Tetap kerja walaupun sudah menang loteri 1.3juta | Boros Di Aralom

Selasa, 10 Januari 2012

Tetap kerja walaupun sudah menang loteri 1.3juta

Remaja bertuah, Eloise Hutchinson.
Eloise Hutchinson yang baru sahaja memenangi hadiah loteri bernilai 1.3juta tetap bertegas untuk meneruskan dua pekerjaannya. Hutchinson, 19, yang berasal dari Colchester, Essex, telah membeli tiket loteri sempena New Year's Eve Lotto pada 30 Disember lalu.

Dia pada awalnya tidak percaya dan keliru akan kemenangan ini tetapi selepas wang tersebut dimasukkan ke dalam bank, hidupnya kian berubah. Hutchinson berkata "saya ingin membeli sebuah rumah baru dan menggantikan Ford Fiesta lama saya. Saya juga ingin pergi melancong ke Jamaica hujung tahun ini". 

Walaupun kini dia mempunyai wang yang banyak, dia bertegas untuk meneruskan dua pekerjaan yang dilakukannya selama ini dengan berkata, "saya tidak mahu keadaan berubah dengan banyak, saya tetap akan pergi bekerja". - The Telegraph.

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Tiada ulasan: