Warga Haiti telah berkumpul bersama pada Khamis lalu sebagai memperingati sejarah hitam gempa bumi yang melanda negara itu pada tahun 2010. Kini mereka semakin bersedia dan menerima hakikat untuk meneruskan satu lagi episod kehidupan yang baru.
Kelihatan seorang wanita yang hilang kedua belah tangannya akibat gempa bumi pada tahun 2010.
Bencana tersebut telah mengorbankan sekitar 316,000 orang manakala 1.5 juta lagi gagal dikesan. Kini terdapat lebih daripada 500,000 mangsa yang masih lagi tinggal di penempatan sementara. Haiti masih lagi bergelut dengan masalah pembangunan semula keranan kekurangan sumber.
Presiden Haiti, Michel Martelly, sedang berucap ketika upaca memorial dalam memperingati mereka yang terkorban dalam gempa bumi dua tahun lalu itu. Satu kawasan perkuburan yang besar persemadian mangsa-mangsa telah dibina di Tit Tenyan.
Seorang lelaki sedang bermain gitar di dalam sebuah Cathedral yang musnah akibat gempa bumi dua tahun lalu.
Kanak-kanak ini, Rodrigueson Louse-Jean sedang melakukan lompatan membelakang di sebuah kawasan berpasir yang berdekatan dengan penempatan sementara mangsa gempa.
Beberapa rumah baru sedang dibina di Zorange, Haiti pada 4 Januari 2012 lalu.
Beberapa rumah kecil yang dibina oleh Habitat for Humanity ini telah dipagari dengan pagar berwayar elektrik.
Wanita ini sedang menunjukkan gambar-gambar saudara-maranya yang terkorban dalam gempa bumi dua tahun lalu.
Kanak-kanak ini sedang mencuci tangannya di sebuah tempat sanitasi yang telah disediakan oleh Irish NGO Concern di Place de La Paix.
Pemandangan umum di Port-au-Prince, Haiti - The Telegraph
- Dapatkan ebook-ebook hebat ini jika anda ingin menjadi kurus, sihat dan cergas Dihantar Terus Ke Email Anda
- Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI
- Mari bertukar link untuk tingkatkan trafik blog/website LINK EXCHANGE SINI
- Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan