Sinopsis filem Sesuatu Yang Tertinggal | Filem Melayu terbaru Januari 2012 | Boros Di Aralom

Ahad, 1 Januari 2012

Sinopsis filem Sesuatu Yang Tertinggal | Filem Melayu terbaru Januari 2012

Bahasa  : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre  : Ngeri, Drama
Durasi : 95 min
Tarikh Tayangan : 5 Januari 2012

Sinopsis:
Filem seram arahan Asrull Hisyam ini mengisahkan enam orang penghuni rumah anak yatim, Arshad (16), Mona (15), Zakiah (15), Ashraf (11), Daud (10) dan Murni (9) yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama. Cerita bermula apabila mereka dan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang lelaki. Rumah itu adalah milik arwah datuknya.

Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain. Semasa mereka memindahkan almari tersebut, ia tergelincir dan menyebabkan lantai kayu usang terkopak. Arshad menjumpai sebuah cermin muka tua melalui celahan bahagian yang terkopak dan menghadiahkan kepada Mona tanpa mengetahui bahawa cermin itu bakal menjerumuskan mereka ke ambang kemisterian. Mona berubah sikap.

Bella, pelajar yang sering memperlekehkan Mona di sekolah dan seorang pengawas sekolah yang menyukai Mona telah dikejutkan dengan peristiwa ngeri yang menimpa mereka. Daud pula cuba meyakinkan Arshad bahawa Mona telah dirasuk melalui penelitiannya terhadap komik-komik seramnya. Akhirnya mereka merancang sesuatu untuk memerangkap kuasa yang telah mendampingi Mona. Berjayakah mereka? Apakah sebenarnya yang mengganggu hidup Mona? Adakah cermin lama dan almari antik yang berada di dalam rumah lama itu saling bersangkut paut?
(Sumber: sinemamalaysia.com.my)

Saksikan kesudahan kisah seram filem Sesuatu Yang Tertinggal ini di pawagam bermula 5 Januari 2012. 

  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Dapatkan ebook (Bahasa Melayu) mengenai fakta, sejarah, dan cara-cara yang mudah dan meyakinkan dalam pelaburan Emas $$SINI$$
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

1 ulasan:

Unknown berkata...

sape pelakon dia..budak2 ke>??