Berbincang mengenai kesihatan mental, kita perlu memahami bahwa kita tidak semestinya berbicara mengenai penyakit mental. Memelihara kesihatan mental samalah seperti kita memelihara kesihatan fizikal tubuh badan temasuklah pemakanan, senaman, dan sebagainya.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wanita yang mempunyai kesihatan mental yang baik mempunyai keupayaan menjalin dan mengekalkan perhubungan yang baik dengan orang lain, berupaya mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan berkeupayaan menyumbang kepada masyarakat.
Menurut Polisi Kebangsaan Kesihatan Mental Malaysia pula, seorang wanita yang mempunyai kesihatan mental yang baik seharusnya boleh berinteraksi dengan orang lain dan persekitarannya dan dia merasa selesa dengan dirinya sehingga membolehkan dirinya berperanan secara optimum dalah kehidupan. Dalam proses ini, seseorang wanita perlu menggunakan keupayaan pemikiran, emosi dan keupayaan berinteraksi dengan orang lain ke arah pencapaian matlamat tertentu hidupnya. Secara lebih terperinci, seseorang wanita yang sihat mempunyai ciri-ciri seperti di bawah ini:
1. Rasa selesa dengan diri sendiri.
Menghormati, realistik, bertolak ansur, berupaya menerima kekecewaan, tidak terlalu emosi, berupaya mengendalikan banyak situasi.
2. Rasa selesa dengan orang lain.
Boleh mempercayai orang lain dan orang lain juga boleh mempercayainya, rasa diri sebahagian daripada masyarakat, mempunyai rasa tanggungjawab terhadap orang lain, dan memahami serta menghormati perbezaan yang terdapat pada orang lain.
3. Berupaya memenuhi tuntutan hidup.
Menggunakan bakat dan kebolehan secata optimum, merancang masa depan dengan yakin dan tidak mempunyai ketakutan masa depan, melalui segala pengalaman hidup dan idea-idea baru, meneria tanggungjawab denga hati yang terbuka, serta melakukan sesuatu apabila berhadapan dengan masalah dan berupaya menyesuaikan diri apabila perlu.
Demikianlah tiga prinsip utama ataupun prinsip asas kesihatan mental wanita.
(sumber: Panduan Menjaga Kesihatan Wanita oleh Hanizam Abd Ghani, Marhani Midin & Ruzana Zam Zam)
- Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang
- Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI
- Mari bertukar link untuk tingkatkan trafik blog/website LINK EXCHANGE SINI
- Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan