Seorang pemandu bas di China bergegas masuk ke bawah bas yang dipandunya hanya kerana tidak mahu menerima surat saman daripada polis. Lelaki ini ditahan di Zhongshan, terletak di wilayah Guangdong, selepas didapati memandu dengan laju dan melanggar lampu isyarat merah.
Kerana terdesak mahu mengelak daripada diberi saman oleh pihak polis, pemandu tersebut bertindak dengan meluncur masuk ke bawah bahagian basnya. Pihak polis mengambil masa yang agak lama untuk memujuk pemandu tersebut supaya keluar.
Keadaan ini menyebabkan keadaan lalu lintas terjejas. Selepas gagal dirunding, pihak polis terpaksa memanggil pihak bomba untuk mengangkat bas tersebut. Namun, keadaan menjadi semakin teruk apabila pemandu itu terus menerus berpaut pada bawah bas dan enggan beredar.
Akhirnya, pihak polis berjaya menangkap pemandu bas tersebut dengan memaut tangan dan kakinya dan membawa pemandu itu ke balai polis untuk tahanan reman. - Metro UK
- Dapatkan ebook-ebook hebat ini jika anda ingin menjadi kurus, sihat dan cergas Dihantar Terus Ke Email Anda
- Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI
- Mari bertukar link untuk tingkatkan trafik blog/website LINK EXCHANGE SINI
- Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan