KINABATANGAN: Lima keluarga di Kampung Menggaris dekat sini dipindahkan dari rumah mereka kelmarin akibat kejadian tanah runtuh di lereng Bukit Mansuri berdekatan kediaman mereka.
Pegawai Daerah Kinabatangan Arisin Arifin ketika dihubungi berkata arahan berpindah dikeluarkan selepas pihaknya mendapati keadaan tidak selamat. Lima keluarga itu kini tinggal sementara di rumah saudara mereka di kampung itu, katanya.
Beliau berkata pemantauan dilakukan terhadap kejadian itu. Arisin berkata Pusat Kawalan Operasi Banjir di daerah itu juga dibuka pada waktu bekerja bagi memantau bencana alam terutama banjir.
Katanya paras air sungai Kinabatangan sehingga petang ini meningkat tetapi terkawal.
Menurutnya sebagai persiapan awal menghadapi bencana banjir, anggota Jabatan Pertahanan Awam telah ditempatkan di Kampung Abai sejak 28 Dis lepas.
(Sumber: NST)
**Tempat rendah banjir, tempat tinggi tanah runtuh, mana lagi nak lari..huhu**
- Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang
- Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI
- Mari bertukar link untuk tingkatkan trafik blog/website LINK EXCHANGE SINI
- Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan