Warga Emas Dihukum Gantung Kerana Membunuh Adiknya | Boros Di Aralom

Jumaat, 13 Januari 2012

Warga Emas Dihukum Gantung Kerana Membunuh Adiknya

Joseph Chee Suan
KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas terpaksa menjalani hukuman mati, selepas rayuannya terhadap hukuman atas kesalahan membunuh adik lelakinya enam tahun lalu ditolak Mahkamah Rayuan, di sini.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wira Low Low Hop Bing, Datuk Abdul Wahab Patail dan Dato’ Azahar Mohamed, sebulat suara membuat keputusan itu terhadap Joseph Chee Suan @Swan Ajuk, 60, selepas mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Joseph diwakili peguam Hamid Ismail didapati bersalah membunuh Julius Ajuk, 50, pada 17 Oktober 2006 kira-kira jam 7 pagi di hadapan pondok kebun getah Kampung Sugian Ulu, Kemabong, Tenom.
Atas kesalahan itu, Joseph didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pada tahun 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk David Wong Dak Wah, menjatuhkan hukuman itu terhadap Joseph selepas didapati bersalah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati. Hamid dalam hujahnya berkata, bukti adalah tidak mencukupi bagi membuktikan kes prima facie terhadap perayu. Menurutnya, bukti yang menunjukkan pergaduhan terjadi secara tiba-tiba harus dipertimbangkan oleh Mahkamah Tinggi dan pertuduhan diubah kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Katanya, PW2 bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai, dan perayu tidak mengambil kesempatan atau bertindak kejam ketika dan selepas pergaduhan itu. Ini menunjukkan, PW2 sengaja memperbesar-besarkan keterangan terhadap perayu dan tidak memberitahu perkara sebenar. Hakim sepatutnya musykil terhadap bukti yang dinyatakan PW2.

Berdasarkan perkara itu, Hamid menjelaskan keputusan Mahkamah Tinggi adalah silap kerana tidak mengubah pertuduhan itu kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan. Oleh itu, dia menegaskan adalah tidak selamat mensabitkan perayu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Tiada ulasan: