Meat Loaf
Merupakan seorang ahli musik rock, Meat Loaf telah mengalami masalah kewangan yang amat 'dasyat' sekitar tahun 1980. Pertama, dia mengalami kerugian besar apabila dua pengurusnya ketika itu menggelapkan duitnya. Dia kemudiannya menukar pengurus tetapi dua pengurus tadi itu menyamannya pula sehingga Meat terpaksa menfailkan bankrupsi. Sekali lagi Meat Loaf bankrup pada tahun 1986 apabila album barunya gagal menyerlah dan semasa itu Meat masih mempunyai hutang sebanyak RM5juta (US1.6juta). Namun, setelah mengalami dua peristiwa pahit itu, Meat Loaf telah belajar dari kesilapan dan berjaya mengatasi masalah kewangannya selepas itu.
Mike Tyson
Tak disangka sebenarnya bekas peninju hebat ini mempunyai defisit hutang sebannyak RM85.17juta (US27juta) walaupun beliau mempunyai pendapatan sekitar RM1.3billion (US400juta) sepanjang 20 tahun kariernya. Tyson dikatakan banyak berhutang dengan pihak cukai, produser music, firma guaman, bekas jurulatih, dan banyak lagi.
Walt Disney
Sebelum menjadi taikun industri filem kartun, Walt Disney sebenarnya pernah ditipu oleh pengedar filem di Kansas City sekitar tahun 1922 sebelum berpindah ke Hollywood. Di sana, nasib Walt Disney berubah selepas menghasilkan filem animasi Mickey Mouse yang sehingga kini popular di seluruh dunia.
Donald Trump
Ikon bisness Amerika ini telah menfailkan bankrupsi sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1991, 1992, 2004 dan 2009.
Toni Braxton
Pemenang Grammy enam kali ini telah difailkan bankrupsi setelah mempunyai hutang tertangguh antara RM30juta hingga RM150juta ekoran daripada pembatalan banyak konsert dengan alasan kesihatan. Pada hal dia yang terlalu boros.
Larry King
Pernah dituduh mencuri wang teman baiknya, Louis Wolfson pada tahun 1978. Skandal tersebut menyebabkan dia tidak dapat membayar semula hutangnya yang bernilai RM1.1juta (US350,000) dan terpaksa menfailkan bankrupsi.
(sumber: www.heraldsun.com)
- Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang
- Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI
- Mari bertukar link untuk tingkatkan trafik blog/website LINK EXCHANGE SINI
- Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan