GRO Thailand berlagak macam samseng | Boros Di Aralom

Jumaat, 6 Januari 2012

GRO Thailand berlagak macam samseng

PETALING JAYA: Seorang pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand cuba menendang jurukamera yang merakam gambarnya selepas dia ditahan dalam serbuan polis di sebuah pusat hiburan di Plaza Crystal Ville, Desa Sri Hartamas di sini, tengah malam kelmarin.
Tendang jurugambar ketika diserbu

Dalam serbuan kira-kira jam 12 malam itu, wanita terbabit yang ditahan bersama 12 wanita senegara serta dua warga Filipina, dipercayai berang dengan tindakan jurukamera merakam wajahnya ketika dia diarahkan menaiki trak polis selain melemparkan kata-kata kesat. Bagaimanapun, jurukamera berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesemua 15 GRO berusia antara 23 hingga 35 tahun ditahan kerana menyalah gunakan pas lawatan sosial dibawa ke Balai Polis Travers untuk disoal siasat.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Deputi Superintendan Azman Mohd Isa, berkata sejak awal lagi beberapa GRO yang diperiksa dalam serbuan itu bertindak agresif dengan cuba melawan anggota polis yang menjalankan tugas.

“Ketika serbuan dilakukan, kesemua GRO berkenaan sedang sibuk melayan lebih 40 pelanggan dan ketika anggota kita hendak melakukan pemeriksaan, ada di antara mereka cuba bertindak agresif untuk mengelak dari ditangkap.

“Mereka seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya melakukan kesalahan dengan menyalah guna pas lawatan sosial dengan bekerja di negara ini,” kata Azman kepada pemberita di sini, semalam. 

Azman memberitahu, premis berkenaan yang mempunyai lesen serta permit pusat hiburan dan sudah beroperasi sejak setahun lalu pernah beberapa kali diserbu kerana menggunakan khidmat GRO warga asing untuk menarik perhatian pelanggan. 
(Sumber: BH)

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Tiada ulasan: