Adik beradik disatukan semula selepas 60 tahun | Boros Di Aralom

Rabu, 25 Januari 2012

Adik beradik disatukan semula selepas 60 tahun


KYOTO, Japan: Mereka tidak lagi bercakap dengan menggunakan bahasa yang sama namun dua adik beradik ini merasakan bahawa mereka sedikitpun tidak berubaha walaupun terpidah selama hampir 60 tahun.

  
Minoru Ohye, peranakan Japan-Amerika, menyambut hari lahirnya yang ke 86 bersama dengan adik tunggalnya yang berada di Jepun. Mereka berdua dilahirkan di Sacremento, California, tetapi berpisah selepas ayah mereka meninggal dunia akibat kemalangan ketika memancing. Mereka kemudiannya dihantar ke rumah saudara mara secara berasingan. Selepas itu, mereka tidak lagi berjumpa sehingga disatukan semula pada Isnin lalu semasa Minoru membuat reunion dan terbang ke Jepun semata-mata ingin bertemu adiknya.

Mereka berpelukan sambil berukar hadiah berupa coklat California dan Japanese sake. Si abang memakai pakaian kegemarannya iaitu topi baseball dan jeans manakala si adik memakai sut dan tali leher.

Adik Minoru Ohye iaitu Hiroshi Kamimura, 84, telah diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga di Jepun, membesar di kota Kyoto dan bekerja sebagai akauntan cukai. Dia telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak lelaki.

Ohye pula telah menyertai pasukan tentera Inperial Jepun semasa berumur 13 tahun dan berhijrah ke Rusia. Dia kemudiannya dihantar menjadi pekerja buruh di lombong arang di Siberia selepas Jepun menyerah kalah dalam peperangan. Dia kemudiannya kembali bersama dengan ibunya di Yuba City, California pada tahun 1951 dan bekerja sebagai binder buku dan pekebun. Baca kisah mereka selanjutnya di huffingtonpost.com.


Inilah kereta kuyung paling pelik saya pernah nampak
tapi tatap comel. Tengok ni..

Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang
 
Klik iklan ini kalau suka entri :)

1 ulasan:

Jaw @ MyGamanBorNeo berkata...

panjang umur jg dorg sampai sempat jg bejumpa semula.