Budak lelaki berumur 7 tahun ini mengalami saat-saat getir apabila terpaksa bertarung nyawa dengan berpaut pada batang besi di tepi beranda bangunan tujuh tingkat tersebut. Dia bernasib baik apabila pihak bomba dan penyelamat sampai tepat pada masanya dan berjaya menyelamatkan budak itu. Menurut sumber, budak tersebut sedang bermain sorok-sorok dan mencari tempat terbaik untuk menyorok dengan berpaut pada batang besi di tepi beranda. Namun, selepas beberapa ketika, dia mendapati dirinya sukar untuk naik semula dan terperangkap selama hampir satu jam sebelum diselamatkan. Kejadian ini berlaku di Xiamen, Wilayah Fujian, China. - The Telegraph
Klik iklan ini kalau suka entri :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan