KOTA KINABALU: Seorang pengendali kren dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan rotan oleh Mahkmah Sesyen di sini kerana merogol anak perempuannya sendiri.
Hakim Caroline Bee Majanil menjatuhi hukuman terhadap lelaki berumur 46 tahun itu apabila dia menukar pengakuan tidak bersalah kepada bersalah ketika kesnya hendak dibicarakan kelmarin.
Bapa itu merogol anak perempuannya berumur 17 tahun di sebuah rumah di kampung di Menggatal pada pertengahan Feb 2010.
Kesalahan ini di bawah Seksyen 375 Kanun Kesiksaan yang boleh dihukum bersama Seksyen 376 (3) Kanun Kesiksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan rotan.
Tertuduh kali pertama didakwa pada 27 Julai tahun lepas selepas dia menafikan perbuatan terkutuk itu. Mahkamah kemudiannya mengarahkan dia terus ditahan reman di bawah Seksyen 259 Kanun Kesiksaan sehingga kesnya dibicarakan.
Menurut fakta kes, ibu mangsa telah membuat laporan polis pada 12 Julai tahun lepas dengan menyatakan suaminya telah merogol anak mereka.
Setelah mendapat maklumat, tertuduh ditahan pada hari yang sama di sebuah restoran di Jalan Sulaman, Menggatal. Dari siasatan menunjukkan tertuduh pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan pada waktu itu anak perempuannya itu keseorangan di rumah. Selepas makan kedua-dua mereka berbual-bual di ruang tamu.
Tertuduh telah masuk ke dalam biliknya dan kemudian memanggil anak perempuannya. Apabila anak perempuannya masuk ke dalam bilik bapanya telah mengarahkan anaknya itu untuk menanggalkan seluar dalam. Mangsa enggan tetapi dipaksa oleh bapa kandungnya itu dan merogol mangsa di dalam biliknya.
Selepas kejadian mangsa telah melarikan diri dari rumah tetapi pulang semula ke rumah apabila tertuduh dan anggota keluarga menjumpainya semula. Mangsa telah merahsiakan kejadian ini sehingga l Sept 2010, apabila dia memberitahu apa yang berlaku kepada ibu saudaranya. Mangsa juga tidak melaporkan pada polis kerana bimbang akan nasib masa depan adik beradiknya dan juga anggota keluarganya kerana hubungan ibu bapa mempunyai masalah.
Dalam rayuannya, tertuduh meminta mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia juga menyesal dan berasa malu dengan perbuatannya dan berjanji akan berubah dan menjadi bapa yang bertanggungjawab. Dia juga memberitahu, dia amat bimbang terhadap masa depan dua orang lagi anak-anaknya yang dijaga oleh ibu mereka.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Afzan Abd Kahar yang bertindak sebagai pendakwa meminta mahkamah mengenakan hukuman lebih berat kerana tertuduh melakukan jenayah yang serius. Afzan berkata sebagai bapa kandung, tertuduh sepatutnya melindungi anak perempuannya itu dan bukanya merogol.
Beliau juga berkata ketika kejadian mangsa hanya berumur 15 tahun dan enam bulan.
sumber - New Sabah Times
- Dapatkan ebook-ebook hebat ini jika anda ingin menjadi kurus, sihat dan cergas Dihantar Terus Ke Email Anda
- Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI
- Mari bertukar link untuk tingkatkan trafik blog/website LINK EXCHANGE SINI
- Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan