Anak yang benci ibu cenderung menjadi obesiti | Boros Di Aralom

Selasa, 24 Januari 2012

Anak yang benci ibu cenderung menjadi obesiti



Sekadar gambar hiasan
Mungkin ramai ibu bapa yang pernah dihumban dengan kata-kata seperti "i hate you" daripada anak-anak. Tapi sekiranya anak tersebut memang maksudkannya maka si ibu dan bapa perlu membuat sesuatau untuk memperbaiki hubungan dalam kekeluargaan. Kenapa?

Satu kajian mendapati bahawa anak-anak yang dikenalpasti mempunyai hubungan emosional yang renggang terutamanya dengan ibu mereka adalah dua kali ganda lebih cenderung menjadi obese ketika berumur 15 tahun berbanding mereka yang mempunyai hubungan emosional yang baik dengan ibu mereka.

Kajian oleh Ohio State University telah membuat observasi terhadap 977 kanak-kanak bersama ibu mereka. Mereka diobservasi ketika bermain (antara ibu dan anak) semasa berumur 14 bulan, 24 bulan, dan 36 bulan. BMI kanak-kanak ini akan diukur ketika mereka mencapai umur 15 tahun. Kira-kira 26% daripada kanak-kanak yang mempunyai hubungan renggang dengan ibu mereka adalah obese berbanding 13% kanak-kanak yang mempunyai hubungan baik dengan ibu. Para pengkaji menyatakan bahawa peningkatan ini merupakan kesan daripada hubungan antara bahagian otak yang mengawal emosi, tekanan, dan selera makan. - Newser

Walaupun kajian ini dibuat di Amerika namun kita yang berada di Malaysia atau di mana-mana juga perlulah mengambil iktibar daripada hasil kajian ini. Menurut sumber, kajian ini akan diterbitkan bulan depan. Oleh itu, sesiapa yang ingin membacanya bolehlah google. Mana tau ada resercher yang nak buat kajian ini kat Malaysia pulak.


Inilah kereta kuyung paling pelik saya pernah nampak
tapi tatap comel. Tengok ni..

Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang
 
Klik iklan ini kalau suka entri :)

Tiada ulasan: