Kontroversi yang melanda pelajar genius Nur Amalina menjadi isu hangat ketika ini. Sebelum ini Nur Amalina pernah menjadi pelajar terbaik SPM pada tahun 2005 dengan mendapat keputusan pecah rekod 17A1. Namun isu liar yang melandanya ketika belajar di luar negara sedikit sebanyak telah mencalar imej baiknya walaupun khabar tersebut adalah fitnah.
Nur Amalina bersama ibunya. |
JOHOR BAHRU: “Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.
Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook.
Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.
“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.
“Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
(Sumber: hmetro)
*Doakan yang terbaik untuk anak bangsa kita.
- Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang
- Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI
- Mari bertukar link untuk tingkatkan trafik blog/website LINK EXCHANGE SINI
- Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan