Boros Di Aralom: Februari 2013

Khamis, 28 Februari 2013

Edisi Blog Review - Nabila Biela

blog Nabila Biela
Salam sejahtera kepada semua pembaca dan salam 1Blogger kepada yang bergelar blogger. Hari ini rajin sikit nak review blog rakan kita nabila biela. Wah, dah upgrade ke 'dot com' sahabat kita ni. Kelmarin dulu guna sub domain saja iaitu comey-comeyblog.blogspot.com tapi kini dah upgrade ke www.nabilabiela.com.

Dari segi pemilihan template memang saya sendiri respect la. Comel dan tersusun. Gabungan warna cerah seperti pinky, light blue, dan light yellow juga melembutkan mata kita untuk navigate blog ini. Lagi satu, loading dia cepat dan ini adalah salah satu ciri blog yang mesra pembaca.

Mengenai blog Nabila Biela:
Follower: 1679
Admin: Nabila Biela - bakal menjadi kaunselor.. :)
*nak tanya sikit, biela ni berpegang pada teori apa ek? Gestalt, Adler, pcc, or teori si Freud tu?? hee..

Tak hairan lah yer kenapa nabila ni selalu post entri yang inspiring dan membuka minda. Sebab dia ni bakal jadi kaunselor. Nanti lepas dia habis belajar, boleh lah buat sesi kaunseling dengan dia. Apa yang penting, lesen 'KB' tu kena ada la dulu..hehe..semoga hasrat nabila tercapai yer..

So, kalau nak tahu lebih banyak mengenai blog nabila ni, jom terjah ramai-ramai. Nabila ni seorang yang mesra dengan pengunjung blognya tau..apa lagi kalau yang rajin komen.

Sekian saja perkongsian dari saya untuk sesi blog review kali ini. Kalau anda seorang blogger yang tak kisah blog anda direview, boleh lah jenguk kat page Nak Blog Anda Direview? dula yer.

10 Jenis blog pilihan

Jenis blog pilihan
Terdapat banyak jenis blog dan ianya datang dari pelbagai bahasa. Berikut merupakan beberapa contoh jenis blog yang menjadi pilihan ramai;

1. Blog Personal. Blog ini merupakan jenis blog yang merangkumi pelbagai kategori. Biasanya mereka berblogging mengenai topik personal seperti politik, musik, keluarga, kesihatan, dan macam-macam lagi.

2. Blog Perniagaan. Biasanya dimiliki oleh golongan profesional dalam bidang yang diceburi seperti guaman, kedoktoran, hartanah, dan perbankan. Mereka mengongsikan kepakaran mereka dan pada masa yang sama mereka menjual produk atau perkhidmatan dan menjadikan blog sebagai medium untuk berinteraksi dengna pelanggan mereka.

3. Blog Pendidikan. Blog merupakan salah satu medium yang baik untuk para guru dan pelajar berkolaborasi dalam projek bilik darjah.

4. Blog Non-profits. Kumpulan-kumpulan kerja amal, yayasan, dan pejuang hak menggunakan blog sebagai alat terbaik untuk meningkatkan kesedaran tentang apa yang mereka perjuangkan. Blog juga menjadi medium unik untuk mengumpul wang derma bagi kegiatan mereka.

5. Blog Politik. Ahli parlimen, parti, agensi kerajaan, dan aktivis menggunakan blog untuk berhubung dengan konstituen mereka. Di Malaysia, blog politik kian menjadi perhatian terutamanya bila pilihanraya makin dekat.

6. Blog Sukan. Kita seringkali membaca blog yang hanya bercerita mengenai sukan. Mereka sering update keputusan terkini perlawanan bola sepak, hoki, badminton, dan sebagainya.

7. Blog Tutorial dan Review. Terdapat juga banyak blog yang berkongsi tips, tutorial, dan review mengenai masakan, permainan, musik, buku, movie dan sebagainya.

8. Blog Kopi-pasta. Blog ini suka mengambil isi dari blog orang lain atau dari mana-mana media lain dan kemudian dimasukkan dalam entri blognya. Hal ini boleh dilakukan tapi perlulah dengan izin si penulis asal atau dengan meletakkan backlink semula ke entri asal.

9. Blog SEO. Blog seperti ini ditulis khas untuk enjin carian dan bukannya difokuskan kepada manusia. Blog ini didedikasikan untuk menipu si Google dan enjin carian lain supaya diranking lebih tinggi.

10. Blog cetak rompak. Blog ini mempromosi ebook, pakej software, movie, muzik, games dan sebagainya yang merupakan cetak rompak. Jika kedapatan, blog ini boleh disaman.

Sebenarnya banyak lagi jenis blog yang ada tapi dengan 10 jenis blog di yang telah diterangkan ini mungkin boleh memberi gambaran yang lebih besar terutama kepada anda yang baru nak mula menulis blog. Baca juga 10 jenis blogger di alam maya

Rabu, 27 Februari 2013

5 Sebab Kenapa Blog Tidak Mendapat Trafik dari Enjin Carian

Mendapat trafik dari enjin carian
Seringkali kita merasakan bahawa kita sudah buat perkara yang betul untuk menarik trafik dari enjin carian seperti google dan yahoo. Tapi realitinya tidak seperti yang diharapkan. Jika blog tidak mendapat hits atau pelawat yang ramai dalam masa sebulan, mungkin hanya sekitar seratus dua ratus saja, memang ada sesuatu yang tak kena dengan blog kita. Berikut antara sebab Kenapa Blog Tidak Mendapat Trafik dari Enjin Carian:

1. Blog tidak diindeks
Jika blog anda diideks, ianya boleh memberi trafik. Jadi, bagaimana sesuatu blog itu diindeks?

Google dan juga enjin carian lain akan mengindeks blog anda secara automatik tetapi untuk mempercepatkannya, perkara berikut harus dilakukan:
1. Bina XML sitemap dengan menggunakan Google XML Sitemap Plugin.
2. Submit sitemap anda ke Google dengan menggunakan Google Webmaster Tools.

2. Entri blog bukan sesuatu yang dicari oleh pembaca
Langkah pertama untuk menulis entri blog ialah dengan mengenalpasti apa yang orang lain mahukan. Sama juga seperti memulakan sesuatu perniagaan dimana si peniaga akan mengkaji terlebih dahulu apakah barang yang mahu dibeli oleh orang lain. Sebab ini juga, blog tidak dapat dicari oleh enjin carian kerana pembaca tidak mencarinya.

3. Keyword tidak diletak pada tajuk utama
Tajuk utama merupakan perkara terpenting dalam sesebuah entri blog untuk mendapatkan trafik dari enjin carian. Cuba cari sesuatu di Google, keyword yang anda taip itu akan keluar dahulu di bahagian tajuk entri sesebuah blog/laman web.

4. Penulisan tidak menyeluruh
Haru diingat bahawa Google adalah sama seperti cikgu karangan di sekolah yang memberi markah kepada pelajarnya. Apabila penulisan itu padat dengan kata kunci dan tidak lari daripada tajuk, pastinya ia akan menjadi pilihan enjin carian seperti Google ini.

Jika anda hanya menulis entri yang mengandungi sekitar 100 perkataan sahaja, bagaimana mahu bersaing dengan entri blog yang mempunyai jumlah perkataan sekitar 2000 hingga 3000 patah yang menceritakan sesuatu tajuk (yang hampir sama dengan anda) secara lebih mendalam dan menyeluruh.

5. Gambar di blog tidak dioptimum
Bila anda mengoptimumkan gambar di dalam blog, terdapat dua cara anda akan mendapat trafik dari enjin carian seperti Google:
i. Anda akan dapat trafik dari Google Image search
ii. Ini satu cara lagi untuk memberitahu Google apakah keyword entri anda.

Terdapat dua cara bagaimana mengoptimumkan gambar dalam blog anda:
i. Save gambar anda sebagai [keyword-frasa.png], keyword - kata kunci entri, frasa - yang menerangkan keyword. Lakukan ini sebelum upload gambar anda.
ii. Tambah tag tajuk sebagai [keyword frasa]. Bila kita upload gambar di entri blog, tambahkan keyword frasa anda di bahagaian add caption.

Saya harap dengan perkongsian ini boleh membantu blogger lain untuk mengelak blog tidak mendapat trafik dari enjin carian. Jika anda mempunyai buah fikiran mengenai perkara ini, eloklah dikongsi bersama di bahagian komen ya. Sekian dan selamat berblogging.

Selasa, 26 Februari 2013

Tips Cara Komen Ke Blog Orang Lain Untuk Tingkatkan Traffik

Sediakan juga kotak komen yang beri backlink percuma
Salah satu cara mudah dan paling berkesan untuk mempromosikan blog ialah dengan memberi komen dalam blog orang lain. Selain mempromosi blog, kita juga boleh membina network sesama blogger. Namun apakah teknik atau cara terbaik memberi komen di blog orang lain? Di sini, saya nak kongsikan dua tips mudah cara memberi komen yang boleh membantu meningkatkan trafik blog anda.

1. Beri komen di blog yang sama niche dengan blog anda. Berilah komen yang merupakan pendapat anda sendiri mengenai artikel yang ditulis dalam blog tersebut. Pastikan komen anda itu membina, ringkas tapi padat. Sertakan juga link blog anda dalam komen.

2. Beri komen di blog yang "tarik" link blog anda secara automatik. Terma biasa yang kita guna dalam hal ini ialah 'do-follow' blog. Bila kita memberi komen di dalam blog ini, secara automatik entri terbaru dari blog kita akan dipaparkan selepas kita memberi komen. Biasanya blog yang menarik entri kita secara automatik ini memasang 'comment luv' dalam blog. Secara automatik juga anda memperoleh backlink ke blog anda. Antara blog popular yang menggunakan comment luv ini ialah blog kujie2.com, sebuah blog yang banyak bagi tips tentang blogging.

Saya harap tips di atas boleh dipakai bila anda mempromosikan blog melalui kaedah 'blog commenting'. Jika anda mempunyai perndapat sendiri mengenai kaedah ini atau mempunyai tips yang mahu dikongsikan, sila lah komen ya.

Isnin, 25 Februari 2013

Tips Mudah Tingkatkan SEO Blog Anda

SEO sangat penting jika anda mahukan trafik dari enjin carian seperti Google dan Yahoo. Berikut antara beberapa tips mudah untuk meningkatkan SEO blog kita. Tak kiralah apa jenis niche blog anda, elok lah dipraktikan perkara berikut:
Tingkatkan SEO blog anda

1.  Submit ke Google
Walaupun ramai yang berpendapat bahawa perkara ini tidak perlu tetapi ianya masih relevan dan berguna untuk dilakukan. Google mengindeks dan mengemaskini berbilion laman setiap hari. Bila anda ‘mengetuk’ pintu Google, pastinya si Google akan melayan dan mengenal blog anda. Seterusnya meletakkan blog anda di dalam senarai enjin carian. Tak susah pun nak submit blog anda ke Google ni, pergi saja ke Google webmaster tools.

2. Menulis untuk pembaca dan enjin carian

Perkara ini merujuk kepada pemilihan tajuk entri anda. Pemilihan teliti akan tajuk entri dengan menggunakan keyword yang sesuai adalah sebahagian daripada usaha mengoptimumkan enjin carian untuk mengenali blog anda. Dan pada masa yang sama, tajuk itu juga haruslah sebuah tajuk yang dicari oleh pembaca.
Asasnya, tajuk entri anda ialah apa yang pembaca nampak manakala tajuk blog ialah apa yang ‘robot’ enjin carian lihat. Memang agak susah nak faham mengenai SEO ini jika tidak melakukan banyak pembacaan sebenarnya.

3. Bina Sitemap
Sitemap berfungsi untuk memberitahu enjin carian di mana ia harus pergi. Terdapat dua kebaikan utama sitemap ini. Pertama, ia mempercepatkan enjin carian untuk proses mengindeks blog atau laman web kita. Kedua, ia memudahkan pembaca untuk mencari entri-entri yang berkaitan dalam sesebuah kategori yang ditulis dalam blog kita. Terdapat banyak panduan dan tutorial membina sitemap di alam maya ini. Cari saja di Google.

4. Update senarai “ping”
Apa itu ‘ping? Ianya merupakan satu sistem notifikasi untuk memberitahu enjin carian setiap kali kita buat entri baru dalam blog. Cara ini akan membantu meningkatkan lagi proses indeksasi blog kita. Berikut antara perkhidmatan ‘ping’ yang biasa digunakan:
http://rpc.pingomatic.com/
http://pingoat.com/goat/RPC2/
http://ping.feedburner.com

dan banyak lagi sebenarnya. Anda boleh dapatkan senarai penuh perkhidmatan ping ini di List of Ping Services.

Saya harap dengan perkongsian singkat ini dapat membantu anda mengetahui serba sedikit mengenai cara meningkatkan SEO blog. Jika anda nak kongsikan sesuatu yang anda tahu mengenai SEO ini, sila lah komen.

Ahad, 24 Februari 2013

Panduan Asas Memilih Nama Domain dan Kepentingannya

Panduan pilih nama domain
Secara umumnya, tidak ada peraturan khusus atau peraturan wajib dalam pemilihan nama domain. Nama domain menjurus kepada nama dalam link url blog anda. Contohnya, nama blog saya ini ialah Edisi Blogger dan nama domain saya ini ialah www.edisiblogger.com. Sejauh manakah kepentingan nama domain ini?

Saya pasti anda sudah banyak melayari website-website atau blog-blog yang ada di alam maya ini. Ianya datang dari pelbagai tajuk dan pelbagai kategori. Salah satu peraturan konvensional dalam memilih nama domain ialah dengan menggunakan ‘keyword’ di dalam domain. Contohnya jika anda menulis tentang kesihatan, pilihan domain perlulah mengandungi frasa-frasa seperti, diet, senaman, sihat, dan langsing.

Tapi harus diingat juga bahawa sebuah nama domain yang bagus biasanya mengandungi gabungan dua atau tiga keyword yang berkaitan. Sekiranya anda memerlukan bantuan atau ‘alat’ untuk mencari nama domain yang bersesuaian dengan blog/website anda, pergi saja ke Instant Domain Search untuk menentukan sama ada nama domain anda itu masih available atau tidak.

Kenapa pemilihan nama domain yang bersesuaian itu penting? Bukan sahaja membantu enjin carian untuk menjejaki blog anda malah nama domain ini juga penting untuk pembaca mengenali blog anda terutama kepada pelawat baru. Konteks ini sebenarnya sangat mudah untuk difahami. Katakan anda sedang berjalan di sebuah pasaraya besar seperti KLCC. Di dalam KLCC ini banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Setiap kedai itu juga memiliki nama kedainya tersendiri.  Dari nama kedai itu, anda sudah mempunyai gambaran awal akan apa barangan yang dijual di dalam kedai itu. Contohnya, kedai KARYA BOOKSTORE. Melihat saja nama ini pasti akan terlintas di fikiran kita bahawa kedai ini menjual buku. Hal ini juga sama dengan konteks pemilihan nama domain.

Satu lagi persoalan yang mungkin timbul dalam fikiran kita, macam mana pula dengan nama domain yang menggunakan nama sendiri atau nama glamer? Salah ke? Jawapannya memang TIDAK SALAH. Pilih lah apa saja nama domain yang anda suka.  Apa yang penting ialah niche dan strategi bagaimana anda mahu mengembangkan blog anda itu kelak. Ambil saja contoh blog popular dan berjaya yang menggunakan nama sendiri seperti Ben Ashaari, Hongkiat, John Chow dan banyak lagi. Mereka guna nama peribadi tapi bagaimana blog mereka ini menjadi sangat popular dan berpendapatan tinggi? Jangan terkejut bila saya katakan bahawa John Chow mampu memperoleh pendapatan sekitar RM120,000 sebulan selepas dua tahun berblogging. Apa rahsia beliau ya? Bila tengok nama domain, biasa-biasa saja. Perkara ini akan cuba saya kongsikan pada entri-entri akan datang.

Kesimpulannya, pemilihan nama domain ini memainkan perkara asas yang perlu diberi perhatian sekiranya ingin memulakan sesebuah blog atau website. Nama domain akan menjadi ‘first impression’ kepada pengunjung yang datang ke blog kita.  Tapi akhirnya semua ini bergantung juga kepada bagaimana anda menyusun strategi dalam mengembangkan blog supaya menjadi blog yang mampu menjana pendapatan lumayan suatu hari kelak.

Panduan Asas Memilih Niche Blog Yang Boleh Jana Duit

Tidak dinafikan bahawa sebuah blog yang mempunyai niche yang baik dan bersesuaian boleh menjana pendapatan yang konsisten dan lumayan. Apakah itu Niche? Terma ini sebenarnya merujuk kepada kategori blog anda. Jika blog anda itu banyak cerita pasal memasak, maka niche blog anda ini ialah ‘masakan’. Jika blog itu banyak cerita pasal telefon pintar maka niche blog itu ialah ‘telefon pintar’. Jadi apakah niche blog anda?

Terus terang saya katakan bahawa blog saya ini bukanlah contoh terbaik bila bercerita mengenai niche. Anda boleh nilai sendiri betapa berserabutnya cerita-cerita yang pernah saya kongsikan di sini. Bercampur aduk macam rojak kat pasar. Kejap cerita pasal artis, kejap cerita pasal benda pelik, kejap cerita pasal bola, dan macam-macam lagi lah. Walaupun dah banyak ebook dan blog mengenai niche yang dibaca tapi masih lagi belum dapat mengadaptasikan di dalam blog sendiri.  Tapi kita belajar dari kesilapan. Sekarang ini saya nak kembali ke pangkal jalan dan mulakan dimensi baru dalam dunia blogging. Sebab itu, kalau ada silap dan salah, sama-sama kita perbetulkan dengan cara yang beretika.

Selepas saya membaca blog Income Diary – How Pros Make Money Online yang ditulis oleh lima sahabat blogger muda profesional iaitu Micheal, Joshua, Nicholas, David, dan Nick S, fikiran saya mulai terbuka untuk menumpukan blog saya kepada satu niche sahaja.  Mungkin sekarang niche saya ini masih samar-samar tapi suatu hari kelak, mudah-mudahkan blog ini boleh diterima pembaca  dan mampu menjadi rujukan yang berguna.

Jadi apakah sebenarnya panduan paling asas dalam memilih niche blog ini? Pasti ramai yang memberitahu kita untuk menulis blog mengenai sesuatu yang kita suka dan minat. Ya, itu tak salah. Tapi kita kena berbalik kepada tujuan utama kita berblogging. Adakah sekadar untuk suka-suka atau untuk menambah pendapatan melalui blog? Jika serius mahu menambah pendapatan melalui blog, tulislah sesuatu mengenai minat yang menguntungkan. Jika sekadar suka-suka sahaja mungkin banyak tulisan kita yang orang akan anggap sebagai merapu saja. Sebaliknya, jika anda mempunyai minat dalam bidang rekabentuk laman web atau minat dalam dunia fotografi, tulis lah blog mengenai minat anda itu kerana anda tahu bagaimana anda boleh buat duit dari minat tersebut.

Sebagai contoh, jika anda minat dalam bidang rekabentuk laman web, anda pastinya akan berkongsi banyak perkara tentang membina laman web yang baik. Dan sudah pasti juga anda tahu bagaimana mereka bentuk laman web yang baik dan mesra pembaca. Di sini, anda sudah mula membina kepercayaan orang lain dan reputasi diri.  Nah, untuk menjana pendapatan dari blog anda, apa kata tawarkan perkhidmatan membina laman web pula. Pastinya anda akan mendapat ramai pelanggan. Kenapa? Sebab niche blog anda itulah yang akan membawa para prospek pelanggan ke laman web anda melalui enjin carian. Kata lah, seorang ini nak buat laman web dan kemudian cari di Google “cara buat laman web”, pastinya pencari itu akan dibawa oleh Google ke laman web anda.

Saya harap anda faham akan konsep ‘niche’ yang saya terangkan di atas ini. Jika anda mahukan idea dan gambaran terbaik akan niche mana yang boleh buat duit, saya sarankan agar anda layari laman web ClickBank atau Jomniaga dan klik bahagian Marketplace dan lihat produk-produk di setiap kategori yang ada.  Pastinya anda mendapati para penjual atau vendor menjual produk mereka mengikut niche seperti gaming, kesihatan, marketing, dan sebagainya. Sama juga bila anda masuk pasaraya besar. Kalau nak cari pensel 2B pastinya anda akan mencari benda ini di bahagian Alat Tulis dan bukannya di bahagian Peralatan Dapur.

Sekian sahaja untuk perkongsian mengenai panduan asas memilih niche blog dari saya. Harap ia membantu terutama kepada yang baru mula berjinak dalam dunia blogging ini. Jika anda mempunyai buah fikiran dan komen akan entri ini atau mahu berkongsi ilmu, kongsikan lah di bahagian komen.

Sabtu, 23 Februari 2013

Hadiri Seminar Blog To CEO Untuk Pelajari Teknik Blogging Berkesan

Susah sangat ke blogging ini sampai perlu hadir seminar-seminar tertentu? Jawapannya adalah “TIDAK”. Blogging tidak lah susah mana pun. Budak darjah satu pun boleh buat asalkan sudah tahu menulis karangan. Pendek kata, sesiapa pun boleh buat. Tapi, bukan semua boleh membina blog profesional yang mampu menjana pulangan yang lumayan. Saya yakin dan pasti ramai blogger di luar sana yang berangan-angan nak menjana pendapatan beribu ringgit sebulan melalui blog TAPI secara fakta MAJORITI daripada mereka tidak pernah dapat walau satu sen pun. Kenapa saya cakap fakta? Sebab saya pun pernah mengalaminya dahulu. Terus terang saya katakan pendapatan saya selama berblog tidaklah sebanyak mana. 2 tahun berblogging baru sekali cashout Nuffnang. Okey lah daripada tiada langsung, betul tak.

Untuk menjadi seorang blogger yang berwawasan atau mempunyai matlamat yang solid, pastinya memerlukan strategi yang dirancang dan dilaksanakan dari awal. Tidak mudah melakukannya tanpa bantuan seseorang yang pakar dalam bidang blogging ini. Sebab itu coach dalam seminar Blog To Ceo iaitu En. Saufi melihat perkara ini secara serius dan bermurah hati untuk menolong secara bersemuka dengan blogger-blogger di luar sana untuk berjaya sepertinya.  

Pada 23-24 Februari ini, beliau akan mengadakan seminar BlogTo CEO yang bertujuan untuk melatih para blogger baru dan lama mengenai strategi berbloging yang berkesan, bagaimana meningkatkan trafik blog, dan seterusnya mengajar begaimana menjana pendapatan dari blog. Bukan senang sebenarnya nak cari peluang-peluang seperti ini. Apa lagi di Malaysia. Dalam seminar ini, anda akan belajar strategi-strategi berikut:
1. Bagaimana anda boleh jana pendapatan pasif sehingga 4 atau 5 angka daripada blog anda?
2. Bagaimana nak mencari topik untuk menulis blog anda?
3. Pemilihan blogging engine yang sesuai dan Bagaimana nak beli domain name dan webhosting yang sesuai untuk blog anda
4. Bagaimana nak mencari idea untuk terus menulis blog anda?
5. Bagaimana nak buat blog design professional seolah-olah anda telah ada sebuah Syarikat gergasi?
6. Bagaimana nak bagi ramai visitor membanjiri blog kita?
7. Bagaimana nak mencipta character anda menjadi selebriti blogger terkenal. Cara untuk membentuk gaya penulisan anda?

Dan saya pasti banyak lagi ilmu blogging yang bakal dikongsikan oleh beliau nanti. Jika anda serius nak menjana pendapatan melalui blogging ini, tepuk dada tanya selera, adakah seminar Blog To Ceo yang anda tunggu-tunggu selama ini? 


5 Faedah Terbesar Blogging

Pengaruh dalam Blogging
20 tahun dahulu, blog tidak wujud tapi kini terdapat lebih 150juta blog di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut hanya segelintir kecil sahaja yang mampu menjana pendapatan yang lumayan sehinggakan ada blogger yang menjadi jutawan dengan hanya menulis blog.

Dengan dunia tanpa sempadan yang semakin canggih ini, blog merupakan salah satu medium penting yang mempunyai 'kuasa' yang hampir menyamai mana-mana media komunikasi lain seperti surat khabar, televisyen, dan radio. Jadi, apakah sebenarnya faedah terbesar blogging ini? Berikut antara 5 Faedah Terbesar Blogging

1. Memulakan Perniagaan
Kadangkala, sebuah blog itu dimulai oleh hobi yang seterusnya menjadi medium perniagaan sepenuh masa. Inilah yang berlaku kepada Pat Flynn, pemilik blog Green Exam Academy, yang pada mulanya hanya berkongsi buah fikiran mengenai bidang architecture melalui blog. Ketika beliau meninggalkan pekerjaannya, dia mulai mengembangkan blog peribadinya itu secara lebih serius. Selepas setahun, beliau mampu memperoleh pendapatan sehingga $100,000 setahun. Mungkin nilai ini tidaklah seperti blogger profesional yang lain tetapi kisah Flynn ini boleh dijadikan contoh kepada bagaimana sebuah blog hobi itu boleh dijadikan blog perniagaan.

2. Mendapatkan Lebih Banyak Pelanggan Kepada Perniagaan Sedia Ada

Blog statik atau blog satu entri sahaja tidak akan mampu menarik banyak pelanggan berbanding blog yang diupdate setiap hari. Apabila anda menulis entri khusus atau 'in-depth blog post' yang mampu membantu menjawab persoalan pengunjung yang bakal atau berpotensi menjadi pelanggan anda, mereka akan melihat anda sebagai seorang yang pakar dalam bidang tersebut. Kemudiannya, jika mereka mencari pertolongan lebih daripada apa yang mereka baca di dalam blog anda, kemungkinan besar mereka akan sanggup membayar untuk mendapatkan perkhidmatan yang anda tawarkan.

3. Menjadi Seorang Penulis Yang Lebih Baik

Salah satu cara untuk menjadi penulis yang baik ialah dengan menulis banyak artikel setiap hari. Blogging boleh menjadi salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran menulis anda. Bak kata orang putih, "The more you blog, the more you write - and the better writer you become".

4. Meningkatkan Pengaruh

Apakah cara terbaik untuk mengubah dunia ini? Ianya mungkin boleh dicapai jika anda menjadi seoerang ahli politik, aktivis atau sebagai seorang sukarelawan.

Atau mungkin sebagai seorang blogger. Seorang blogger berjaya memiliki jumlah audience ramai yang percaya dan menghormatinya. Saya masih ingat kata-kata seorang pensyarah, 'the journalist is the king'. Inilah salah satu faedah terbesar dalam blogging.

5. Ekspresikan Diri Anda

Perkara ini mudah difahami. Sebuah blog merupakan medium untuk mengekspresikan diri yang mengandungi perkataan, gambar-gambar, dan bunyi-bunyian. Tak kiralah blog anda itu adalah sejenis blog perniagaan atau blog personal seumpama diari, blogging adalah salah satu cara terbaik untuk mengekspresikan diri anda. Nak lepaskan geram atau perasaan sedih pun boleh. Jangan saja memfitnah dalam blog. Nanti kang, kena saman pula.

Kata-kata Terakhir

Demikianlah antara 5 faedah terbesar blogging dalam kehidupan kita. Bukan sahaja dalam mengembangkan perniagaan malah blogging juga membantu dalam ekspresi diri kita dalam kehidupan seharian. Jika blogging itu sudah menjadi hobi, terpulang lah kepada blogger itu sendiri bagaimana dia nak mengembangkan hobinya itu ke satu tahap yang lebih tinggi yang boleh menjana pendapatan konsisten. Oleh itu, jika anda minat menulis, kenapa tidak mula membina blog sekarang dan jana pendapatan melalui blogging.

Jika baru nak mula blogging, elok lah dulu baca entri 10 perkara yang perlu dibuat pada hari pertama berblogging ini. Sekadar perkongsian sahaja. Terpulang untuk anda mempraktikkannya.

Jumaat, 22 Februari 2013

10 Perkara yang perlu dibuat pada hari pertama berblogging

Mula blogging
Satu pengembaraan bermula dengan satu langkah. Pilosopi ini juga relevan untuk seorang yang bergelar blogger. Langkah pertama adalah langkah yang paling penting Tetapi apakah maksudnya kepada seorang blogger?

Katakan anda membeli sebuah domain, membina hosting, dan meng'install' blogspot atau wordpress. Apakah langkah seterusnya? bagaimana anda mula berblogging dengan buah fikiran anda? berikut merupakan 10 perkara yang anda perlu lakukan pada hari pertama berblogging. Walaupun anda sudah lama berblogging, 10 perkara ini boleh dipraktikkan juga.

Saya mengandaikan bahawa anda sudah membuat kajian mengenai jenis blog yang akan anda bina. Sebelum anda membeli domain, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira. Sebelum menulis lanjut, saya mengandaikan bahawa anda sudah buat perkara berikut:
1. Memilih jenis audience kepada blog anda yang mempunyai masalah yang anda tahu bagaimana untuk menyelesaikannya.
2. Menjumpai dan melanggani blog-blog utama yang berkaitan dengan niche blog anda.
3. Membaca artikel, ebook, dan sumber-sumber dari niche anda.

Okey, jika anda sudah melakukan perkara-perkara di atas, berikut merupakan 10 perkara yang perlu anda lakukan pada hari pertama menulis blog:- 

1. Burn Blog anda dengan FeedBurner
Setiap blog utama yang top seperti Problogger, Techcrunch dan Mashable manggunakan kemudahan RSS feed menerusi tools dari Google iaitu FeedBurner. Untuk burn blog anda, ikuti langkah berikut:
i. Pergi ke feedburner.com
ii. Log masuk menggunakan akaun Google anda.
iii. Burn feed anda dengan menggunakan url anda (http:www.bloganda.com) di dalam kotak yang disediakan.
iv. Klik 'next'.
v. Pilih feed anda. Ianya kelihatan seperti domain.com/feed jika anda menggunakan WordPress.

2. Masukkan Ruang Opt-In dalam blog

Maksudnya, sediakan ruangan dalam blog anda untuk email newsletter di mana para pembaca yang berminat akan memasukkan email mereka di dalam ruangan opt-in tersebut untuk mendapatkan entri terkini blog anda. Cara ini sangat mustahak sekiranya anda ingin membina audience yang setia dengan blog anda.

3. Sediakan halaman 'Tentang Saya'
Halaman 'Tentang Saya' yang mempunyai maklumat mengenai siapa anda merupakan antara halaman yang paling banyak dibaca dalam sesebuah laman web. Ini kerana kebanyakkan pembaca akan tertanya-tanya siapa dia di sebalik blog tersebut selepas membaca entri blog anda. Jika anda seorang perniaga, halaman ini adalah halaman paling mustahak. Reputasi anda terletak di sini.

4. Bina 'Contact Page'

Bila anda mempunyai halaman mengenai anda, satu lagi halaman yang perlu ialah 'contact page'. Masukkan dua perkara ini di dalam 'contact page' anda.
i. Contact Information
Senaraikan email, ID Skype, Twitter, LinkedIn, Facebook, dan Google Plus.
ii. Contact form
Kadangkala pengunjung lebih memilih email untuk berhubung dengan anda terus dari blog. Mungkin anda boleh gunakan plugin seperti Contact Form 7 dan Really Simple CAPTCHA untuk ini.

5. Pilih Kategori anda
Di dalam Wordpress, anda boleh memilih kategori-kategori untuk entri anda. Sama juga dengan Blogspot. Kategori ini membantu menyusun entri-entri blog agar memudahkan pembaca dan anda.

6. Pilih Artikel Utama Anda
Selepas anda membina kategori, fikirkan bagaimana anda boleh membina artikel utama yang menjadi teras kepada kategori-kategori entri tadi. Contohnya (101 Cara Menguruskan Badan) yang di'link'kan dengan entri-entri khusus dalam blog anda. Artikel utama inilah yang bakal menyumbangkan trafik besar di dalam blog.

7. Brainstorming idea untuk entri blog
Selepas anda memilih kategori dan artikel teras, mula lah brainstorming entri-entri berbeza yang membantu menyelesaikan masalah pembaca dan sesuai dengan skop kategori entri anda. Bila anda brainstorming, elok sediakan pen dan kertas atau papan putih. Brainstorming ini bakal membantu anda membina kalendar editorial kelak.

8. Bina kalendar editorial
Kalendar editorial merupakan satu terma untuk merancang manakah entri blog yang bakal anda tulis dan bilakah ia akan dipublish dalam blog. Anda boleh menjadualkan entri blog di dalam kalender perancangan. Jika mahu pergi jauh di dalam proses ini, anda boleh menggunakan Editorial Calendar Plugin. Langkah ini tidak lah mustahak tetapi jika tidak mahu fokus anda lari dari niche blog, elok lah dipraktiskan.

9. Tulis entri sebanyak mana yang boleh
Satu daripada kesilapan yang sering dilakukan oleh blogger baru ialah mereka mula menyebarkan kepada orang lain akan kewujudan blog mereka walaupun jumlah entri dalam blog itu sedikit sahaja. Sebaik sahaja anda mula menyebarkan blog anda, secara tidak langsung anda adalah bertanggunjawab untuk sentiasa mengemaskini blog. Stay updated!

10. Bina strategi sistem penyebaran blog
Perkara terakhir yang perlu dibuat sebelum menyebarkan blog anda ialah membina strategi sistem penyebaran blog atau 'funnel system'. Langkah pertama untuk mengembangkan 'funnel system' ini ialah dengan menentukan apa yang anda mahu pengunjung blog anda lakukan. Adakah untuk menjadi pelanggan (subcriber) atau menjadi pembeli. Ini adalah matlamat blog anda.

Untuk meminta agar seseorang itu membeli sesuatu di dalam blog samalah seperti meminta mereka mengahwini anda. Kita tidak boleh terus 'melamar' begitu sahaja. Kita perlu mula dengan meminta nombor telefon dahulu atau email. Mulakan dengan membina hubungan dan kepercayaan dengan berkawan dahulu. Berilah 'hadiah' dalam blog anda seperti ebook percuma. Dengan ini, hubungan anda dan 'si dia' akan lebih terbina kukuh. Suatu hari nanti sudah pasti mereka akan mempercayai dan meyakini kita dan seterusnya membeli sesuatu yang ditawarkan dalam blog.

Kata-kata Terakhir
Saya mempunyai firasat yang kuat bahawa kebanyakkan anda yang membaca entri ini merupakan golongan blogger yang sudah lama berblogging. Anda sudah pun melintasi hari pertama itu. Tapi it's okay. Semua perkara di atas masih berguna untuk anda walaupun mungkin sudah bertahun anda berblogging.

Kadangkala, ianya sangat manis bila kita kembali ke pangkal jalan. Jika anda sangat gembira dengan apa yang anda buat sekarang dalam dunia blogging, teruskanlah menulis blog. Pastinya, hasil dari usaha selama ini akan memberi pulangan yang memuaskan anda. Sekian dan selamat berblogging.

P/s: Tips di atas diadaptasi dari seorang penulis blog berpengalaman Nicholas Tart yang menggunakan WordPress sebagai medium berblogging.

Khamis, 21 Februari 2013

Susah nak verify akaun di Lelong.com.my

Bagi sesiapa yang biasa shopping online pastinya kenal dengan laman web Lelong.com.my ini. Jika nak bandingkan mana-mana marketplace di Malaysia, saya rasa Lelong merupakan tempat paling selamat untuk berurus niaga kerana polisinya yang ketat serta kemudahan Safetrade yang ditawarkan.

Untuk mendaftar sebagai pengguna dan pembeli di Lelong memang agak mudah sebenarnya. Tetapi untuk verify akaun sebagai penjual dan ingin membuka kedai di laman web itu adalah agak sukar. Ini mengikut pengalaman sendiri. Saya terpaksa tunggu sehingga dua bulan untuk proses verifikasi akaun di Lelong. Malah saya terpaksa memohon verifikasi sehingga empat kali. Tapi saya faham kenapa proses ini menjadi sukar. Ini kerana dalam IC, alamat saya tidak terlalu spesifik. Hanya ada nama kampung dan daerah. Syarat verifikasi pula memerlukan alamat yang spesifik, siap dengan nombor rumah dan lorong sekali.

Selain itu, proses verifikasi ini juga menjadi sukar jika rumah/kedai anda tidak mempunyai talian tetap. Kebanyakkan penjual di internet biasanya berniaga dari rumah sahaja. Nak buka kedai, kos sewanya mahal. Kalau sewa kedai di Lelong.com.my, sewanya sangat murah iaitu hanya RM298 setahun. Proses buka kedai di Lelong ini hampir sama dengan proses buka kedai secara offline. Kena ada lesen berniaga yang sah.

Bila rumah tiada talian tetap, terpaksalah pinjam telefon rumah kawan atau di pejabat. Pihak Lelong memerlukan talian tetap anda supaya mereka dapat menghubungi anda untuk proses verifikasi akaun. Selain itu, kalau alamat kurang spesifik pula, mereka akan minta gambar anda sambil pegang kad pengenalan. Tak mau yang kabur-kabur. Muka kena jelas. Begitulah yang saya alami. Jangan risau, privasi anda adalah dijaga sepenuhnya.

Tapi selepas proses verifikasi ini selesai dan diluluskan oleh pihak lelong, agak lega sedikit. Rasa ragu-ragu si bakal pembeli pun berkurangan. Sebab itu, jika anda membeli apa-apa barangan di Lelong, tengok dulu status akaun si penjual sama ada 'IC verified' atau tidak. Dan jika anda masih juga ragu-ragu untuk membeli, gunalah perkhidmatan 'Safetrade' yang ditawarkan oleh pihak Lelong.

Safetrade bermaksud si pembeli tidak akan membayar terus kepada si penjual, si pembeli akan membayar harga barang itu terlebih dahulu kepada pihak lelong dan apabila si pembeli sudah mengesahkan penerimaan barangan maka barulah wang tersebut dilepaskan kepada si penjual. Tapi perkhidmatan ini pun kena bayar juga, RM3 kalau tak silap saya.

Kesimpulannya, jika anda mahu berniaga secara online tanpa ada website sendiri, daftarlah dengan Lelong dan buka kedai kat sana. Proses verifikasi akan menjadi mudah bila anda bekerjasama baik dengan lelong. Sediakan scan kad pengenalan, scan bill/penyata akaun bank terkini (tak nak yang dicrop dari online statement ya), serta mempunyai talian tetap yang masih aktif. Kalau tiada, boleh pinjam telefon kat rumah kawan atau kat pejabat. Yang penting orang yang sambut telefon itu kenal dengan anda. Oh ya, pastikan juga yang alamat di dalam kad pengenalan itu sama dengan alamat di dalam penyata akaun/bill anda. Ini belum lagi termasuk keperluan untuk membuka kedai di Lelong. Kalau nak buka kedai, kena bagi scan lesen perniagaan yang sah dahulu. Barulah senang nak urus. Bila semua dah selesai, bolehlah berniaga dengan telus di Lelong.

Sekian untuk perkongsian.

Spray Paint Tips for Graffiti

Graffiti arts
Spray painting is usually not the first paint method option for a graffiti artist, according to the website Libcom, yet it has advantages. Although spray paint can be toxic and harmful to your health over long periods if no safety precautions are applied, spray paint is also great for a quick, even first coat of paint and is ideal for stencils. Don't graffiti in places that are considered illegal, however. Try out spray painting on safe surfaces, such as the walls of a well-ventilated house or a large canvas.

Brands
Although you can use just about any brand of spray paint out there, there are a few specialty brands preferred by graffiti artists. Brands found in Walmart or hardware stores are good for someone just starting out, despite a cheaper brand's tendency to be runny or blotchy. Once you get into more expert graffiti projects, such as stenciling, the need for higher-end, specialized paints may be necessary. The three top graffiti brands are Spanish Montana, Montana Gold and Belton. There is little difference between the brands and are they are often chosen based on personal preference, according to the Romanian Graffiti website; although the values and pressure system of Montana Gold is deemed better than Spanish Montana, the latter is considered better quality paint and is cheaper. Belton and Montana Gold are more expensive brands, yet may be preferred by some graffiti artists.

Safety
The major problems with using spray paint are toxic paint fumes and a bottle that can't be recycled after use. Wear a mask to protect your nose and mouth, especially if you plan on graffiting for long periods of time. A suitable face mask will have a dual filter -- the outside filter for dust contaminants, the inner filter to block noxious fumes. These masks are usually made of rubber, latex or plastic and should wrap around your head tightly enough that you can breath only through the mask itself. The inner filters may need to be changed once a year, depending on the frequency of use. Source

Are you a graffiti artist? Why don't spark you creativity with grafitty. Submit your art now! Thanks to Resord World for this opportunity.

Kegunaan sistem barter zaman moden

Sistem barter sekarang
Tahu apa itu sistem barter? zaman sekolah dulu cikgu sering guna istilah ini dalam mata pelajaran sejarah. Biasanya sistem ini diamalkan pada zaman sebelum terciptanya mata wang di mana para peniaga menukar barangan yang ada dengan barangan lain yang ditawarkan oleh peniaga lain tanpa melibatkan wang.

Zaman sekarang memang jarang sekali kita lihat sistem ini diamalkan. Tetapi sebenarkan sistem barter ini masih relevan untuk diamalkan dan ianya mampu menjadi salah satu sistem yang boleh menguntungkan dan mengurangkan perbelanjaan harian kita. Tahukan anda bahawa menurut International  Reciprocal Trade Association (IRTA), dianggarkan lebih $12 billion transaksi tanpa melibatkan wang pada tahun 2010. Berikut antara kegunaan sistem barter pada zaman sekarang.

1. Tukar peluh anda dengan potongan sewa rumah
Jika anda seorang yang mahir dalam pertukangan, kenapa tidak tawarkan kepakaran anda itu untuk membaik pulih atau menyelenggara rumah sewa milik tuan tanah di tempat anda menyewa sekarang. Mungkin tuan tanah akan bersetuju untuk memotong bayaran sewa rumah anda. Atau juga mungkin anda boleh tawarkan perkhidmatan memotong rumput di sekitar perumahan.

2. Tukar buah-buahan denga sayuran
Jika anda memiliki pokok buah-buahan sendiri dan tidak punya masa untuk menjualnya di pasar, cubalah tukarkannya dengan sayuran di pasar. Mungkin nilai tukaran tidak lah semahal dengan nilai buah itu jika dijual tetapi sekurang-kurangnya anda dapat menukarkannya dengan sayuran yang masih segar untuk dijadikan lauk makan malam anda. Daripada rosak dimakan haiwan, lebih baik pergi tukarkan buah-buahan itu dengan sayuran.

3. Tukar perkhidmatan dengan perkhidmatan
Jika anda adalah seorang yang mahir dalam ilmu perkomputeran, kenapa tidak tawarkan perkhidmatan anda untuk mendapatkan perkhidmatan lain yang anda perlukan. Contohnya, anda akan membina laman web percuma kepada individu yang sudi memberikan perkhidmatan tuisyen muzik percuma kepada anda atau anak anda.

4. Tukar buku dengan permainan video
Jika anda mempunyai banyak koleksi buku lama yang tidak diperlukan lagi, carilah kawan yang boleh menukarkannya dengan permainan video baru yang menyeronokkan anda. Atau tukar lah buku lama tersebut dengan buku baru.

5. Tukar pemain video klasik dengan iPhone
Para penggemar barangan klasik memang sanggup membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan barangan klasik yang mereka idamkan. Malah mereka juga sanggup menukar barangan klasik dengan barangan hi-tech seperti iPhone. Jadi, jika anda memiliki barangan antik yang tidak diperlukan lagi dan sedang merancang untuk membeli iPhone, carilah penggemar barang antik. Atau anda boleh iklankan barangan anda di mana-mana yang perlu. Siap letak header "Saya nak Tukar barang antik dengan iPhone" gitu.

Kesimpulannya, sistem barter sebenarnya masih relevan diamalkan walaupun dunia makin canggih. Cuma, cara perlaksanaannya saja yang sedikit berbeza berbanding zaman batu dahulu. Tapi walaupun dunia makin moden, sitem barter yang lama itu masih banyak digunakkan terutamanya di negara mundur yang mempunyai nilai mata wang yang lemah.

Rabu, 20 Februari 2013

Apa Rahsia dia dapat RM50k setahun dengan hanya jual ebook?

Siapa dia yang gua maksudkan ini? Ni la dia...Raja Kamil (RK), si pakar buat duit dengan jual ebook je. Macam perniagaan biasa lah cuma yang ini produk dia adalah electronic+book=ebook << betul ke istilah tu???

So, macam mana dia boleh dapat sampai RM50k setahun? Ada rahsia tersembunyi ke? kalau dah namanya rahsia, takkan nak bagitau orang lain pulak. Nanti habis la periuk nasi engko..huhu

Nampaknya, rahsia itu bukan lagi rahsia sebab si empunya diri sendiri sudah meceritakannya sendiri di dalam Rahsia E-Book Murah Menjana RM50 Ribu Setahun. Antara perkara yang ada di dalam panduan ini ialah 11 fail audio dalam bentuk MP3 jadi anda boleh mendengarnya semasa anda berada di dalam dengan 1 peta minda dalam dua format iaitu PDF dan dalam bentuk gambar (JPG). Semua komputer boleh buka fail-fail ini.

Berikut antara kandungan dalam Rahsia Jual Ebook Murah ini yang bakal anda ketahui:-
001 – Pengenalan
- Apa sebenarnya yang akan anda dapat daripada panduan ini?
002 – Niche
- Anda sudah biasa mendengar mengenai niche? Anda akan mengetahui apa yang penting mengenai niche dan apakah niche yang paling untung (hint: lebih banyak anda tahu, lebih senang untuk anda menang dalam niche itu)
003 – Skil Tulis Ebook Siap Kurang Daripada Seminggu
- Teknik-teknik yang boleh membantu anda untuk menulis e-book dan disiapkan kurang daripada seminggu
004 – Alternatif Kepada Ebook
- Jika anda tidak boleh buat e-book, ini alternatifnya.
005 – Bina List Dengan _________ 
- Nak tahu cara untuk mengumpul list orang yang MAHU membeli daripada anda? Ini caranya.
006 – Anda Tak Perlu Buat Website Untuk Jual Ebook
- Ya, sebenarnya banyak cara lain untuk anda jual ebook anda.
007 – Relaunch Produk Dengan _________
- Apabila e-book anda sudah lama berada di pasaran, teknik ini boleh membantu anda
008 – Strategi Jana Income Berulang Dengan ________
- Apabila anda sudah tak tahu bagaimana nak jana pendapatan, ini adalah cara termudah (serius! Mudah!)
009 – Lancar Ebook Jenis _______ Untuk Topik Anda
- Sudah biasa buat e-book murah, ini masanya untuk anda buat e-book jenis ini pula. Anda boleh buat duit banyak jika anda buat e-book ini.
010 – Cari _________ Supaya Anda Tidur Nyenyak
- Untuk memudahkan anda untuk buat duit sambil tidur, saya sarankan anda dengar audio ke-10 ini.
011 – Bagaimana Untuk Melipat Gandakan Keuntungan Anda
- Keuntungan yang anda dapat boleh digunakan untuk mengganda, atau laburkan untuk untung sehingga 3-4 kali ganda. Dalam audio ini saya tunjukkan bagaimana.
012 – Strategi BONUS
- Anda akan suka apa yang saya beritahu anda di dalam rakaman ini.
013 – Strategi BONUS #2 – Ranking Pelanggan Anda
- Anda akan mengetahui bagaimana untuk mengetahui pelanggan mana yang paling menguntungkan anda.
Ya, semuanya ada 13 audio rakaman yang boleh anda dengar. Anda dengar audio ini kemudiannya anda boleh cuba buat duit dengannya. Sediakan nota kecil dan pensil kerana anda mungkin mendapat idea yang bernas untuk produk anda yang seterusnya.
Fuh...Rahsia Jual Ebook Murah ini pastikan bakal mencetuskan idea dalam minda anda untuk menulis ebook versi anda sendiri. Idea itu mungkin boleh membuat anda lebih banyak daripada apa yang kita dapat bayangkan. Mungkin anda mendapat idea yang unik daripada audio ini dan menggunakannya untuk menjadi jutawan senyap. 

Nak tahu lebih dalam lagi? Terjah saja Rahsia Jual Ebook Murah ini. I tak paksa, I cuma bagi tau. Terpulang kepada anda untuk bertindak.. sekian..

Kursus membuat kek di Kg. Minangkob, Tamparuli


Sebentar tadi baru berakhir majlis penutupan kursus membuat kek di kampung Minangkob, Tamparuli. Kursus selama tiga hari ini dikendalikan oleh pihak Jabatan Pertanian daerah Tuaran yang tak lain tak bukan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar dalam tatacara membuat kek. Harapannya agar semua peserta yang terlibat dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari sebagai sumber ekonomi baru.
Riangnya...

Berikut antara jenis-jenis kek yang dipelajari. Antaranya, muffin pisang, kek lapis, kek keju, dan sebagainya. Saya sempat juga merasa beberapa kek yang terhidang dan memang sangat sedap. Lepas ni kalau ada majlis apa-apa kat rumah, dah boleh mintak kawan-kawan yang mengikuti kursus ini tolong buatkan. Harga boleh runding lagi kot!!...hoho..




wah..siap letak nama lagi..
Erm..korang tak mintak peruntukan dengan wakil YB tadi kah...mintak sebijik mesin buat kek dan oven skali..hehe

Kelantan dibelenggu masalah lagi??


Kota Bharu: Ketika masalah ketumpulan penyudah jentera serangan Kelantan masih menghantuinya, Bojan Hodak kini berdepan masalah baru - kealpaan benteng.

Ketua jurulatih dari Croatia itu mengakui faktor itu menjadi punca The Red Warriors (TRW) kalah kepada Selangor 0-2 Jumaat lalu selain masalah sama - ketumpulan penyudah jentera serangan. 
“Kemelut TRW kini bukan saja membabitkan jentera serangan yang tumpul, tetapi juga benteng pertahanan yang mudah ditembusi hingga memberi peluang kepada lawan menjaringkan gol sebagaimana berlaku ketika menentang Selangor. 
“Namun, saya harap pemain tidak mudah lemah semangat dan tertekan, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian untuk perlawanan menentang Terengganu Selasa ini (esok). Kita perlu lupakan segala kekecewaan dan bangkit membuktikan kemampuan sebenar,” katanya semalam.

Tunggu pendaftaran kedua

Hodak yang mencipta nama dengan membantu Kelantan menjuarai tiga piala musim lalu mengakui selain berharap jentera serangan bangkit meningkatkan ketajaman, dia berharap pendaftaran kedua pemain April ini mampu membantunya mengatasi posisi berkenaan.

“Sebagai jurulatih, saya bertanggungjawab terhadap segala kelemahan dan berusaha memperbaikinya. Apa saja kritikan akibat kegagalan untuk mempamerkan aksi terbaik, saya terima dan yakin pemain akan bangkit membuktikan kemampuan,” katanya.. (bharian)

Selasa, 19 Februari 2013

Boleh ke Mesin Jualan Internet ini buat duit online?

Wah..wah..sekarang bukan main hebat lagi para usahawan internet mencipta produk digital. Biasalah sekarang ini dunia makin canggih dengan komunikasi tanpa sempadan. Internet kini telah mengubah hidup ramai orang. Ada hidup yang terubah ke arah yang positif tapi banyak juga yang terubah ke arah yang negatif. 
Tidak lari juga dalam bidang perniagaan. Internet jelas mengubah hampir segalanya. Jika anda adalah seorang usahawan internet, sudah pasti banyak selok belok perniagaan internet yang sudah dipraktikkan. Ada yang berjaya, ada yang suam-suam, tapi tidak dinafikan ada juga yang masih terkapai-kapai mencari idea perniagaan online. Agaknya mereka inilah yang perlu memiliki Mesin Jualan Internet ini.

Seperti dalam menghasilkan produk fizikal yang bermutu, seseorang usahawan perlulah memiliki mesin yang berfungsi dengan baik supaya produk yang dihasilkan adalah banyak, bermutu dan berkualiti. Seperti juga dalam perniagaan offline, seseorang usahawan online juga memerlukan 'mesin' yang boleh membantu meningkatkan kualiti dan jualan produk.

Mungkin pengaplikasian mesin jualan internet ini berbeza dengan mesin-mesin di luar sana, tapi kesan dan impaknya dalam perniagaan seseorang usahawan itu adalah hampir sama. Biasalah, kalau nak kan keuntungan yang besar dalam perniagaan, kena ada 'perkakas' yang baik dan bersesuaian.

Jika anda memerlukan 'mesin' tersebut, saya syorkan supaya anda mendapatkan Mesin Jualan Internet yang kini menjadi trend kepada para usahawan internet. Anda akan ditunjukkan tiga langkah mudah yang boleh menjamin keuntungan sebanyak 5 kali ganda atau mungkin lebih, bergantung kepada usaha anda. Iya lah, kalau tiada usaha macam mana nak berjaya. Antara langkah yang ditunjukkan ialah dengan meletakkan 'UPSELL' bagi produk atau servis yang ditawarkan. Kalau nak tahu lebih mengenai Upsell ini, elok tengok kat Mesin Jualan Internet tu. Kira untunglah orang Malaysia yang tidak berapa pakar dalam bahasa Inggeris kerana ebook ini ditulis dalam bahasa Melayu. Biasanya kebanyakkan buku macam ini ditulis dalam bahasa omputih..
Seperti yang dikatakan oleh Edmund Loh, Mesin Jualan Internet ini memerlukan anda untuk bertindak dan fokus kepada apa yang anda inginkan dalam dunia perniagaan internet. Jika anda praktikkan dengan betul, tidak mustahil kejayaan itu manjadi milik anda. So, kepada semua usahawan online, bakal-bakal usahawan online, dan juga mereka yang sedang berangan nak jadi usahawan online, semoga sukses selalu dengan Mesin Jualan Internet ini.

P/s: Kalau dah untung banyak, belanjalah gua secawan milo ping..

Askar-askar Russia nyanyi lagu SpongeBob dalam perbarisan

Runut lagu SpongeBob Squarepants yang dinyanyikan oleh sekumpulan askar Russia semasa perbarisan menjadi viral selepas dimuat naik dalam talian.



Kartun animasi SpongeBob Squarepant ini dicipta oleh Stephen Hillenburg pada tahun 1990 dan sehingga kini masih lagi menjadi kegilaan ramai. Sampai dalam perbarisan pun runut lagunya menjadi pilihan.

Femes juga si spongeBob ni kan...

AWAS! Jangan main forex tanpa latihan khusus


Sekarang ini bertimbun informasi mengenai forex. Namun demikian bertimbun juga manusia bangang yang main terjah je main forex tanpa latihan yang akhirnya kerugian besar dek kerana sikap tamak dan angan-angan mat jenin. AWAS! Jangan main forex kalau belum ada latihan yang khusus dan mencukupi. 

Forex dikenali sebagai Foreign Exchange dan merupakan salah satu market jual beli dengan menggunakan mata wang. Ada orang kata forex ini seronok main kalau pandai guna teknik. Memang ada teknik yang berkesan sebenarnya seperti yang diceritakan dalam TEKNIK FOREX SEBENAR yang ditulis oleh orang kuat main forex sendiri iaitu En. Khalid Hamid walaupun hanya secara part time je. Sebelum ni pun dia ada juga menulis buku Teknik Forex Sebenar V1, V2, dan V3. Tapi buku terbarunya TEKNIK FOREX SEBENAR ini yang paling mantap.
Untuk pengetahun kita, kini lebih 300billion dollar yang diniagakan dalam forex market setiap hari. Ianya tidak sukar untuk memahami peluang yang ada dalam forex ini tapi bukan semua orang boleh mengaplikasikannya dengan baik. 

Oleh itu, jangan lah berniaga dengan forex , walaupun pulangannya berlipat kali ganda sehari, jika tidak ada latihan khusus dan pemahaman yang baik mengenai ekonomi global. Paling mudah untuk belajar forex ialah dengan membuka dahulu akaun forex latihan atau demo account. Sekarang banyak platform forex. Pilihan yang mana korang suka. Jika nak belajar lebih mengenai teknik forex ini, eloklah dapatkan dahulu ebook Teknik Forex Sebenar dari En. Khalid Hamid. Memang berbaloi kalau guna ebook tu.

Ataupun kalau malas belajar forex tapi gatal nak buat duit lebih, elok cari broker je..

Manchester United hebat sangat ke?


Photo: “I’m really satisfied with the quality of the game. We could have scored a lot of goals tonight” Sir Alex http://bit.ly/W6BnNTKemenangan 2-1 Manchester United ke atas Reading dalam saingan Piala FA awal pagi tadi sememangnya menggembirakan semua penyokong terutamanya penyokong tegar United. Thanks to Nani and Chicarito goals..
Hebat sangat ke Mancehter United ini? Sir Alex Ferguson pun ada cakap yang team dia sekarang ini lebih kuat berbanding dengan team dia yang menang treble pada tahun 1999 dulu.

Dalam EPL memang nampak lah mereka yang terbaik sekarang. Duduk dalam takhta liga dengan 12 mata beza dengan Manchester City di tempat kedua. Dalam Liga Juara pula setakat ini masih boleh bersaing. Rabu lalu seri dengan Real Madrid di Santiago Bernabeu 1-1. Semua peminat pastinya sedang menunggu perlawanan timbal balik kedua nanti di Old Trafford.

Kalau nak cakap Mancheter United ini hebat, memang hebat la berbanding mana-mana kelab di EPL yang macam yo-yo. Glory glory MU!!

Isnin, 18 Februari 2013

Jalan Raya di Sabah yang teruk dan ekstrem

Jalan di ke Kg. Mombu, Pitas, Kota Marudu Sabah

The pics speak a thousand words. Ada berani ke nak pandu kereta melalui jalan raya macam kat Sabah ni?

Actually, jalan raya ini terletak di bahagian pedalaman Pitas, Kota Marudu. Jalan ini merentasi beberapa kampung pedalaman seperti Kg. Mombu dan Kg. Bambangan. Jangan kata musim hujan, musim panas pun jalan ini masih sukar dilalui.

Kereta pun dah mandi lumpur
Macam mana kalau ada penduduk yang nak bersalin?? belum sampai hospital lagi, dah beranak agaknya..memang ekstrem lah jalan ini. Kalau nak pergi sana, mesti kena sediakan baju kalis lumpur..dan bersedia mandi lumpur.


Pictures: Courtesy of my uncle yang selalu ulang alik kat sana dari Tamparuli. 

[Edisi Review Blog] Ilusi Dunia

Hari ini rajin sikit nak update blog. Biasalah baru lepas format. Kali ini nak terjah blog Ilusi Dunia pulak sebab kalau ikut qieu kat ruang komen Nak Blog And Direview? blog Ilusi Dunia ini yang paling atas lepas empat blog lain yang dah direview. 
Blog Ilusi Dunia
Sebelum tu, nak minta maaf dulu dengan blog yang dah direview sebelum ini sebab ada masalah link dekat page Nak Blog Anda Direview itu. Dua hari lepas, tetiba blog gua ni kena serang wabak yang tak diketahui namanya. Dah lah gua ni bukan pakar ICT, so satu je cara iaitu dengan tukar url blog baru. Nanti akan diperbetulkan link blog itu ya.

Berbalik kepada blog Ilusi Dunia pula. Secara keseluruhannya, blog yang serba kehijauan ini memang mesra pengguna dan mempunyai grafik header yang memang kool gitu. Gua tertarik dengan budak yang duduk kat awan terbang kat header tu. Tapi tak pernah pulak nampak kat 'Dragon Ball'..watak baru kot..huhu..gua ni peminat tegar Dragon Ball.

Mengenai Ilusi Dunia
- Follower: 1045

Dari segi entri pula, si empunya blog a.k.a keri ikhwan yang gua rasa bakal menjadi pendidik ini sering update blog mengenai kehidupan masyarakat serta kehidupan peribadi yang ditulis secara santai dan menyeronokkan. Blog ini juga ada banner sendiri. 

Untuk lebih mengenali blog Ilusi Dunia ini, apa kata kita terjah saja. Jangan lupa tinggalkan jejak kat shoutmix supaya senang nak blogwalking.. Hehe. So, bagi sesiapa blogger yang nak direview, tinggalkan saja info anda di ruang komen page Nak Blog Anda Direview? Tak kira lah blog anda tu jenis apa pun..kecuali blog lucah dan gambling. Sekali lagi nak ingatkan, ini bukan segmen atau giveaway. Hanya sebagai wadah menambah rakan blogger serta explorasi dunia blogging.

Sekian, have a nice day!

Apa guna komputer bila tiada Microsoft Office Word?


Kelmarin dulu, hati ini rasa sangat teruja untuk memformat laptop kapcai yang dah berusia lima tahun ini. Biasa lah kalau laptop dah lama, pelbagai 'penyakit komputer' yang datang. Hang sana sini, stuck tak bertempat. Nak blogwalking pun susah. 

Nasib baik lah ada sedara  yang pandai format laptop. So, jimat sikit..percuma gitu. Laptop yang sedang dipakai ini sayang nak bagi orang. Banyak jasanya kepada gua. Dipakai sejak kat Universiti lagi. 

Lepas kena format, dengan gembiranya gua install benda-benda penting dalam lappy, Dari graphic properties sampai lah kepada video audio. Lepas itu, tanpa berfikir panjang, terus pulak install game PES dan sebagainya. Waduh..memang kepala game la.

Then tadi, tetiba ada kawan tanya, "dah siap ka laporan dulu tu?", tercengang sekejap. Alamak, laptop baru format. Laporan tu sebenarnya dah siap lama dan dah simpan dalam pendrive sebelum format. Kawan gua tu bagi lagi sedikit pembetulan dengan report tu. Gua okey ja. 

Bila balik rumah, buka laptop kononnya nak edit laporan. Tapi....argh! Microsoft Word tak der lah..lupa install. Mentang-mentanglah dah jarang buat report. Kan dah kena!! nak baca laporan yang dulu pun tak boleh. Nak download kat internet pun satu hal juga. Internet kat rumah ini manalah kuat. Setakat menaip blog, okey la...

Apa guna komputer kalau tiada Microsoft Word...so, kena mintak balik sedara gua itu install benda ni kat lappy tersayang gua..satu lagi pengajaran berharga bila nak format laptop.

Ahad, 17 Februari 2013

Ketagih dengan Game Facebook Criminal Case


Entri kali ini ditujukan khas kepada mereka-mereka yang memang sudah ketagih dengan permainan dalam talian ini. Pernah main game facebook Criminal Case tak? Bagi yang pernah main game ini memang tahu lah bagaimana 'addictive'nya benda ini. Macam juga dengan kebun sayur maya tu, Farmville, memang menyeronokkan. 
Permainan Facebook, Criminal Case
Tapi....bila dah ketagih sangat sampai 24 jam mesti kena bersengkang mata bermain game facebook ni, sampai anak bini/laki tak sempat nak layan, mandi pun tak lalu...memang akan membawa masalah besar kepada si empunya diri dan orang sekelilingnya.

Ni nak cerita pasal satu permainan facebook, Criminal Case namanya. Memang seronok bermain. Apa lagi kalau ramai kawan yang ikut serta. Game ini lebih kurang macam game CSI dulu tapi ia lebih kepada mencari barang dalam gambar. Game yang budak kolej suka main tuu. Walaupun macam kebudak-budakkan tapi orang dewasa pun ramai juga yang ketagih.

Tapi macam biasalah. Perkara menyakitkan hati bila terpaksa 'bazir' masa kumpul tenaga semula. Kalau korang ni orang kaya dan tak tahu nak buat apa dengan duit korang tu, boleh lah terus beli tu burger, fries, dan minuman untuk tambah tenaga. Kalau miskin tegar macam gua, maka 'just forget it' la..

Lagi satu, kepada yang sudah ketagih game fesbuk ni, kalau line internet kurang baik, memang akan bawa penyakit mental kat mereka..haha..kenapa tak main PES je. Tak perlu online pun..

Bermain game facebook ini memang tak salah. Hanya perlu kawal perasaan dan kena pandai membahagi masa. Bila energy kat Criminal Case tu dah habis, sudah lah. Logout saja..tak perlu minta 'request' lagi dengan kengkawan. Nanti jadi budaya kurang sihat. Pernah ada kes kat China, pasangan ini buat anak dan jual anak semata-mata untuk permainan dalam internet. Kan tak baik macam tu. Main sekali sepuluh minit sehari pun dah cukup untuk hilangkan stress.

So, tepuk dada tanya selera. Oh ya, apa kata kalau dah lepas main game tu, buat lah karangan pula kat blog. Macam gua..hahaha..

P/s: Entri ini juga ditujukan kepada gua sebagai refleksi diri walaupun bermain Criminal Case selama 15minit je sehari..itupun kalau energy bar dah penuh..dan saya tahu, ramai yang memang bukan 'game-minded' akan baca entri ini.. :)

Jumaat, 15 Februari 2013

10 Jenis Blogger di alam maya

 
Nak tahu apakah jenis-jenis blogger yang ada di alam maya ini? Berikut adalah antara 10 jenis blogger:-

1. Blogger Baik Hati
Blogger jenis ini selalu membuat entri yang berunsur nasihat. Entri pun banyak bahasa bunga-bunga. Sering komen blog orang lain serta sering balas komen. Walaupun komen orang lain itu, pendek.

2. Blogger rajin
Hah, kalau tiap-tiap hari update blog tu memang dikira rajin la. Apa lagi kalau setiap jam ada entri baru. Walaupun blogger rajin ini suka buat menu kopi pasta tapi ianya tidak salah kerana blog sememangnya menjadi wadah perkongsian informasi.

3. Blogger suam-suam
Bloger jenis ini suka blogging tapi agak jarang buat entri atau update blog. Hanya update bila ada mood. Entri pun macam suam-suam juga.

4. Blogger assertive
Blogger jenis ini suka berterus terang di dalam entri. Kalau dia rasa tak sedap, memang tak sedap la. Kalau dia rasa blog orang lain itu tak cantik, maka ditulisnya juga. Tetapi dalam memberi komen tentang orang/blog lain, blogger ini ada menyelitkan nasihat dan pandangan membina.

5. Blogger emosional
Blogger ini suka buat entri panjang-panjang yang mendalam maksudnya walaupun jarang update blog. Blog umpama diari maya untuknya.

6. Blogger gila follower dan trafik
Memiliki jumlah follower yang ramai serta trafik yang tinggi adalah satu pencapaian yang sangat bagus dan positif untuk seorang blogger. Tapi jika dah 'gila' trafik dan follower, memang kurang sihat lah. Sampai nak spam ruang komen dan shoutbox orang gitu. Memang ada blogger macam ini.

7. Blogger kaki buli
Ini adalah blogger yang suka buat entri semata-mata untuk menyentap blogger lain. Suka menulis pasal kelemahan dan kekurangan tapi tiada pula memberi komen membina.

8. Blogger sebatang kara
Blogger itu malas nak mengunjungi serta memberi komen ke blog orang lain, blogwalking pun tak pernah jejak shoutmix, maka blogger ini dikategori sebagai sebatang kara. Tulis entri sendiri, baca pun sendiri je.

9. Blogger kipas susah mati
Blogger macam ini pun banyak. Terutama blog politik. Selalu buat entri berat sebelah tanpa kajian. Kalau dia ini pro kepada parti politik "X" maka dimuliakan lah semulia-mulianya parti itu. Jika dia anti kepada parti "Y" maka dimaki hamun lah parti itu semahu-mahunya. Macam tuhan dengan setan lah x dan y itu.

10. Blogger tak sedar diri
Ada juga ke?

Entri ini sekadar perkongsian sahaja. Jika ada yang terguris hati dan perasaan, sepuluh jari ini saya susun memohon maaf. Sekian dan happy blogging kepada semua.

Isnin, 11 Februari 2013

Shila Amzah Dilaporkan Hilang pula??

Wajah Shila di dalam klip YouTube yang dimuat naik, kelmarin. Pix: Sinar HarianSHAH ALAM: Polis mengesahkan penyanyi popular, Shila Amzah, 23, telah ditemui semula, beberapa jam selepas dilaporkan hilang sejak enam hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan itu oleh bapa Shila, ND Lala sendiri semalam.

“Dah jumpa pukul 4 petang, semalam. Saya dimaklumkan oleh ayahnya (ND Lala),” katanya ketika dihubungi kepada Sinar Harian Online tengah hari tadi.

Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan tentang laporan yang dibuat ND Lala berhubung kehilangan penyanyi itu pagi semalam.

ND Lala dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Shila selepas pencipta lagu Patah Seribu itu tidak pulang ke rumah selepas pulang dari Shanghai, minggu lalu.

Usaha mendapat kenyataan ND Lala gagal berikutan beliau tidak menjawab panggilan telefon sejak semalam.

Rabu lalu, juara Asian Wave ini mengemas kini status di laman mikro Twitter miliknya yang memberitahu tentang keberadaannya di suatu tempat untuk mencari ketenangan.

“Sha sendirian sekarang di sesuatu tempat mencari ketenangan. Tidak bersama keluarga lagi ataupun abang (Sharnaaz). Doakan Sha selamat,” tulisnya.

Kisah cinta Shila dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad menjadi panas ekoran kenyataan yang dibuat ND Lala melalui sebuah akhbar sebelum ini.

Selasa lalu, Shila menulis e-mel kepada semua media mengenai situasi yang dilaluinya sekarang manakala klip berdurasi empat minit, yang turut menggambarkan perasaannya, dimuat naik di YouTube kelmarin.


Sumber: Oleh Raziatul Hanum A Rajak / Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/shila-amzah-dilapor-hilang-sudah-ditemui-1.129998