8 Ramalan untuk Kehidupan 100 Tahun Akan Datang | Boros Di Aralom

Khamis, 26 Januari 2012

8 Ramalan untuk Kehidupan 100 Tahun Akan Datang


Bagaimanakah keadaaan dunia pada 100 tahun akan datang? itu pun jika belum kiamat la. Berikut merupakan 20 ramalan yang bakal berlaku kepada dunia dan manusia 100 tahun akan datang:-
1. Kita akan berkomunikasi melalui pemikiran sahaja. Ianya sangat mungkin. Kita boleh menghantar fikiran secara telepati semudah melayari internet.

2. Dunia hanya akan mempunyai satu unit mata wang sahaja. Ahli futurologists iaitu Ian Pearson dan Patrick Tucker kurang bersetuju dalam hal ini kerana perkara sebaliknya mungkin akan berlaku.

3. Robot Nano akan mendiami tubuh, memperbaiki sel rosak, dan boleh merakam memori kita. Kini, teknologi  nano sangat pesat membangun. Oleh itu, perkara ini berkemungkinan bakal berlaku.

4. 8 peratus daripada dunia akan membenarkan perkhawinan gay. Penerimaan perkahwinan gay seakan-akan tidak dapat dielakkan terutamanya di Barat. Namun hal ini sememangnya akan mendapat tentangan hebat daripada penggiat agama.

5. Kita akan mampu mengawal keadaan cuaca. Keberangkalian hal ini terjadi adalah tinggi. Sekarang ini pun sudah ada teknologi untuk mengawal cuaca seperti membuat hujan tiruan.

6. Hanya terdapat 3 bahasa sahaja yang akan digunakan iaitu English, Spanish, dan Mandarin. Sekarang ini juga sudah terdapat banyak bahasa yang mengalami kepupusan penuturnya. Oleh itu tidak mustahil perkara ini akan berlaku.

7. Wanita akan mengandung secara artificial dan bukan melalui lelaki. Ini hanya ramalan sahaja. Kini juga terdapat ramai pasangan yang memilih kaedah kesuburan yang lebih maju seperti pre-implantation genetic diagnosis.

8. Perkahwinan menjadi kontrak tahunan. Pada masa depan, diramalkan bahawa akan lebih banyak hubungan perkhawinan yang tidak kukuh. Oleh itu, kemungkinan kontrak perkawinan secara bermusim akan berlaku. Ini kerana lebih banyak orang yang memberi komitmen yang pendek dalam perkahwinan.

Demikianlah ramalan-ramalan dalam kehidupan 100 tahun akan datang. Sekali lagi diingatkan bahawa ini hanya ramalan dan belum tentu berlaku. - BBC News


Inilah kereta kuyung paling pelik saya pernah nampak
tapi tatap comel. Tengok ni..

Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang

Klik iklan ini kalau suka entri :)

Tiada ulasan: