Empat sekeluarga mati dibunuh di Sibu, Sarawak | Boros Di Aralom

Rabu, 4 Januari 2012

Empat sekeluarga mati dibunuh di Sibu, Sarawak

SIBU: Empat sekeluarga dari keturunan Cina yang tinggal di sebuah rumah di Lorong 1B, Jalan RTM 13 di sini ditemui mati dipercayai dibunuh, awal pagi semalam.

Pasukan Polis sedang membawa keluar salah seorang mangsa 
Manakala, seorang lagi anggota keluarga tersebut dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu dan seorang berjaya melarikan diri. Mangsa-mangsa yang mati ialah Leong Nyuk Lam, 76; Ling Tong Hock, 36; serta dua orang anaknya iaitu David Ling Chei Qi, 10; dan Amy Ling Zi Jiun, 7. Seorang lagi anak Tong Hock iaitu Kelvin Ling Chei You, 8, terselamat namun masih menerima rawatan di ICU dan keadaannya dikatakan kritikal selepas cedera parah di baha-gian kepala.

Sementara itu, isteri Tong Hock yang dikenali sebagai Li Xiao Lan, 28, berjaya melarikan diri. Nyuk Lam adalah ibu kepada Tong Hock dan tinggal bersama si mati. Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Shafie Ismail pada sidang medianya di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu di sini petang semalam, kejadian itu berlaku sekitar jam 7.30 pagi di sebuah rumah teras dua tingkat di Lorong 1B, Jalan RTM 13.

Katanya, Tong Hock merupakan seorang ahli perniagaan di sini dan rumah terbabit didiami oleh Tong Hock bersama isterinya, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan serta ibunya. “Mangsa-mangsa yang mati akibat dipercayai diserang dengan menggunakan objek keras dan tum-pul. Mangsa-mangsa yang mati akibat mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan leher.

“Si isteri (Xiao Lan) terselamat (selepas) melarikan diri apabila mende-ngar bunyi bising dan pergelutan di bahagian tingkat bawah rumah, menerusi tingkap bahagian tingkat atas rumah untuk keluar memberitahu jiran-jiran sebelah, manakala seorang anak lelakinya sekarang masih dirawat di ICU,” ujarnya. Berdasarkan siasatan awal, jelas Shafie, pihaknya tidak mendapati kesan rumah digeledah dan ia bukan motif rompakan, namun tidak me-nemui sebarang senjata yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa. “Walau bagaimanapun, pihak kami masih melakukan siasatan dan kita belum dapat memberi gambaran sebenar dan terperinci tentang kes terbabit.

“Kami masih melakukan siasatan dan biarlah kami menjalankan kerja-kerja kami dahulu dengan lebih terperinci sebelum dapat memberi anda (wartawan) gambaran tentang kes ini,” tegas beliau. Shafie memberitahu, terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di luar rumah terbabit dan beliau berharap ia dapat membantu siasatan pihak-nya. “Dengan adanya CCTV di rumah terbabit, mungkin kerja kita mudah dan CCTV itu mungkin dapat membantu kita menjalankan siasatan,” katanya.

Empat sekeluarga mati dibunuh di Sibu, Sarawak

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri Sarawak, Datuk Law Hong Soon berkata, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Law yang bergegas ke sini sejurus dimaklumkan mengenai kejadian terbabit dan hadir pada sidang media itu berkata, pihaknya akan turut meminta bantuan pasukan siasatan khas dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Negeri untuk membantu menjalankan siasatan jika diperlukan.

“Kita mahu kes ini disiasat dengan terperinci dan kejadian ini sangat mengejutkan kita. Beri kepercayaan pihak polis melakukan siasatan untuk menyelesaikan kes ini.

“Kita tidak mahu sebarang spekulasi dan andaian dibuat oleh pihak-pihak tertentu sebelum kes ini selesai kerana ia boleh mengganggu pro-ses siasatan kita.

“Bila tibanya nanti, kita akan maklumkan kepada anda (wartawan) semua. Sekarang beri masa kepada kami (polis) untuk menjalankan siasatan,” tambah beliau lagi yang enggan mengulas lanjut mengenai kes terbabit.
Empat sekeluarga mati dibunuh di Sibu, Sarawak

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Tiada ulasan: