Website Review: eRepublik.com | Free Online Multiplayer Strategy Games
eRepublik.com merupakan salah satu permainan strategi multiplayer online percuma. Laman web game eRepublik.com ini seakan-akan permainan simulasi seperti Warcraft yang memerlukan perancangan strategi. Tapi yang membezakannya ialah permainan ini mempunyai masa bermain mengikut masa sebenar. Contohnya, tempoh satu jam dalam eRepublik.com adalah sama dengan tempoh satu jam dalam masa sebenar. Jika anda bermain dalam permainan strategi eRepublik.com maka anda akan merasa permaianan ini seperti dalam dunia sebenar.
Tiga asas utama dalam permainan ini ialah peperangan, perluasan empayar ekonomi, dan perluasan pengaruh politik. Semakin tinggi level anda maka semakin besar lah pengaruh anda dalam permainan. Seperti dalam dunia sebenar, pemain boleh menguasai ekonomi, politik, ketenteraan, dan media massa. Pemain juga boleh memilih kerakyatan sendiri seperti eMalaysia, eIndonesia, eGermany, dan sebagainya.
Sebagai pemain dalam eRepublik.com, anda perlu bekerja untuk mengumpulkan wang, berlatih untuk meningkatkan stamina, dan berperang untuk meninkatkan pengaruh dan pengalaman. Anda memerlukan wang untuk membeli makanan, membina bangunan kilang, atau membeli keperluan peperangan. Selain wang, anda juga memerlukan gold untuk tujuan yang sama. Gold ini sangat tinggi nilainya berbanding wang. Contohnya, anda boleh membina kilang makanan yang rendah kualiti dan mengeluarkan sedikit hasil sahaja dengan menggunakan wang. Tetapi sekiranya anda ingin membina kilang yang berkualiti tinggi dan mengeluarkan banyak hasil, anda perlu membinanya dengan menggunakan gold.
Sebagai ahli berdaftar dan aktif dalam permainan eRepublik.com ini, saya sering menumpukan kepada pembinaan ekonomi. Selain itu, saya sering juga menyertai peperangan antara erepublik untuk menakluki sesebuah negeri atau negara. Antaranya ialah antara eMalaysia dan eIndonesia yang sedang berebut hak ke atas Sabah. Sekiranya negara si pemain tidak terlibat dalam mana-mana peperangan, pemain juga boleh mengikuti peperangan yang sedang berlaku di negara-negara yang menjadi pakatannya (allies) untuk menambah point experiences dalam menaikkan level pemain.
1. Masa permainan mengikut masa dunia sebenar. Contohnya, pemain terpaksa menunggu sehingga 24 jam untuk bekerja pada hari berikutnya untuk mendapatkan wang.
2. Memerlukan masa yang lama untuk meningkatkan level. Lain lah kalau anda ada duit banyak untuk membeli gold. Gold boleh juga dibeli dengan menggunakan kad kredit, paypal, dan melalui sms.
Rating: 9/10
Itu saja review setakat ini yang boleh saya berikan mengenai eRepublik.com. Saya pun masih baru juga. Baru sampai level 22. So far, saya sangat suka bermain dan memang enjoy! Tetapi jika anda yang memang suka bermain permainan simulasi, kena lah pandai kawal diri kerana permainan ini memang addictive.
Jika anda pemain berdaftar dalam eRepublik.com ini, add la saya sebagai kawan kalau sudi (username saya: Nancypoh). Nanti kita boleh kongsi-kongsi makanan dan senjata kalau diperlukan.
Kepada siapa-siapa yang berminat dan ingin cuba bermain, boleh lah daftar di eRepublik.com sekarang. Mula-mula, biasakan dulu diri dengan navigasi-navigasi dalam permainan ini. Lepas dah biasa, senang dah nak naikkan level. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan