Aku menang USD100,000 (RM310,000) dari Western Union | Boros Di Aralom

Sabtu, 28 Januari 2012

Aku menang USD100,000 (RM310,000) dari Western Union




Wah..bertuahnya aku! Dalam banyak-banyak orang kat muka bumi ini, aku juga yang menang. Oh, sungguh mustahil untukku percaya. Sebentar tadi aku membuka email yahoo seperti biasa. Ya lah, saja nak priksa kot kot ada email penting. 

Bila buka, nampak satu mesej bertulis 'Alert" dari individu bernama Gary Epps. Hati keciku terus bertanya, siapa gerangannya Gary Epps ni? tak pernah dengar pun. Dengan perasaan teruja dan ingin tahu, lantas ku buka email tersebut dan ini isinya:

Dear Western Union Customer,

You have been awarded with the sum of $100,000 USD
by our office, as one of our customers who use Western
Union in their daily business transaction.

This award has been selected through the internet, where
your e-mail address was indicated and notified. Please
provide Mr. Gary Epps with the following details
listed below so that your fund will be remited to you
through Western Union.

1. Name:______
2. Address________
3. Country:_______
4. Phone Number____
5. Occupation:________
6. Sex:_________________
7. Age___________________

Mr. Gary Epps
Tel: +234 813 024 3132 
E-mail: wu.dept00@hotmail.co.uk

As soon as these details are received and verified,
your fund will be transferred to you. Thank you, for
using western union.

Demikianlah isinya. YA! Aku menang duit Western Union. Bukan sikit tapi bernilai USD100,000 bersamaan dengan RM310,000. Fuyoo! Kaya kaya kaya. Kalau ikutkan hati, hari ini juga saya nak ambik kat pejabat Western Union.

TAPI TUNGGU!!!!! SEMUA INI SCAM SCAM SCAM SCAM dan sekali lagi ini adalah email SCAM!!!!

Jangan mudah percaya kepada email sedemikian. Ini adalah taktik penipuan online yang lapuk tapi masih aktif berkeliaran di dunia maya. Bukan sekali dua saya dapat email macam ini sebenarnnya. Tiap-tiap hari dapat. Dalam pelbagai versi dan kelentongan.

Tak payah la layan email macam ini. Terus delete saja masuk tong sampah. Memang tak betul dan tak benar lagi lah tak munasabah mereka hantar email sedemikian rupa. Saya ini mana lah pernah guna Western Union..guna onion adalah. Yang ini kira sikit lagi, ada lagi satu email tu konon cakap nak cari waris yang boleh dipercayai untuk mewarisi hartanya yang bernilai hampir 8juta euro. Siap hantar gambar orang tua kerepot yang dah nak mati atas katil hospital. Pui!! macam la kita ni boleh kena tipu dengan senang-senang. Si polan dan si polan ini memang sengaja hantar email scam. biasanya ia bertujuan untuk mengorek rahsia email atau lebih dikenali sebagai 'phising'. Faham-faham lah apa kesan nanti kalau rahsia dah dikorek. Silap haribulan, email terus kena rampas, duit kena rampas, rahsia bank kena rampas, dan sebagainya. Lebih-lebih lagi kalau kita ni janis yang suka guna online transaction. Bahaya wo!!

Get lose you all scammers! Pergi korek kubur sendiri la..lapas tu timbun diri sendiri hidup-hidup. Tak payah susahkan orang. <<<<<maaf, ayat kasar.

Entri ini sekadar perkongsian. Sekiranya anda pernah mendapat email sedemikian rupa, boleh rujuk kat laman web http://www.antifraudintl.org

Klik iklan ini kalau suka entri :)

1 ulasan:

CeritaSekupang berkata...

email macam ni memang ramai yang akan dapat :P