagai renungan. Siapa lah saya untuk berkata-kata sedemikian. Saya hanya boleh meluahkan pandangan sendiri dalam blog kerdil ini. Anda juga mempunyai pandangan sendiri dalam perkara ini. Semuanya terpulang kepada individu itu sendiri akhirnya.

"The aim of education should be to convert the mind into a living fountain, and not a reservoir. That which is filled by merely pumping in, will be emptied by pumping out - John M. Mason"

Payah Guna GPRS

Mesti ada antara kengkawan blogger yang perasan kanapa sejak dua menjak ni saya jarang update blog, jarang blogwalking, jarang mengomen malah jarang balas komen. Bukannya sengaja, cuma terpaksa mengurangkan blogging sebab line sini kurang baik. Sekarang ni saya berada nun jauh di kampung untuk cuti semester selama empat minggu. Lama tu. Untuk pengetahuan, semua line sini hanya ada GPRS je ataupun 2G tahap rendah. Memang sangat rendah. Bila connect internet hanya ada 50kbps - 70kbps je berbanding kat U yang boleh mencecah sehingga 7Mbs, itu pun kalau guna broadband yang paling murah dah. Bila line dah tak kuat, saya pun dah malas nak update blog selalu. Cukup lah setakat satu dua post sehari. Sebab apa, kalau nak buka satu webpage pun sangat payah. Kena tunggu beberapa minit. Pas tu certain webpage tak boleh buka. Email pun tak dapat nak tengok. Kesian betul. Tapi agak bertuah lah sikit sebab Blogger.com ni boleh buka kat sini. Itu pun kena tunggu lima enam minit. Fuh, rasanya kalau korang yang dah hobby berblogging ni, mesti rasa muak juga nak layan line internet yang lambat macam siput kelaparan kan. Satu lagi, saya tak boleh nak upload gambar kat blogger.com. Susah betul lah. Kalau kat dalam post-post saya yang lalu, banyak gambar yang disertakan tapi disebabkan keadaan yang tidak mengizikan ini, maka terpaksalah mengupdate blog tanpa gambar hiasan. Huhu. Bila agaknya pihak yang berkenaan nak upgrade line kat sini kepada 3G ya? Kepada pihak Celcom, Digi, Maxis, dan Hotlink, sila pertimbangkan untuk menaik taraf kemudahan anda di kawasan Jalan Ranau, Tamparuli, Sabah ini. Sekian terima kasih...

Isnin, 29 November 2010

Diari Penoreh yg Jatuh Tergolek

Hari ini saya dah mula pergi hutan..opss..pergi kebun getah dekat kampung la..Bila harga getah melonjak tinggi ni, mula lah orang naik gila nak pergi menoreh sampai pokok getah pun takut nampak si penoreh-penoreh terutamanya penoreh amatur macam aku. Sekarang harga getah kat Sabah adalah sekitar RM6 - RM7 sekilo untuk getah kepingan. Kalau kat Semenanjung harganya lagi mahal sehingga RM10 - RM13. Fuh, kayo penoreh getah ni. Kenapa ya harga getah kat Sabah dan Semenanjung tak sama? tak pe la, itu hak kerajaan untuk menentukan. Okay, berbalik pada cerita hari pertama aku pergi menoreh. Hari ni pergi dengan mak jalan jam5pagi lebih. Pulang jam1 ptg. Tak bawa bekal berat cuma bawa dua bijik kuih 'tinapung'. Sedap kuih ni tau. Nanti saya buat post pasal cara tradisional untuk memasak kuih ni ya. Untuk orang-orang Sabah, kuih ni memang tidak asing lagi la.

Saya ni kira rabun sikit. Hari Sabtu yang lalu baru pergi mintak buat kaca mata sebab degree dah terlalu tinggi. Siapa suruh dibiarkan begitu lama kan, padan muka saya. Then hari ni masa sedang syok-syok merosakkan pokok getah, 'gedebub' badan saya tergolek jatuh ke bawah. Celaka punya tanah!! dah lah licin, curam lagi. Ayoo..memekik-mekik saya memaki hamun tanah itu. Tapi salah siapa? itu kan salah saya juga sebab tak tengok jalan betul-betul. Nasib baik tak der orang lain dengar. Lepas jatuh, tengok seluar dah koyak tergores oleh batu. Tangan pun dah ada tanda dicakar tumbuhan berduri. Aduhhh!! memang sakit tau.

Kalau macam ni la gerangannya nasib si penoreh getah, maka memang mencabarlah pekerjaan berat lagi membebankan ini. Walaupun harga getah mahal, namun risiko si penoreh getah untuk mencari rezeki kat kebun getah juga adalah tinggi. Bukan setakat bahaya licin, malah ada lagi bahaya lain seperti ular, penyengat (ni memang saya selalu kena), dahan pokok yang jatuh dari atas, pisau getah, cuka getah, dan mesin 'gilingan'..huhu..ada kawan saya masa budak-budak dulu, jari dia termasuk dalam gilingan..sampai retak tulang jari. 

Anyway, apapun pekerjaan yang kita lakukan, masing-masing ada risikonya yang tersendiri. Untuk mengelakkan daripada bahaya berlaku, mestilah selalu berhati-hati dan bersedia dalam apa saja keadaan. Kepada penoreh-penoreh getah di luar sana, jangan terlalu obses dengan harga getah yang tinggi sehingga sanggup buat dua trip ke kebun getah yang sama setiap hari. Jika begini la, tak sampai setahun pun, susu getah dah habis. Jadi lah penoreh bijak..hehehe.

Ahad, 28 November 2010

Tips Shopping Kantoi

Jika kita perhatikan, masyarakat sekarang ini memang gemar sangat shopping kan..tengok saja lah berapa banyak shoping kompleks yang dah dibina di seluruh negara..berkembang tumbuh seperti cendawan..macam  la orang-orang kita ni banyak sangat duit nak beli-belah. Sebenarnya, saya ni tak lah suka sangat shopping..apa lagi kalau duit poket dah kering, memang sangat tidak enjoy tuk masuk shoping kompleks. Huh!! Korang tau tak sebenarnya ada beberapa tips kantoi untuk shoping ni yang aku tau dari rakan-rakan dan musuh-musuh..haha..aku bukan malaikat, sebab tu aku ada musuh..gilo ke??

Salah satu tips shoping yang sangat berguna yang telah, sedang, dan akan saya praktikkan ialah "makan free dalam shoping kompleks"..macam mana tu?..hah, sebenarnya, kalau lapar semasa membeli-belah, tak payah pun pergi order kat restoran..pergi je la kat lot-lot kedai yang sedang membuat promosi makanan. Biasanya, masa promosi tu, mereka akan sediakan satu kaunter untuk memcuba produk baru. Macam kat Giant, setiap kali saya pergi, mesti ada kaunter tuk cuba makanan seperti sosej, nuget, kentang goreng, ayam goreng, dan minuman jus. Lengkap dah menu kita. Ala, cuba sampai tiga kali je, mereka takkan marah punya. Tapi jangan la sampai penuh satu plastik siap bawa pulang lagi..nnt jadi popular masuk CCTV pulak..kelmarin masa pergi kat Giant, saya cuma bedal 2 cucuk sosej, 2 cucuk nuget ayam, dan secawan jus mangga je..kenyang juga..lepas tu pindah pulak kat kedai kek sebelah..ambik pencuci mulut yang dihidangkan oleh si promoter yang berdiri depan pintu kedai..lepas tu pura2 cakap "wah sedapnya, nnt saya bawa geng serbu kedai ni ya"..huhu..

Lagi satu, kalau badan tu gatal sangat nak beli baju baru tapi duit tak der, senang saja..pergi la buat window shoping. Lebih enjoy kalau ada kawan-kawan sekali. Bila jumpa baju yang diidamkan itu, pergi la masuk dalam bilik persalinan untuk pakai..then keluar dari bilik buat catwalk sambil suruh kawan tolong ambil gambar..pas tu, cuci gambar besar-besar letak kat bilik tidur, ataupun kat depan pintu bilik. Kalau ada orang tanya mana baju tu, then jawab lah "oh!, baju tu..dah saya dermakan untuk mangsa bencana alam..saya simpan gambar ja untuk kenang-kenangan"..yang penting, elakkan daripada tertangkap gambar tanda harga atau ditangkap oleh si pekerja kedai..hehe..boleh pakai ke tips ni..cuba je la..anyway, enjoy ke tak enjoy untuk shopping tu, bergantung pada orang itu sendiri kan..ada yang suka melepak je kat shoping kompleks, ada yang pergi kBox, main bowling, main snooker dan macam2 lagi sebagai selingan semasa shoping..huhu..Berkesan atau tidak tips ni, korang cuba la sendiri..banyak lagi tips shoping kantoi ni sebenarnya, tapi malas nak tulis panjang-panjang. Lagipun kebanyakkan pembaca tak suka baca yang panjang-panjang kan..peace!!

Sabtu, 27 November 2010

Akan Berehat Blogging Seketika

Sedih tapi harus aku katakan ini. Terpaksa berehat seketika untuk blogging kerana aku balik kampung ku yang sangat kurang line internet. Line 2G pun dah merangkak, ni kan pula line 3G..aku tak nak, tapi apakan daya. Huhu..aku selalu balik kampung juga tapi kali ni balik kat kampung yang satu lagi..yang dah bertahun aku tak pergi. Buat apa kat sana? fuh, banyak benda boleh dibuat, cari duit pun senang. Hah. macam mna kampung terpencil boleh cari duit hah?? banyak caranya tau..1st, menoreh getah..haha..korang tau kalau toreh kat kebun getah sendiri, lumayan tau..2nd, cari TOKEK atau POKOOK..waduhh, ni kalau dapat yang 300gram je, boleh dapat RM180,000 tau..korang tak caye ke? aku pun masih ragu2 lagi..tapi kalau kat kampung aku, dah banyak yang plihara binatang berupa cicak ni..huhu..nnt aku cari la..tp kena hati-hati juga..ciayok ciayok..akan kembali blogging pada setiap hujung minggu je sampai January..huhu..bergantung kepada terma dan syarat..haha..mengarut je aku ni.

Jumaat, 26 November 2010

KFC dan Gigi Palsu

                           
Patinya korang kenal apa itu KFC dan Gigi Palsu. Tak payah lah saya nak hurai kan panjang-panjang kan. Pasti juga ramai yang suka makan KFC and pasti juga banyak yang guna gigi palsu. Apa aku merepek ni? sudah lah..sebenarnya aku baru balik dari shoping gula-gula tadi kat 1Borneo..ada la beberapa keping wang kertas terbang entah kemana..lepas puas jalan-jalan tak tentu pasal, aku dengan kakak aku pergi la makan KFC..laparrrnya..aku order snack plate..terbang Rm10.40sen..duduk, makan dengan lahapnya..ya lah, dah dua minggu lebih tak makan benda tu..hari-hari asyik makan megi cup je, mana tahan..then tengah aku syok ngunyah, tetiba sorang attendant kat restoran tu pergi jumpa dengan supervisor dia..mereka duduk kat sebelah je dengan kami..fuh, dengan suara yang kuat si attendant tadi kata dgn supervisornya
Att: "kak, tadi saya ada nampak gigi palsu  besar dekat sinki tu..hahaha"
Sup: "aik, siapa punya?"
Att: "mana la aku tau..aku tunggu punya tungu, mo lihat siap punya tapi tak der pun orang ambil"
Sup: "jadi, apa ko buat lepas tu?" (supervisor ni pun tersengih-sengih)
Att: "apa lagi, saya buang la.."
Sup: "hah, knapa buang? nnt tu pemilik datang juga tu, knapa tak letak dekat kaunter je?"
Att: "entah la..eh, bukan sy yang jumpa gigi tu pulak..si Ro***..yang jumpa"
Sup: "adei..kau ni kan"..lalu topik tukar lain pulak..
Sup&Att: "bla..bla..bla..bila kawin?...bla bla bla..engkau kan yang bagi tips aku cari jodoh..bla bla bla..aku ni dah tua la, tak der siapa lagi nak kat aku...bla bla bla...kau cakap jangan putus asa..bla bla bla..cuci meja ni...bla bla bla..besok keja jam 9, mcm biasa datang awal 15 minit..bla..bla..bla.."

huhu..kepoh juga aku masa tu ya..bila mereka sebut pasal gigi palsu, rasa kesian and hairan juga aku dengan empunya gigi tu..apasal dia lupa, then kenapa tak sedar yang dia lupa pakai semula gigi palsunya..then, knapa pulak si attendan pegi buang..then knapa cakap dia dah buang tapi bila ditanya, tak nak ngaku pulak..then apasal supervisor dia pun dua kali lima juga..then..apasal aku kesah sangat ni..huhu..bukan nak merungut la..huhu..cuma hairan bin mengarut..korang tau tak, tadi sy nampak si Shah, ala, Presiden Gliteratti Club dari Nuffnang tu..adakah saya silap? entah lah..dia ataupun kembarnya sedang makan KFC kat 1Borneo jugak..dia ke tu?? oh ya..jam8.00 mlm tadi, dia dtg utk Mini Gathering for Sabahan Nuffnanger la..maka semakin yakin lah aku bahawa itu adalah dia..huhu..kalau silap, bukannya korang tau..tuk pengetahuan, saya tak dijemput pun pergi kat Mini Gathering tu..siapa la saya ini..hanya blogger baru yang kering idea, pakai laptop kapcai, pakai broadband Boredband, tak pernah pun cashout Nuff..huhu..kecian..tak pe la..saya tak kecik hati pun..Gud nite..sweet dream..malam ni saya banyak membebel ja..

Mr. Shah..

Friendship Award

Nampak tu..hehe..bagusnya rasa hati ini kalau dapat award..kali ni dapat award persahabatan dari seorang sahabat yang memang seorang sahabat. Terima Kasih Izamir Ridzwan. Awal pagi dah kena bagi award bermakna. So, seperti biasa, kalau kena bagi award ni kena la jawab beberapa soalan cepumas kan..

1. Apa pendapat korang tentang blog Izamir Ridzwan ni ya?
Blog cantik yang mempunyai banyak info berguna. Suka dengan kata-kata hikmahnya "prepare for the best, plan for the worst, and expect to be suprised"..and you know, i am suprised with this award..hee

2. Listkan nama-nama baik sahabat anda:
a) Just

Chewahh..bak kata Izamir, nak tag semmua folower tp masa tu tak mengizinkan..hehe..len kali la yer..gilir-gilir..macam la slalu dpt award..
So, kepada nama-nama bertuah yang kena tag di atas..semoga persahabatan di alam maya akan kekal ke alam realiti..~wink~

Its Holiday..

Yahoo..google..aik!! Gembira berul..sebab hari ni aku dah start cuti panjangggg...4 minggu gitu..wah..syoknya cuti-cuti Malaysia..segala bebanan asignmen, mid term, final exam dah habis..yea. pendek je entri ku ari ni..nak g shoping dulu guna duit PTPTN..huhu..

Khamis, 25 November 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA !

image

Woit!!..ada lagi segmen baru dari bro Ben. Kali ni bertajuk 'SAYA SUKA BLOG AWAK LA !"..bukan korang tak kenal dengan bro Ben kan..bloger otai pujaan semalaya..Ok, berbalik pada segmen ni, kita kena pilih lima blog yang kita suka lawat dan kenapa kita suka. Jom buat senarai..hee

Saya suka blog ni sebab semua ada dalam satu..all in one katakan..

Blog Izamir ni banyak benda yang sesuai dengan selera saya. Bukan stakat post yang syok malah banyak info berguna yang boleh dipraktikkan. Blog lain pun banyak jugak info, tapi blog Izamir ni lain skit. huhu.

Memang tak kering gusi kalau baca post2 lawak kat sini. Suka dengan lawak-lawak itu. Tak tau la pendapat korang macam mna pulak.

Well, 1st of all, saya tak akan lupa Just kerana dia lah antara blogger pertama yang buat saya bersemangat untuk berblog. Best bila berblog dengan dia.

Ni la blog wajib aku pergi tiap2 hari jika ada peluang untuk online. Sangat suka dengan post2 mr.Eddie yang berkisar tentang cerita-cerita pelik tapi benar. Memang syok!!

Ok, siap dah senari 5 blog tu. Sebenarnya masih banyak lagi blog yang saya suka lawat ni tapi memandangkan cuma 5 sahaja kuota yang diberi maka hanya 5 itu sahaja yang sempat disenaraikan. Kalau bro Ben beri kuota 10 tadi, kan bagus..Sekarang tiba masa untuk mengumumkan dari mana saya dapat tahu pasal segmen ini. Dari mana ya? korang teka la, hehe, dari siapa lagi kalau bukan BEN ASHAARI ..kan kan kan..salah satu blog yang saya suka juga. Kenapa? sebab dia lah blogger otai pertama yang saya kenal. Tips yang diberikannya juga sempoi-sempoi dan tak berbelit-belit. Mudah untuk difahami. So, demikian sahaja la perkongsian saya dalam segmen 'SAYA SUKA BLOG AWAK LA!" yang diperkenalkan olah bro BEN sendiri. Nak ngomel banyak-banyak pun dah tak der idea..huhu..anyway, Happy blogging semua.



Bayi Dilahirkan di Tepi Jalan Raya?

The birth was captured on Google Steet View
Foto yang diambil di Berlin ini menunjukkan seorang wanita terpaksa melahirkan anaknya di tepi jalan raya Bayinya disambut oleh lelaki berbaju hitam itu sambil dibantu oleh seorang wanita lagi yang sedang memegang kepala wanita yang melahirkan anak tersebut. Namun demikian, foto ini yang tersebar luas ke dalam internet ini telah menimbulkan tanggapan lain yang mengatakan bahawa ketiga-tiga individu dalam foto itu sengaja membuat-buat aksi bersalin itu manakala bayi yang dilahirkan juga dianggap sebagai patung dan mereka dikatakan berbuat demikian untuk mencari populariti di internet. Ini kerana kawasan itu berada dalam kawasan yang dilengkapi sistem perakam automatik dari Google. Apakah kebenaran di sebalik foto ini ya?

Rabu, 24 November 2010

BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU

image
Apa kabar bro Ben? huhu..first time sy ikut2 buat entri yg dianjurkan oleh bro Ben ni. Sebenarnya, dah lama sy jadi folower blog dia dan bro Ben sendiri adalah folower ke-4 blog ciput sy ni. Hebat kan dia. blog sy ni baru je setahun jagung umurnya. Masih banyak kelemahan dan kekurangan yang ada. Post pun mende2 yang entah sesuai entah tidak. Apa pun, harap korang suka melawat blog ni bila-bila masa ya. Itu pun kalau korang sudi. Hehe. Anyway, thank kepada yang selalu melawat blog ini dan memberi komen-komen yang bernas lagi munasabah..

Bangau Makan Arnab

Heron Eats Rabbit 01
Bangau bukanlah seekor burung pemangsa mamalia kecil tapi burung ini dikatakan boleh mengadaptasi cara pemakanan baru mengikut persekitarannya dengan mudah. Biasanya Bangau selalu memakan ikan tetapi nampak seperti arnab tersebut kurang bernasib baik kali ini setelah menjadi habuan si burung Bangau.

Heron Eats Rabbit 03
Lihatlah betapa hebat si Bangau melemaskan si Arnab dalam paya itu. Kesian engkau wahai Arnab yang kiut.


Heron Eats Rabbit 04
Kenyang!!

"Alien" Dijumpai

Cow Alien 01
  Ini sebenarnya bukan alien tapi anak lembu yang menyerupai manusia. Anak lembu yang sudah mati ini dijumpai oleh penduduk di kawasan pedalaman Thailand dan dipercayai mati kerana tidak cukup bulan. Penduduk kawasan itu telah melaksanakan ritual pemujaan terhadap "alien" tersebut berdasarkan kepercayaan mereka untuk menyingkirkan kuasa-kuasa jahat dan seterusnya mengharapkan anak lembu tersebut akan mengalami kelahiran semula yang aman.
Cow Alien 02

Cow Alien 05

Selasa, 23 November 2010

Amazing Rocks

Stone Skills 02
This is what we call "art masterpiece". Whoever can do this, he/she is an ordinary person with an extraordinary talent. Bill Dan from San Francisco has been balancing rocks since 1994 and he does have mad skills. It may look easy but once you try it, you’ll find out that a whole lot of concentration, balancing skills and talent is needed to do this kind of feat. Take a look at his work. Amazing right.

Stone Skills 04

Can you do this??
Stone Skills 05
It's like a magnetic rock. But they aren't..


Cara Mendapatkan Buffered Earning Terbaru?

Kenapa saya suka post pasal BE dari Nuffnang ini ya?? Ala..bukan aku sorang ja yang buat macam ni kan. Blogger lain pun slalu gak buat. Reason pertamanya adalah untuk menyokong penaja kita yang setia ini iaitu Nuffnang. Kedua, kalau kering idea, boleh guna ini sebagai posting untuk 'tarik trafik' kan kan kan. Kalau korang selidik, biasanya, orang yang post pasal 'Buffered Earning' atau 'Cash-out Nuffnang' akan dapat trafik yg tinggi. Huhu..bukan nak menunjuk pun. Lagi pula, bukannya banyak pun $$ yg terkumpul dalam BE tu..kalau sy, setakat satu dua ringgit pun dah syukur sangat sangat tau. Siapa juga yg nak beri duit free kat kita ni. Ok lah, berbalik pada rezeki BE terbaru ni pulak, kelmarin ada sy post pasal 'trafik rendah tapi dapat BE' kan kan kan, hari ni cek kat Nuffnang, dapat lagi 3 BE terbaru..rezeki..rezeki..rezeki..Thaks God..thanks to my visitors too..
Before

After

Lepas aku tengok ni, terfikir pulak dengan komen-komen berasas daripada pengomen-pengomen bernas dekat post terdahulu kat bawah ni. Kenapa ya trafik rendah tapi dapat BE jugak? Ini antara jawapan bernas mereka.


Apa pendapat korang pulak ya? Benar kah trafik rendah ini boleh menarik banyak BE dari Nuffnang?
Anyway, thankss again to Nuffnang ya.

Pelancaran Contest Teka Teki

Selamat pagi semua, sihat ker?? Hari ni saya dengan berbesar hati akan melancarkan peraduan baru dan yang julung-julung kalinya diadakan di dalam blog ciput ni. Huhu. Yang menariknya, peraduan ni ada hadiah tau. Tak lah gempak sangat hadiahnya, kalau nak tau lebih lanjut, pergi la tengok sendiri kat page 'Contest Teka-Teki' kat atas tu ya. Terma dan syarat pun sangat mudah. Info selanjutnya, korang boleh rujuk kat page itu. Gerenti!!! soalan sangat mudah..hehe. Bukannya apa, saja nak cuba buat peraduan untuk memeriahkan lagi blog ini. Daripada korang duk baca entri saya yang entah apa-apa tu kan..huhu..boleh juga korang uji minda itu skit. Untuk permulaan ni, saya sediakan satu soalan je la. Siapa cepat, dia dapat..itu pun kalau jawapan dia betul la.haha..tapi janga risau, ada hint yang akan disediakan. Selamat mencuba. Kita enjoy jawab teka-teki ni sama-sama. Opps!! bukan teka-teki, tapi teka gambar la..hee.

Isnin, 22 November 2010

Beli Satu Kereta Dapat Satu Rifle

Poster free offering AK-47 rifle for buying a truck

Sebuah syarikat menjual kereta terpakai di Floroda, US, telah melancarkan satu kaedah promosi jualan yang luar biasa. Mereka akan memberikan satu senjata api AK-47 untuk satu kereta yang terjual. Dalam keadaan ekonomi Amerika yang kurang stabil, kaedah ini telah membantu syarikat tersebut mencapai jualan yang sangat menggalakkan. Jualan mereka meningkat sebanyak dua kali ganda dalam masa seminggu selepas ia dilancarkan. AK-47 rifle ini merupakan antara senjata api yang mempunyai jualan paling tinggi sepanjang masa semenjak penciptaannya. Sejak kaedah promosi ini tersebar luas, ramai yang menyangka bahawa ianya dilakukan di negara-negara yang dicop sebagai negara pengganas seperti Pakistan dan Afghanistan. Bolehkah anda bayangkan apa yang akan berlaku jika cara ini digunakan di Malaysia? "Beli satu Proton Inspira, dapat percuma satu senapang patah"..huh..memang tak boleh la.

Trafik Rendah Tapi Dapat Buffered Earning?


Aku sedikit hairan la. Banyak yang kata, kalau nak BE dari Nuffnang, kena maintain kan trafik yang tinggi ke dalam blog. Memang ada kebenarannya pun tapi lain pulak yang berlaku dengan blog aku ni. Bukan nak menunjuk cuma nak clear kan persoalan dalam fikiran apa sebenarnya faktor utama untuk dapat kan BE ni? Sebenarnya blog aku ni tak lah tinggi sangat trafiknya. Sekitar 20 ke 50 je hit dlm sehari. Saya pun jarang juga update survey dalam Nuffnang tu. Apa yang saya selalu buat hanya tulis sekitar 3 post je sehari. Tu pun kira sikit kalau nak dibandingkan dgn korang kan. Satu lagi, saya dah start bloging ni sejak bulan September 2009. Masa tu cuma update blog setiap minggu satu kali je. Itu pun kalau ada idea bengang. Saya cuma start 'rajin' update blog sejak pertengahan bulan Oktober tahun ni. Baru je kan. lebih kurang baru sebulan la sy ni rajin berblog. Mulanya, sy berblog hanya untuk lepaskan geram, tension, stress, dan sebagainya. Sebab lecturer sy cakap, menulis juga boleh membantu mengurangkan benda2 tu semua. Sy sebenarnya masih mencari identiti sebenar tentang blog ni cuma masih belum jelas lagi. Benda tu biasa berlaku kepada blogger baru macam aku ni. Berbalik pada BE dari Nuffnang tu pulak, kenapa nak bagi BE pada blog yang bertrafik rendah? rezeki saya kan..hehe..hei..sy dah kira sangat bersyukur tau sebab dah diberikan BE cuma keliru sikit. Adakah BE diberikan atas faktor 'selalu update blog' atau atas sebab 'trafik yang tinggi'? Kalau ada siapa-siapa yang baik hati untuk beri pendapat, sila la beri pendapat bernas tentang ni ya. Sebelum tu, sy nak ucapakan berbanyak terima kasih sama Nuffnang sebab sanggup juga berikan BE kat blog ni dan tak lupa juga kepada korang semua yang sanggup melawat blog aku. Thanks.

Ahad, 21 November 2010

Kucing Bermuka Dua

Lil'Bit, the seven-month-old cat with two faces
Kucing bermuka dua ini yang bernama Lil'Bit atau singkatan bagi "A Little bit of Love" pada mulanya disangka oleh doktor bahawa ia tidak akan hidup lama. Namun pemiliknya yang berusia 47 tahun dari Arizona, US, pula berfikiran sebaliknya dan memelihara kucing itu sehingga kini. Menurut doktor, Lil'Bit mempunyai dua mulut, dua hidung, empat mata, dan mungkin juga dua otak. Otak yang satu ini akan tidur manakala yang satu lagi akan bangun dan ini berlaku secara bersilih-ganti

Lelaki 100 tahun nak tanding berdayung?

John Hodgson: 100-year-old to compete in indoor rowing championships
John Hodgson yang merayakan ulang tahun ke-100 awal tahun ini akan menjadi peserta tertua di dalam British Indoor Rowing Championship. Kejohanan indoor rowing terbesar ini mempunyai  sekitar 3000 jumlah peserta dalam kategori berat dan umur yang berbeza-beza. Hanya John seorang yang akan menjadi peserta tunggal dalam kategori  peserta berumur 100 tahun. Namun, John bertekad untuk mencatatkan rekod masa terpantasnya iaitu 10 minit 30 saat di mana masa biasa yang dicatakan oleh kesemua kumpulan dan umur dalam kejohanan itu ialah 5 minit 40 saat. John sebenarnya telah menyertai kejohanan ini sejak dari tahun 2001. John sememangnya seorang yang aktif bersukan dan merupakan bekas askar yang pernah bertempur ketika Perang Dunia Kedua. Walaupun dikhuatiri oleh para doktor namun John tetap bersemangat untuk meneruskan hasratnya untuk bertanding dalam acara tersebut. John berkata "kita perlu bertekad tinggi. Saya selalu memastikan tubuh badan yang fit semenjak berumur 13 tahun dan itu adalah keghairahan saya"  ketika ditemubual. 

Betulkah Anjing Ini Tertekan?

Depressed Dog 01
Adorable sweater wearing pug that looks a bit too depressed as it hangs around outside cafe Trieste in San Francisco
Depressed Dog 02

Depressed Dog 04

Depressed Dog 03
Someone needs to give the little guy some love.

Sabtu, 20 November 2010

Manusia Pokok

Tree Man 04

Dede Koswara (gambar), 37 tahun, seorang lelaki dari Jawa, Indonesia yang juga terkenal dengan panggilan "Tree Man," telah hidup selama bertahun-tahun dengan badannya yang diselaputi kutil yang menyerupai pokok. Anda mungkin telah melihat seorang lelaki muncul sebagai seorang wanita atau menghiasi tubunya dengan tato tetapi tidak untuk seorang lelaki dengan badan kayu! Anda mungkin tidak pernah bermimpi seorang laki-laki dengan tubuh kayu, tetapi dalam kehidupan nyata, Dede Koswara memiliki tubuh kayu yang tinggal bersama kita.

Tree Man 05
Dede telah menjalani sembilan rawatan untuk menyingkirkan ketumbuhan tersebut.

Treeman Getting Better 01
Keadaan Dede sekarang

Jumaat, 19 November 2010

Tandas Kreatif

funny toilets


funny toilets

funny toilets

funny toilets

Pilihan di tangan anda..


Kucing Bertelinga Empat

Yoda

Kucing bertelinga 4 ini bernama Yoda. Pemiliknya iaitu pasangan Valerie & Ted Rock yang tinggal di Illinois, Chicago, US, mengambil kucing tersebut di sebuah bar di mana sekumpulan pengunjung sedang memegangnya sambil mengolok-olok kucing itu. Selepas gambarnya diterbitkan di dalam internet, Yoda telah menjadi selebriti media antarabangsa yang terkenal. Pernah menghadiri rancangan Good Morning America, Fox News, dan The Tyra Banks. Telinga ekstra tersebut terhasil disebabkan oleh mutasi genetik. Nama Yoda diberikan sempena watak 'Yoda' dalam Star Wars. Pemilik Yoda terpaksa memberikan sepenuh perhatian untuk melindunginya kerana mereka takut Yoda akan diculik kerana keunikannya.

Khamis, 18 November 2010

Manusia Tanpa Muka

Jose bersama adiknya Guida
Jose Mestre, 51, yang berasal dari Lisbon, Portugal, telah kehilangan wajahnya kerana mengalami ketumbuhan yang berlaku sejak 35 tahun yang lepas. Ketumbuhan yang disebabkan oleh tumor itu kini berukuran 33cm panjang dan mempunyai berat 3kg. Tetapi disebabkan oleh kepercayaan kuat Jose terhadap agamanya yang menghalang pemindahan darah, dia menolak untuk menerima transfusi darah yang seterusnya mencegah dia daripada mengalami pembedahan untuk menghentikan tumbesaran tumor tersebut. Namun demikian, seorang ahli perubatan British telah menawarkan untuk merawat Jose dengan menggunakan gelombang ultrasound (teknik yg tidak bercanggah dengan kepercayaan Jose). Jose telah bertemu dengan para ahli perubatan ternama di London. Dia berjalan melalui beberapa siri ujian, konsultasi, dan bertemu pesakit lain dengan penderitaan yang sama. Di London ia juga menghabiskan masa dengan adiknya Guida dan seluruh keluarga sementara membuat keputusan terbesar dalam hidupnya. Seperti orang lain, Jose juga inginkan hidup yang normal. Akhirnya, pada tahun 2008, Jose telah kembali ke London untuk menjalankan pembedahan tanpa transfusi darah tersebut.

Rabu, 17 November 2010

10 perkataan paling romantik..ya ke??



1) "When giving her a dozen roses, 11 real and 1 fake, say, "I will love you until the last rose dies." 


2) "Last night I looked up into the stars and matched each one with a reason why I love you. I was doing great until I ran out of stars."


3) "If you held up 11 roses into a mirror, you'd be looking at 12 of the most beautiful things in the world."


4) "They say a picture tells 1,000 words, but when I see yours all I see is three: I...love...you"


5) "I sent an angel to look over you at night. The angel came back a minute later and I asked it why. It told me, "Angels don't watch other angels." 


6) "Life without you is like a broken pencil, pointless."


7) "I could conquer the world with just one hand as long as you were holding the other."


8) "God was showing off when He created you."


9) "I love you more than yesterday but less than tomorrow."


10) "I was just going to say something, but I forgot when I started looking at you."

Perlu Akhiri Konflik

Konflik adalah sebahagian daripada hidup kita. Ketika diurus dengan baik, konflik dapat mendorong kita untuk melihat satu gambaran baru dan boleh membantu membangunkan penyelesaian yang inovatif untuk sesuatu masalah jika dilihat dari sudut yang positif. Namun, konflik yang salah diurus boleh menjatuhkan seseorang, membuat kita marah atau kecewa malah mengikis harga diri kita. Ketika konflik yang tidak sihat berlaku, adalah sangat penting untuk menamatkan konflik tersebut demi untuk menyelamatkan sesebuah hubungan.Cara untuk menamatkan sesuatu konflik itu adalah berbeza dan bergantung kepada individu itu sendiri. Berikut merupakan beberapa langkah yang dicadangkan untuk menyelesaiakan konflik.

Pertama, kita perlu menetapkan masa yang sesuai untuk membincangkan situasi dengan individu yang terlibat dalam konflik tersebut. Pilih waktu yang tenang, santai dan yang penting jangan terlalu terburu-buru.

Kedua ialah dengan menetapkan peraturan asas dalam perbincangan. Contohnya, gunakan nama panggilan yang sesuai dan menyelesakan serta perlu menjaga tingkah laku semasa perbincangan. Pastikan kedua-dua pihak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan proses resolusi menjadi semakin sukar dan mungkin akan memburukkan lagi konflik.

Selain itu, masalah perlu dihuraikan secara bergilir-gilir. Jika kita tidak boleh sepakat tentang apa yang menyebabkan konflik, kita tidak boleh menamatkan konflik. Kita juga perlu mendengar dengan cermat antara satu sama lain, kerana kita mungkin mendapati bahawa orang lain marah tentang sesuatu yang kita tidak pernah sedari telah menjadi masalah.

Seterusnya, mengklarifikasi kedudukan masing-masing. Parafrase atau mengulang semula ayat dengan menggunakan ayat pendek tentang apa yang kita dengar dan menanyakan apakah kita memahami antara satu sama lain. Tanya soalan tentang apa saja yang kita tidak faham.. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan salah faham semasa dalam perbincangan.

Menetapkan objektif dan menyelesaikan masalah perlu dilakukan pada saat ini. Banyak konflik berakar dalam elemen tunggal dari sebuah perbincangan yang lebih besar. Adalah disarankan untuk tidak memperdebatkan semula perkara yang sudah dipersetujui dan mula memberi fokus kepada penyelesaian masalah. Ini kerana, sesuatu perbincangan itu bukan lah bertujuan untuk menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah.

Akhir sekali, kedua-dua pihak perlulah menetapkan satu persetujuan tentang cara-cara menyelesaikan konflik tersebut. Tetapkan rangka masa untuk perlaksanaan dan rancang satu perjumpaan semula untuk membincangkan hasil daripada cara-cara yang telah dipersetujui dan dilaksanakan tersebut. Jangan berkeras dengan memikirkan bahawa orang lain akan mengikuti langkah anda, tetapi bekerja sama lah untuk mencari jalan yang membuat kedua-dua belah pihak selesa. Untuk memperoleh keputusan yang terbaik, adalah disarankan untuk mencari orang ketiga sebagai pengantara seperti kaunselor, pakar motivasi, dan orang yang arif tentang masalah yang dialami.

Bayar Pinjaman Pelajar


Sebuah laporan baru-baru ini mendedahkan bahawa hampir 40 peratus lulusan IPT yang diwawancara menyatakan bahawa  mereka memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun untuk menjelaskan pinjaman belajar mereka seperti pinjaman PTPTN dan Mara. Penyelidikan lain menunjukkan bahawa jumlah hutang pelajar meningkat sebanyak 25%  pada tahun 2008. Jumlah itu semakin bertambah setiap tahun dek kerana jumlah pelajar yang berjaya memasuki IPT yang semakin miningkat saban tahun. Ini ditambah lagi dgn jumlah IPT yang tumbuh seperti candawan. Jadi, macam mana kita sebagai pelajar untuk mengawal pembayaran pinjaman ini supaya tidak kena kejar-kejar oleh pihak mahkamah?

Menurut pakar pengurusan kewangan, kita kena mendapatkan gambaran yang jelas tentang jumlah dan jenis hutang pelajar. Ketahui berapa banyak jumlah yang perlu dibayar terhadap setiap pinjaman setiap bulan. Jumlah average pinjaman contohnya PTPTN adalah dalam lingkungan RM25,000 bagi setiap pelajar dan jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar setiap bulan kelak adalah dalam lingkungan RM180.

Selain itu, kita boleh cuba meminta pilihan pembayaran dilanjutkan jika boleh. Ini akan membolehkan anda untuk membuat bayaran yang lebih kecil dalam tempoh masa yang lebih lama. Dengan harapan bahawa pihak pinjaman akan lebih tertarik kerana ia memberi mereka kelebihan bunga pinjaman yang lebih besar.

Gunakan pelan pembayaran berasaskan pendapatan yang manghadkan jumlah bayaran sebanyak 15% daripada pendapatan setiap bulan. Ini akan membolehkan kita untuk menjaga tempoh pembayaran pinjaman dengan lebih mudah dan juga dapat menyimpan atau melabur wang pada masa yang sama.

Jika tidak dapat membuat pembayaran pinjaman pada masa yang ditetapkan, mohonlah untuk penangguhan pembayaran. Jangan bimbang, ini adalah penyakit umum yang dihadapi oleh kebanyakan mahasiswa/siswi. Tetapi jangan kerap  sangat menangguhkan pembayaran itu.Rajin-rajin lah mencari pekerjaan.

Sebaiknaya, tundalah rancangan-rancangan besar dalam hidup seperti nak berkhawin, beli rumah atau membeli kereta sport. Jika  telah mengumpulkan enam angka jumlah hutang pinjaman mahasiswa, kita mungkin perlu untuk menghabiskan satu atau dua tahun menumpukan kestabilan kewangan, itupun kalau kita bekerja sebelum mencapai tujuan yang lain.

Namun demikian, cara-cara tersebut di atas adalah bergantung kepada latar belakang si peminjam juga. Ada yang mengatakan bahawa jika mereka berkhawin selepas graduat, mereka boleh manyelesaikan masalah pinjaman dengan mudah kerana mempunyai pendapatan suami isteri yang boleh menampung pinjaman tersebut. Tetapi itu pun jika kedua-duanya telah bekerja. Olwh itu, hal ini bergantung kepada individu itu sendiri juga untuk menilai cara yang terbaik untuk deal dengan pinjaman masing-masing.

Selasa, 16 November 2010

Siapa nak RM8,888 tunai!!!

Macam banyak je duit tu kan..memang banyak pun..hah, kalau korang mo menang duit ciput ni, korang klik je banner kat bawah yer..saja nak promote benda ni. Siapa yg tak mau duit kan. 

      Terms & Conditions
    • This campaign is open to all Malaysia citizens aged 18 years or above. Employees of Lelong.my and Superbuy.my are not eligible to participate.
    • The campaign period is as follows:
      • Week 1: 15 November - 21 November
      • Week 2: 22 November - 28 November
      • Week 3: 29 November - 05 December
      • Week 4: 06 December - 12 December
      • Week 5: 13 December - 19 December
      • Week 6: 20 December - 26 December
    • All winners will be notified through email. The final draw results will be announced on 28 December 2010 on Lelong Facebook page. The winner of weekly top referrer will be announced by every Monday.
    • There will be 6 weekly Top Referrers throughout this campaign. Weekly Top Referrer is the person who has the most referrals for the week.
    • All registration details must be valid and complete. We reserve the rights to forfeit the prize if registration details are invalid.
    • All registration must be received and email activated between 15 November 2010 and 26 December 2010
    • All prizes must be claimed before 10 January 2011. When claiming the prizes, winners are required to provide your IC and mobile phone number for verification purpose.
    • All cash prizes will be issued in the form of local cheques and winners must provide a correct name and IC number. We will only issue the cheque once for each winner.
    • Superpoint cannot be combined, converted to cash or transferred to another person .
    • We reserve the rights to amend the program rules. By entering the program, members agree that our decisions are final and not open to challenge.
    • We reserve the rights to withdraw any prize if we suspect any kind of manipulations by the winner.
    • We reserve the rights to use any images, alone or in combination with any other material, in any media or embodiment, now known or later developed, for any marketing, advertisement or promotional purpose.

Isnin, 15 November 2010

Sungai oh Sungai

Semasa aku kecil sekolah rendah, hampir setiap hari aku dan kawan-kawan pergi mandi manda kat sungai di kampung kami. Sungai tu terletak kira-kira 2 kilometer dari rumah. Bukan senang nak pergi kat sungai tu sebab terpaksa turun bukit sepanjang perjalanan. Masa nak pergi tu senang la skit tapi bila nak pulang terpaksa naik bukit sepanjang jalan. Tapi kenapa kami suka juga nak pergi? kerana masa tu, sungai ni jernih, luas, dalam, cantik, menyegarkan, dan natural. Tapi sekarang dah macam lombong, cetek, kotor, sempit, nak tengok pun sakit mata. Ini baru sungai kat kampung, belum lagi sungai kat bandar. Kalau aku tengok sungai kat bandar tu entah ada makluk akuatik ke masih hidup. Sampah-sarap sana sini, warna macam minyak hitam, bau macam bangkai yang dah menjadi bangkai yang bangkai..huh..aku suka mandi sungai. Dari sungai kat kampung ku itu lah aku belajar berenang, menyelam, menangkap ikan, memukat, dan memancing. Sekarang kalau nak belajar berenang kena pergi kat pusat renang dulu. Tapi lagi ok lah kalau belajar kat pusat tu sebab keselamatan dikawal. Dulu masa aku belajar berenang, abang-abang dan kawan-kawan yang tua dua hingga lima tahun dari aku saja yang menjadi pemerhati. Masa tu aku baru berumur 8 tahun. Walau bagaimana bahaya sekalipun cara kami tu dulu, First Hand Experience tu takkan dapat dilupakan bila aku hampir-hampir lemas sebanyak lima kali.  

Ait Terjun Murug-turug
tempat aku dan kawan-kawan selalu mandi dulu

Sungai oh sungai, aku kasihan kat engkau, aku sedih kat engkau, aku berusaha untuk engkau bila aku terbaca berita hari ni tentang engkau. Berita ni memberitakan tentang sungai yang dekat dengan sungai yang aku selalu mandi dulu. Bukan setakat menjadi pusat pembungan tandas, sungai menjadi pusat pembungan sampah-sarap dari rumah. Tak boleh ke kumpul sampah tu dan buang kat tong sampah. Biar DBKK yg buat kerja mengurus sampah. Bukan bagi kat sungai. Membuang sampah ke sungai ibarat orang yang suka melepaskan tanggungjawab. Bila dah tengok sampah dihanyutkan air, ingat selesai masalah sampah kat rumah tu? Lagi banyak masalah yang akan kembali secara bertubi-tubi. Penyakit, air kotor, toksik dan macam-macam la. Bila dah kena masalah-masalah macam ni, nak salahkan orang lain pulak. Bila mintak peruntukan air bersih tak dapat, nak kempen sana sini pulak salahkan pemerintah. Oleh yang demikian, sama-sama la kita pikul tanggungjawab untuk menjaga sungai. Sumber alam terindah di muka bumi ini.



Ahad, 14 November 2010

AC Mizal VS Bloggers

Aku tertarik la dengan cerita MyMetro hari ni pasal AC Mizal menjawab kritikan, ugutan, dan fitnah yg dilontarkan kepadanya terutama dari penulis-penulis artikel dan bloggers pasal syarikat ACK yang kononnya mengamalkan bisnes MLM tanpa lesen. Ni la yg dikatakan "you attack, i defence and now it's time for me to attack, you defence"..

"1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000

Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.

2) Tiada Lesen Jualan Langsung

Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.

3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London

Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.

4) Testimoni yang ditiru daripada laman web

Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.

5) Gelaran Datuk

Kenapa ada yang mahu mempertikaikannya? Saya bukan mahu berlagak menggunakan gelaran berkenaan, tetapi sememangnya ia adalah penganugerahan daripada Sultan Pahang. Saya ada dokumen pengurniaan kebesaran dan pingat negeri Pahang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.

Kini, saya menunggu tarikh untuk menerima pengurniaan itu yang dijadualkan untuk sesi kedua pada bulan ini atau Disember nanti.”
myMetro | AC jawab dakwaan

Ni AC Mizal pulak nak attack blogger yang berkenaan terutama penulis blog yang menggunakan nama Aidid M,u’addib, AC menganggap mereka sebagai pengecut. Atas dasar ‘berani kerana benar’. Hah, lepas ni meningkat sakan la trafik ke blog tu agaknya..korang nilai la sendiri tentang kes ni. Apa yg penting, tepuk dada tanya selera. Bagi sy bila dua-dua pihak dah menampilkan bukti dan penjelasan masing-masing, agak sukar juga nak nilai mana yang betul mana yang salah kan. Sy ni tak main la dgn MLM smua tu. Itu hanya utk mereka yang benar-benar berjiwa MLM. Ada yg cakap senang tp bila dah masuk, susah pulak nak hidup. Org atas senang lenang, orang bawah terhimpit. Begitulah senarionya.



Sabtu, 13 November 2010

Masalah dengan CIMBclicks

Hari ni aku rasa terkilan sedikit la dengan CIMBclicks ni..ingat nak buat transaction scara online. Pas tu nak relod Hp. Pas tu nak bayar bil pulak..tapi site CIMB sedang dalam maintenance sejak dari jam12.00am subuh tadi. Mood aku dgn CIMB ni masih okay la sebab dia kata proses maintenance akan siap pada jam10 pagi ni..tapi..
Ingatkan dah siap pada jam10 tadi..rupanya belum..masa tu pulak ubah dr 11:45pm to 12:45am..ni yg aku moody skit nak guna online transaction. Lau tau macam ni awal2, boleh pergi kat bank terus buat urusan. Cuma, hari ni malas nak ke mana-mana. Harap-harap CIMBclicks akan siap diselenggara malam ni ya..

*hari sabtu bank buka ke??

Earning Churp-churp

Murah rezeki dengan churp-churp ni..walaupun earning baru je mencecah nilai 666, syukurlah kan..siapa juga mo bagi duit free..sy join pun baru beberapa minggu..earning churp2 ni bergantung kepada bilangan asingmen yg kitaorang dapat..minggu ni dpt 3 asignmen termasuk yg masih pending kat bawah tu..aku pun tak tahu berapa nilai earning yg diberikan pada setiap asingmen..yg aku perhatikan pd earning aku sendiri, earning dia dari range RM0.80 hingga RM1.33 bagi satu asingmen..tak tau la korang punya mcm mna..tapi harus diingat juga, bukan semua asingmen yg kita 'tweet' tu diterima, ada juga yg ditolak. Aku pun pernah gak kena tolak..besa la masih baru.

Seperti yg kebanyakkan kita semua tahu, churp2 ni saudara si Nuffnang..kalau korang mo tahu lagi, sebenarnya earning aku tuk churp2 lagi ok jika dibandingkan dgn Nuffnang..tp tak pe la, lagi pun kita berblog ni pun sebagai hobi saja kan. Kehadiran Nuffnang telah mengindahkan lagi kehidupan berbloging ni. Anyway, thanks to Nuffnang and to Churp-churp sebab sanggup bagi duit free kat kitaorang.

*tengok kat nilai 666 ni, teringat pula jumlah blog yg ada kat list software blogjoging aku pun 666
Hmmmm...

Permohonan Maaf hanya kerana Blogwalking

Panas..ada orang tak faham le..aku blogjog kat blog yg aku follow je pun..itu pun tak boleh ker??? aku bukannya post benda2 tak betul pun...lau tak nak kitaorang blogjog kat blog dia ni, tak payah la nak letak shoutmix ke apa2 benda..adei.. lau betul lah aku ni dianggap tak beretika, sorrry berry strawberry la tuk ko yg berkenaan ya..tak payah la kita gaduh..post ni ditujukan kepada yg berkenaan sahaja..kalau dia ada tulis nama dia kat ruang komen tadi tu, boleh juga sy address permohonan maaf ini kpada dia..tp pelawat tu cuma pilih anonymous je..apa boleh buat kan..maka dengan ni, lau ada apa2 yang nak diluahkan, biar la aku sorang je yg membaca kritikan, ugutan, tohmahan, pujian, dan tunjuk daripada si pengkritik-pengkritik utama..biar kita kenal mengenal antara satu sama lain supaya tidak timbul syak wasangka..bukannya kita boleh puas kan hati semua org..oh ya, siapa pencipta software blogjoging ni yek?? sy pun dah lupa..hajat perekanya untuk memudahkan kita blogjog, tp ada yg tak berkenaan dgn cara ni..sejauh mana bermanfaatnya pun sesuatu ciptaan itu, akan tetap ada org yg tak suka..mcm KFC juga la..sedap, menggoda, segera, cepat, mudah, beraneka..tp ada juga yg tak suka, benci, meluat, meloyakan, menggemukkan...mcm2 la..dengan ini, mari la sy tamatkan sesi menjawab kritikan di sini sahaja..sekian terima kasih daun keladi..

*baru je aku bersemangat nak blogjog..dah ada org marah..huhu..anyway, happy blogging..blog ni pun rupanya banyak cabaran..belajar lah aku dari kesilapan..

Jumaat, 12 November 2010

Software Blogwalking

Huh...penat aku hari ni nak masukkan list blog korang dalam software blogwalking yg aku slalu guna sekarang..stakat ni baru ada 666 jumlah blog yg bertuah..huhu..cantik nombor tu..cap 666..boleh habis ke ni nak blogwalking?? boleh rasanya kan, hari ni 10, besok 10, lusa 10..lama-lama habis gak..hik hik. 

saya rasa, korang pun tau dari mana aku download software ni...huhu..ada nampak URL korang tak?? yg atas tu je dpt tengok. Yang bawah-bawah lagi tak nampak le..memang senang nak blogwalking guna software ni tau..tp kalau korang ada blogwalking software yg lagi bagus, cuba-cuba la kongsikan ye..happy blogwalking.

Hari Panas yg Nak Hujan

Panassss la..mcm nak g kutub utara ja untuk membekukan diri..fuh..tapi yang hairannya cuaca dah nak mendung macam nak hujan..tp kenapa makin panas pulak aku rasa..something wrong ke dengan tubuh sy ni atau memang bumi dah semakin panas..tu la, sana sini ada pembakaran terbuka, sana sini ada penggondolan bukit, sana sini ada tebang balak, sana sini toksik..ceh, aku ni macam dah jadi pencinta alam sekitar pulak..tapi apa salahnya kan..huhu..aku tengok kat seberang jalan dah hujan..lebat plak tu..bila nak sampai sini wei..nak tunggu aku nyanyi 'hujan oh hujan' ke?..sy nak tidur ni (ketara suka tidur time hujan) tau..dah la baja kebun sayur kat depan rumah tu berbau wangi mcm bangkai tikus..harap-harap kalau hujan tak la bau sangat..huh..aku nak tidur di kala hujan panas yang aneh..psstt!! korang tau tak, ada org cakap, kalau hujan panas maksudnya ada pontianak jalan-jalan mencari mangsa..huh..takut aku..tp ni hanya auta semata-mata..anyway, happy sleeping..

mluk2010 IS A SCAM !!!

See the email image below carefully!!
that's it..scammer again..this one was from mluk2010@live.com..if you receive such email like this, 
plsssss, delete it and do not reply..scammers are getting more and more 'tricky' these days.
like what spam graveyard said, let's bury this scammers..WTF***

huhu..be carefull all scammers..we are not stupid!!!

Khamis, 11 November 2010

Main 'The Godfather'

Ni lepas exam nak release tension banyak2..tadi paper terakhir (untuk minggu ni je, minggu depan ada lagi) memang kantoi la berabis..soalan ciput pun tak boleh jawab..adedei..nak tembak pun susah..nak goreng ikan masin pun susah..fakta all the way..ceh, rimas aku dibuatnya..memang preparation aku tuk subjek tu kira low sebab dah tak brapa minat kan..tadi masa exam aku la antara student yg paling last keluar dari dewan peperiksaan..huh..bikin malu betul..sekarang ni nak lepas kan rasa geram dengan exam tu puas-puas..aku nak main Playstation The Godfather..sronok game ni tau..mengisahkan seorang jejaka (cehwahh) yg menjadi gangster dan berusaha kuat untuk mencari tempat dlm kumpulan gangster tersebut..pssstt, not recommended to children ok...memang best, syok, ummph, apa lagi ya..sekarang ni baru level 'soldear'..level ke-2 dari 10 level..huh..dia punya gameplay pun best, kalau korang tau main Resident Evil, Silent Hill, dan Bully, The Godfather ni pun gameplay dia mcm tu la..tak memenigkan kepala..aku tak suka la yg bikin pening kepala mcm Terminator, Left for Death, Counter Strike, smua tu memang aku out..huhu...aku nak sambung main dulu nak g level 3 and seterusnya..besok baru study blek..ciayokkk..

JUST CORNER BO GIVEAWAY!

This post is a special post for JUST and of course for all blogger out there...
(ceh..i speak the very London konon)..indak pa ba kan JUST..
Saja mo kasi tau sama korang pasal ni kontest yg terbaru dr *Just Corner* 

Ok..mari kita tengok T&C dia..
1. Kena jadi follower kat Just Corner
..confirm aku dah follow ko Just..

2. Kena masukkan blog Just Corner kat bloglist korang
..of course my blog already has a special bloglist for you..

3. Perlu letakkan gambar Just GA ni pada sidebar korang
..Just, sy p letak sna atas tengah2 blog sy..indak pa ka tu??...

4. Buat entry pasal contest ni bertajuk JUST CORNER BO GIVEAWAY!
..ngam ka tajuk entri sy ni??..

5. Kena masukkan image contest ni macam kat bawah ni..


6. Kena mention dr mana korang tau pasal contest ni beserta dengan link dorang skali tau.
..sy tau pasal GA ni dr tuan blog sendiri. Just Corner la.

7. And dun forget to leave komen pada entri asal Just Corner GA. Bagi emel n permalink entri korang skali dalam komen tu. 

Nak tahu hadiah??????
Nah..cantik kan..boleh guna p shoping, p kenduri, p kuliah, p jalan2, dan p melancong..

Mcm mna nak menang??
-Korang sebar la pasal contest ni kat seluruh pelusuk blogger..siapa jadi TOP REFFERER, dia la menang. Lumayan tau..siapa juga nak bagi free benda berharga mcm tu.


And this is a special message to Just, "Kau la yg paling cantik!!"..(bodek sikit)


Aku nak menorah Getah!!

Ya!!..serius ni..aku akan pergi menoreh getah masa cuti semester nanti..
Apa!! korang ingat sy tak pandai noreh?? nnt aku tunjukkan caranya..ambil pisau getah, pergi ladang getah, toreh la pokok getah tu..huhu..
Sbenarnya, memang dari kecik aku dah pandai noreh..memang dah periuk nasi mak bapak dr dulu kan..
stiap kali cuti, aku g noreh..tp sejak aku masuk U ni dah jarang lah..
BUT !!! disebabkan oleh harga getah dah naik menggila, aku nak g noreh balik..
ala..bangun awal jam4 pagi apa hal..lg awal jalan lagi awal pulang..
biasanya, dulu aku jln jm5 subuh dan siap jam11 pagi..boleh la dpt 10 - 20 kg..uiksss..sikitnya..huhu
20kg X RM5.5 (ikut harga Sabah pnya..siot) = RM110 sehari..satu minggu aku g 3 kali je..(ni masuk kategori penoreh pemalas dah tau)..sebulan boleh la dpt lbih kurang RM1000..
ok la tuk orang bujang yg tinggal di kampung...
lepas tu, petang2 boleh main kayu tiga, jongkang jongket, main kejar-kejar, main tendang tendang, main mcm-mcm mainan la..syok bila aku tringat zaman masa aku jd penoreh aktif dulu..hik hik..
besa la kalau noreh kat kebun sendiri..tak der bos, tak der kuli..sy la bos, sy la kuli..
Bila baca berita pasal harga getah naik, fuh..bergelora smula hati ni nak ke kebun..
la la la la..smbil bwa MP3 melalak-lalak kat kebun sorang diri..nasib bek tak der Pak Rimau datang..huhu..
tp kena tunggu 2 minggu lagi baru la aku boleh noreh..sekarang exam..huh..siot betul.

Rabu, 10 November 2010

Siapa yg tolak aku sampai jatuh???

Huh..tak guna..kelabu asap..celaka pun ada..
aik!! knapa aku marah2 ni??
Ceh sebenarnya, tadi masa baru blek dari exam, aku kena tolak masa nak naik bas..
celaka betul..sampai aku terpelosok jatuh atas tangga tau!!!
Apa!! korang tak tau berbaris ke?? tunggu giliran naik bas??
ni ke yg dinamakan student universiti..budak2 sekolah rendah lagi beretika naik bas tau!! (marah dah ni)
budaya apa korang nak tunjuk dgn mreka yg nak masuk U** ni hah??
silap2 haribulan nnt U** kena reject masa dowang nak isi UPU dek kerana student terkenal dgn budaya berebut nek bas, main tolak tolak naik bas, kadang-kadang ada juga yg main tarik2 naik bas, pas tu memekik kat orang suruh cepat naik bas, ada lagi yg potong barisan masa tunggu bas (masa tunggu bas tuk ke kelas, bukan main kemas lagi korang berbaris ya, tp bila je time pulang dr kelas, huh!! mcm orang kena sawan)..
Bas pun satu hal, sekarang ni dok panas buat kempen 15 belas minit nunggu bas..15 belas minit kepala otak hang la..tadi aku tunggu hampir sejam nak dtg exam tau..
nsib bek la aku keluar sejam lebih awal..lau tak, nahas la aku..
(fuh, semua benda aku nak marah)

okey..okay..dah dah dah..jgn marah lagi wahai si gadis parrot (gelaran yg diberi oleh si Just)..
mari tenangkan diri..lepas ni nak revise Ujian dan Pengukuran..
killer subject tu beb!!..
*
mood nak study. sekarang kena kurangkan blogwalking. 
besok gatal kan tangan agi p snap blog owang..
study siot aku mlm ni...

Sesi Snap Blog Ep.3

Haha..nah, kan dah tambah episod kat tajuk post ni..ni maknanya aku dah gatal sngat obses nak p snap blog owang..sengaja nak promote blog kawan2. Lagi pun ni cara utk sy sndiri mengingat blog rakan2 blogger sekalian..mari kita lihat siapa yg kena snap

introducing thesharkox
Nampak sendiri kan tajuk post dia kali ni..dia menceritakan pengalaman banjir. Time ni, dia pegi kat rumah prof supervisor dia tuk bantu bersihkan rumah sebab kena banjir. banyak2 bersabar ya kepada yg telibat dengan bencana ni.

ini belog saya..eh, bukan saya punya la tapi si kancil biru punya
Bangga dia dengan UiTM walaupun sekarang study kat UTM.

Ni pulak milik si AiMaN
Aiman tak kisah kan kena snap..hik hik..teringat aku dgn tagline 'aiman tak kisah'
Aiman kongsi pasal baby yg mati dlm mesin basuh. Err..kesian betul baby yg baru berusia 10 hari tu.

Ok la..seperti biasa 3 je kuota blog yg aku snap tuk review kali ni..apa ni main kuota2 pulak??? hik hik, sebab lau nak masuk banyak sngat nnt segan pulak..mna tau dorang tak suka kena snap..blog2 yg ader kat atas ni pun bukannya aku mintak izin tuk snap..hik hik..jgn marah..korang macam mna?? nak ke mintak snap? as usual, pergi je tekan butang FOLLOW tu ye..jgn lupa juga bagi link blog korang..lau tak, mcm mna sy nak tau alamat blog korang kan..anyway, ni sje post ciput kali ni..nak g exam dulu..ciayok2..
*
*
(time exam pun masih nak berbloging)