Sinopsis filem Bujang Terlajak | Filem Melayu terbaru Januari 2012 | Boros Di Aralom

Ahad, 15 Januari 2012

Sinopsis filem Bujang Terlajak | Filem Melayu terbaru Januari 2012

Bahasa  : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre  : Komedi
Durasi : 90 min
Tarikh Tayangan : 19 Januari 2012

Sinopsis:
Satu lagi filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaiden iaitu Bujang Terlajak ini  mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful (Saiful Apek), Nabil (Nabil) dan Johan (Johan RL) yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura). Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan.

Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal). Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain. 
(Sumber: sinemamalaysia.com.my)
Aksi Nabil, Johan dan Apek dalam filem Bujang Terlajak.
Sebuah filem yang pasti menghiburkan seisi keluarga. Saksikan di pawagam filem Bujang Terlajak ini bermula 19 Januari 2012.

  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Dapatkan ebook (Bahasa Melayu) mengenai fakta, sejarah, dan cara-cara yang mudah dan meyakinkan dalam pelaburan Emas $$SINI$$
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Tiada ulasan: