Pelajar maut kerana ubat jerawat | Mengalami sindrom Stevens-Johnson | Boros Di Aralom

Jumaat, 13 Januari 2012

Pelajar maut kerana ubat jerawat | Mengalami sindrom Stevens-Johnson

Mangsa ubat jerawat
SINGAPURA: Seorang pelajar politeknik dari Malaysia di sini maut selepas didakwa mengalami alahan kepada ubat jerawat yang diambilnya.
Christopher Kok Fook Loon (atas), 18, pelajar di Politeknik Nanyang, meninggal dunia Selasa lalu.
Beliau dipercayai mendapat sindrom Stevens-Johnson, satu tindak balas jarang dan teruk ke atas kulit selepas mengambil ubat jerawat, lapor Shin Min Daily News kelmarin. Tidak jelas dari mana dia mendapat ubat terbabit.

Teman wanitanya dikenali sebagai Miss Lim menulis dalam Facebook bahawa Kok mula tidak sihat minggu lalu dan mengambil ubat kerana demam. Namun keadaannya semakin teruk Khamis lalu. Beliau dihantar ke Hospital Tan Tock Seng dan dirawat di unit rawatan rapi.

Miss Lim menyatakan bahawa jantung Kok berhenti berdenyut Jumaat lalu, namun doktor berupaya menyelamatkannya. Bagaimanapun, mangsa koma dan mengalami kegagalan organ. Beliau meninggal dunia Selasa lalu. 
Pihak berkuasa sains kesihatan dalam laman webnya berkata ia menerima laporan 290 kes alahan teruk kulit berkaitan ubatan seperti sindrom Stevens-Johnson, antara 2003 dan 2008.

Profesor Madya Christine Teng, yang mengetuai Persatuan Farmaseutikal Singapura berkata sindrom berkenaan boleh disebabkan akibat penggunaan ubatan tertentu.
Sesetengah ubatan biasa yang dilaporkan menyebabkan sindrom berkenaan termasuk beberapa antiobiotik, anti-sawan dan ubatan anti-gout.

Prof Teng berkata simptom termasuk demam, sakit tekak serta ruam merah dan biru yang merebak selain lebam. – Agensi

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Tiada ulasan: