Penyelesaian makan terlalu banyak? Gunakan warna piring yang berlainan
Ingin mengurangkan pengambilan kalori? Berikan perhatian kepada warna piring yang anda gunakan semasa menikmati hidangan. Satu kajian terbaru oleh Scientific American mendapati bahawa orang yang menggunakan pinggan mangkuk yang sama/berpadanan warna dengan makanan yang mereka makan mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mengambil jumlah makanan yang lebih banyak berbanding mereka yang menggunakan pinggan mangkuk yang berbeza warna dengan makanan yang diambil.
Pengkaji telah mengujinya dengan memberi buffet kepada orang ramai dengan menggunakan sama ada piring mereah atau putih. Kemudiannya mereka akan diperhatikan bagaimana pengambilan mereka terhadap hidangan pasta sama ada dengan sos merah atau putih. Jika nak tahu mengenai keputusan dan metodologi kajian ini, boleh baca laporan pdf ini. "Plate Size and Color Suggestibility: The Delboeuf Illusion's Bias on Serving and Eating Behavior"
Fuyoo..patut lah..selama ini saya makan nasi guna piring warna putih..
Inilah kereta kuyung paling pelik saya pernah nampak
1 ulasan:
alrite..makan pinggan hitam paling selamat =)
Catat Ulasan