Hati-hati dengan bunga dan kad jemputan kahwin | Boros Di Aralom

Isnin, 9 Januari 2012

Hati-hati dengan bunga dan kad jemputan kahwin

Ini merupakan modus operandi terkini penjenayan untuk menyamun rmah berpenghuni.

KUALA LUMPUR: Bermodalkan air kotak, sejambak bunga dan sekeping kad jemputan perkahwinan, sekumpulan tiga lelaki dipercayai menjadikan taktik itu untuk memudahkan mereka masuk ke dalam rumah yang berpenghuni sebelum bertindak menyamun mangsa mereka.

Kumpulan terbabit dikatakan menyamar sebagai rakan kepada ibu bapa mangsa yang sudah dipastikan tiada di rumah sebelum mendakwa diminta membuat penghantaran barangan berkenaan selain mendakwa kehadiran mereka untuk menghantar kad jemputan perkahwinan.

Selepas dibenarkan masuk ke dalam rumah, seorang daripada mereka akan mengeluarkan parang dan mengugut sesiapa yang berada di rumah supaya menyerahkan semua barangan berharga.

Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin, di Taman Suria, di sini, sebuah keluarga kerugian lebih RM33,000 apabila wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit mereka dilarikan kumpulan terbabit selepas mereka memperdaya seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan dua adik perempuannya yang berada di rumah berkenaan.

“Mangsa yang membuka pintu rumahnya kemudian melihat tiga lelaki berada di hadapan rumahnya. Seorang daripada suspek kemudian mendakwa kehadiran mereka adalah bagi menghantar air kotak, sejambak bunga dan kad jemputan perkahwinan kepada keluarga mangsa.

“Suspek juga meyakinkan mangsa dengan mengatakan dia sudah memaklumkan kepada ibu bapa mangsa,” katanya.

Sumber berkata, sebaik masuk ke dalam rumah, suspek kemudiannya meminta air terlebih dulu dipercayai bagi memeriksa jumlah isi rumah ketika itu,” katanya mangsa dan dua adiknya akur dengan permintaan suspek.

Katanya, seorang daripada suspek kemudian mengeluarkan parang dan mengacukan ke arah mangsa dan dua adik perempuannya itu.

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa dan adiknya menyerahkan barangan berharga kepada mereka. Seorang daripada suspek juga mengugut akan membunuh adik perempuan mangsa jika mereka melawan ataupun membuat bising.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

(Sumber: hmetro)


  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Tiada ulasan: