Hattan Bercerai Selepas 2 Bulan Berkahwin | Boros Di Aralom

Sabtu, 14 Januari 2012

Hattan Bercerai Selepas 2 Bulan Berkahwin


KUALA PILAH: “Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana?” Itu komen ringkas penyanyi yang popular dengan lagu Rendang Tak Berbuah, Hattan, selepas sah bercerai talak satu dengan Farah Asyikin Othman, 34, yang baru dinikahinya kira-kira dua bulan lalu.

Pasangan itu yang bernikah pada 11 November tahun lalu di rumah Hattan di Seri Menanti, di sini, sah bercerai di Mahkamah Syariah Kuala Pilah, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Menurut sumber, Hattan melafazkan talak satu di depan Hakim Syarie Abdul Rashid Ramli ketika hadir bersama Farah Asyikin di mahkamah berkenaan.
Hattan

“Pasangan itu memfailkan perceraian mereka (kelmarin) dan keputusan terus dibuat oleh hakim. Mereka kelihatan tenang ketika hadir di mahkamah dan tiada ahli keluarga lain hadir.


“Oleh sebab persetujuan sudah dibuat bersama, mahkamah tiada halangan meluluskan perceraian mereka,” katanya.

Sementara itu, Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabuddin (gambar), 48, ketika dihubungi semalam berkata, apa yang berlaku satu ketentuan takdir kerana dalam kehidupan sesuatu yang berlaku ada kalanya di luar kemampuan manusia.

“Kami berpisah kerana tiada persefahaman. Jadi jalan terbaik ialah berpisah dan membawa haluan masing-masing. Namun, kami berpisah secara baik dan matang tanpa pergaduhan atau bermasam muka. “Kami sudah dewasa dan biarlah setiap keputusan dilakukan itu berasas. Tiada sebab untuk bergaduh kerana kami berbincang bersama sebelum berpisah. Walaupun tiada lagi ikatan suami isteri, kami masih boleh berkawan,” katanya.

Khabar angin perkahwinan Hattan dan Farah Asyikin bermasalah pernah dilaporkan media sebelum ini, namun Hattan ketika itu menafikannya.

  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Tiada ulasan: