Rogol kekasih bawah umur, lelaki dipenjara lima tahun dan lima sebatan | Boros Di Aralom

Khamis, 12 Januari 2012

Rogol kekasih bawah umur, lelaki dipenjara lima tahun dan lima sebatan

TAWAU: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan lima sebatan terhadap seorang lelaki selepas mengaku bersalah merogol kekasihnya, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Renie Majid, 24 didakwa melakukan perbuatan itu di stor rumah No E2-1-4, Blok E, Taman Sri Titingan dekat sini kira-kira 2 pagi, 12 Ogos 2011.

Dakwaan terhadapnya dilakukan Timbalan Pendkawaraya, Shukor Abu Bakar mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah ditangkap polis pada 16 Ogos 2011 kira-kira jam 11.45 selepas mendapat aduan daripada mangsa yang mendakwa mangsa telah dilarikan tertuduh. Tertuduh bertindak memaksa mangsa minum air sehingga berada dalam keadaan pening dan apabila sedar mangsa hanya bertuala serta mengalami sakit di bahagian kemaluan.

Hakim Egusra Ali turut mengarahkan agar tertuduh di rujuk ke Jabatan Imigresen.

(Sumber: New Sabah Times)



  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Tiada ulasan: