Edisi Blogger: November 2013

Sabtu, 30 November 2013

7 Gambar manusia berjalan atas tali tinggi sambil berbogel

Berani kah anda buat macam ni? Betul-betul lah manusia ni nak kembali ke zaman batu.  Buat aksi lagak ngeri berjalan atas tali tinggi sambil berbogel. Ada pulak tu, ikat tali keselamatan di bahagian pelir...yaii 

AMARAN: Gambar tak disensor














Don't try this anywhere....please..I mean, don't try both!


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

1001 Mustahil? Gila nak tukar RM27 kepada RM1.5juta


Too good to be true..but it's not impossible. Bolehkah RM27 bertukar menjadi RM1.5 juta? Jawapannya bergantung kepada anda. Jika anda rasa boleh, maka memang boleh. Kalau anda rasa tidak boleh, maka tak boleh lah.  Tony Fernandes pun boleh tukar RM1 kepada RM40juta bang oii...

Ini satu perkongsian yang saya jarang tulis kat blog. Sebab kenapa? sebab saya ni jenis yang kurang yakin dengan benda-benda buat duit online dengan segala macam produk ni. Dan bisnes yang main cari-cari orang pun saya malas nak join juga. Tapi saya tak lah negatif mengenai bisnes macam tu.  Saya tau memang boleh buat duit kalau air liur kita ni jenis berlian..hoho..

Tapi ada satu program bisnes online yang sedang hangat berlegar di internet sekarang. Program ni memang menarik, sampai saya pun tertarik. Kat Malaysia, rasanya masih sikit yang tahu. Mula-mula kawan introduce benda ni, saya tak berapa kesah tapi bila dah baca detailed informations maka baru lah jelas bagaimana sistem dalam program ni berjalan.

Apakah program yang saya maksudkan ni? 
Nama program ini adalah Direct Pay Biz yang menggunakan matawang US Dollar dalam urusniaga. Konsepnya agak konpius sikit kalau sekali imbas jer. Saya pun ambik masa juga untuk faham. DPB ini menggunakan sistem 5x4 Forced Matrix. Maksudnya kita bina downline sedalam 4 level dan setiap level mempunyai maksimum 5 ahli. Jadi kalau anda dapat cari 6 orang ahli baru, sorang lagi tu akan automatik turun bawah menjadi downline kepada downline anda pulak. Satu konsep bantu membantu yang sangat mudah diaplikasikan. Kalau ada ahli yang tak 'buat kerja' pun, gerenti dia boleh dapat ahli bawah dia kalau upline dia tu aktif. 

Pernah korang dengar Danamudah.com dulu-dulu tu? nah, konsep ni pun sama. Cuma Dana Mudah tu agak temberang sikit. Kena ada admin fees konon. Tapi Direct Pay Biz ini tak perlu pun ada admin fees. Semua bayaran akan terus masuk ke akaun anda. Anda boleh gunakan Paypal, STP, Payza, EgoPay, atau Perfect Money sebagai payment processor. Maaf ya, anda tak bisa guna akaun bank tempatan kalau nak masuk program ni. Boleh baca entri Panduan Langkah demi Langkah buat akaun Paypal.

Ok, mari masuk part bagaimana tukar RM27 kepada RM1.5 juta pulak. Oh ya, urusniaga adalah dalam US Dollar. Jadi RM27 ialah USD9 jer. Modal untuk  mula sangat rendah. Tu pasal saya join. Cara earning tu memang menarik. Tapi kalau diolah satu persatu, memang payah. Jadi anda tengok saja lah gambar rajah kat bawah ya. Terdapat DUA fasa pendapatan.


Tak faham? saya pun tak faham mula-mula dulu. Kalau nak lebih faham, pergi lah ke laman web Direct Pay Biz.

Lepas join apa yang perlu dibuat?
Ok, kalau nak join, anda boleh register PERCUMA di Direct Pay Biz. Anda ada masa 3 hari untuk pelajari selok belok sistem ini. Kalau anda rasa sistem ni kurang sesuai dengan anda, maka tak perlu lah susah-susah nak libatkan diri. Ahli yang tidak upgrade ke Level 1 dalam masa 3 hari akan dipadam dari sistem. Kemudian anda carilah sistem yang lebih mudah. Itu pun kalau anda jumpa lah.

Kalau anda mengambil keputusan untuk jadi ahli aktif, kena bayar $9 dulu dengan upline untuk diaktifkan. Lepas aktif, barulah anda akan dapat link dan bantuan promosi. Selain tu, anda juga akan dapat produk digital yang sangat bermanfaat untuk majukan apa-apa bisnes yang anda nak jalankan nanti.

Halangan Utama dan Penyelesaiannya
Salah satu halangan utama yang buatkan banyak orang gagal ialah sikap mudah putus asa. Ya, sistem Direct Pay Biz ini memang menjanjikan pulangan yang lumayan. TAPI semuanya bergantung juga kepada usaha ahli itu. Kalau nak income cepat, maka rajin rajinkan lah diri tu untuk promosi kat Facebook ker, kat Twitter ker, atau kalau malas nak promote, boleh saja iklankan terus di akhbar online yang bertrafik tinggi macam Berita Harian dan Sinar Harian.

Kalau tak buat apa-apa dan hanya tunggu downline tumpah dari upline, maka hasilnya pun lambat lah korang dapat. Apa lagi kalau upline korang tu jenis yang tangkap muat jer. Sistem ini memerlukan ahli supaya saling bantu-membantu. Kat Facebook dah ada group support international boleh join. Boleh try tengok group Direct Pay Biz Team Builders.

Direct Pay Biz adalah SCAM?
Direct Pay Biz scam..erm, Macam mana boleh jadi scam pulak? Setiap ahli akan dibayar terus dari member to member. Terus ke akaun Paypal atau Payza, atau Perfect Money atau EgoPay. Pilih saja mana Payment processor yang anda suka. Tanpa melalui admin. Tugas ahli hanya promosi dan confirmkan ahli baru. Segala panduan dan bantuan promosi sudah disediakan.


Fuh, panjangnya entri ni. Harap ianya berbaloi untuk kebaikan bersama.Kalau anda rasa nak cuba jadi ahli dalam sistem ini, boleh register percuma kat laman web Direct Pay Biz. Rasanya $9 tu tak lah mahal sangat untuk dijadikan modal awal. Dan ketahuilah bahawa sistem ni sangat membantu sekiranya anda ni jenis yang baru nak berjinak dengan bisnes online. 



1001 Mengaibkan! Pelajar sanggup jual gambar bogel sendiri untuk beli scooter

Kerana kesempitan wang, pelajar wanita bernama Mary ini sanggup menjual gambar bogelnya di Facebook. Menurut laporan Mirror UK, pelajar dari Italy tersebut terdesak untuk mengumpul wang demi membeli sebuah scooter baru untuk menggantikan scooter lamanya yang dah hampir nak mampos.
Mary mengiklankan gambarnya

Tindakan Mary ini mengundang rasa kurang senang beberapa ibu bapa pelajar di University tersebut yang mahu supaya kes tersebut disiasat lebih mendalam dan mengenakan tindakan yang sepatutnya kepada Mary.

Namun Mary dengan lantang mempertahankan tindakannya itu. Dia mengatakan "Saya suka ambil gambar dan saya mahu merasai kegembiraannya dengan cara ini. Bukannya saya nak tawarkan seks dan saya harap mesej saya ini jelas." katanya di laman Facebook. Tambahnya lagi, "Scooter saya dah nak rosak...dan saya perlu membeli yang baru."

Dia turut mengakui bahawa ketika ini dia sedang menghadapi kesulitan kewangan. Katanya lagi, dia telah membuat banyak jualan namun para pembeli mahu kekal sebagai tidak bernama (anonymous). 


Daripada jual benda haram jadah..kan ker lebih baik join bisnes online yang sah. Banyak bisnes sekarang ni yang boleh dibuat secara part time atau full time. Macam Direct Pay Biz contohnya. Buat dua perkara jer. Satu, join dan aktivate akaun. Dua, promosikan link atau banner di Facebook, Twitter, blog, akbar online, dan mana-mana saja. Yang lain biar sistem yang atur. Modal mula hanya $9 jer. Eh, murahnya! Budak tadika pun boleh buat kalau diajar. Ini kan pula orang dewasa. Tapi kalau anda ni jenis yang kedekut nak invest duit dan ditambah lagi dengan sikap pesimist, MAAF lah, jangan bazir masa anda untuk buat bisnes tak kira online atau offline.


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

6 skuter comel dalam game Mag A Cone

Siapa pernah main game Mag A Cone Bike Hero? alaa..game android tuu..yang korang boleh main kat smartphone dan tablet yang menggunakan iOS banyak versi tu. Game ni memang seronok. Dan yang paling menyeronokkan ialah main game ini boleh menang banyak hadiah real seperti Samsung 46inci Full HD LED, Macbook Air 11, Ipod Shuffle dan macam-macam lagi. Kalah Candy Crush woo..

Kalau nak main dan join, boleh kunjungi laman web Mag-A-Cone untuk download aplikasi ni. Kat Google Play dan App Store pun ada gak. Tapi kalau nak dapat score tertinggi, kena master dulu step by step guide untuk main game ni. Senang je pun. Budak 2 tahun macam anak buah saya pun boleh buat. Di laman web Mag A Cone tu ada sediakan tutorial.

Ok lah. Sedikit info pasal game ini. Kalau nak main kena pilih dulu mana satu skuter yang korang nak. Ada 6 skuter semuanya dan masing-masing ada kelebihan tersendiri. Tapi setiap skuter tu kena unlock dulu baru boleh guna kecuali skuter Beginner Bike. Lihat lah 6 skuter comel kat bawah ni. 


Kalau korang tengok video tutorial kan lagi elok dan jelas. Jadi kalau nak menang hadiah-hadiah hebat seperti yang disebutkan tadi, download lah game ni sekarang. Layari saja laman web Mag A Con.

Game-game macam ni memang menyeronokkan dan sesuai untuk relekskan minda. Tapi jangan saja terlebih main.

Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Jumaat, 29 November 2013

1001 Kecurangan! Wanita simpanan yang sarat mengandung ganggu majlis kahwin si pengantin lelaki

Kalau anda ni jenis lelaki suka pasang dua tiga empat lima, apakan yang akan anda lakukan kalau perkara sedemikian berlaku? 

Kejadian ini berlaku di kota Shenzen, China. Semasa sedang melangsungkan perkhawinannya, wanita simpanan si pengantin lelaki ini yang tanpa dijemput telah datang ke majlis perkhawinan itu dan terus memarahi dan menyumpah serapah si pengantin perempuan.


Wanita tersebut memakai pakaian ala-ala pengantin dan sedang sarat mengandung. Laporan Metro UK menyatakan bahawa anak dalam kandungan wanita tersebut adalah anak kepada si pengantin lelaki itu. Namun dalam video ini, lelaki itu jelas menafikannya.



Translation, "How do I know whose kid it is? Are you trying to coerce us into buying you a house? Can we afford it?’, kata si lelaki.

Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Khamis, 28 November 2013

5 Anggota Boys Republic yang menjadi kegilaan remaja Malaysia

Sejak kebelakangan ini, budaya K-pop di Malaysia nampaknya semakin menjadi-jadi terutamanya di kalangan remaja. Dari style rambut, cara berpakaian, malah juga dari segi bahasa. Bukan setakat drama macam Running Man, malah muzik dan tarian K-pop juga menjadi tiruan. Tengoklah macam Gwiyomi tu..jangan lupa juga Gangnam Style. Rasanya bukan Malaysia saja yang kena demam K-pop. Seluruh dunia kena.

Konsert Boys Republic di KL Tower pada 6 Disember

Ni berita baik un tuk korang yang gila K-Pop, Pada 6 Disember ni, boyband popular dari Korea yang anggotanya memang 'comel-comel' iaitu Boys Republic akan datang ke Malaysia buat konsert. Band ini masih baru tapi dah ramai peminat. Siapa peminat yang duk dekat area KL Tower tu, memang gerenti datang lah. Siapa duk jauh macam kat Sabah ni, kesian...lain lah kalau kamurang banyak duit.

Boys Republic ini dianggotai oleh lima member iaitu One Junn selaku ketua dan vokalis, Dabin, Sungjun, Suwoong, dan Minsu. Berikut adalah profil peribadi mereka masing-masing.

Stage name: One Junn 
Real name: Jo Weon Joon 
Birth date: November 22, 1988
Position: Leader, Vocalist
Height: 179cm


Stage name: Dabin 
Real name: Choi Da Bin
Birth date: April 12, 1992
Position: Vocalist
Height: 183cm


Stage name: Sungjun (성준 )
Real name: Park Seong Joon (박성준)
Birth date: December 17, 1992
Position: Rapper, Dancer
Height: 172cm


Stage name: Minsu 
Real name: Kim Min Su 
Birth date: April 15, 1993
Position: Rapper, Dancer
Height: 175cm



Stage name: Suwoong 
Real name: Lee Su Woong 
Birth date: January 20, 1995
Position: Vocalist, Maknae
Height: 174cm


Oh ya, kalau anda nak tiket PERCUMA ke konsert tu nanti, boleh layari laman web penaja, Celcom UOX sekarang. Mana tau korang boleh dapat pas percuma VIP konsert kat KL Tower nanti tu. Duk depan sekali tengok Boys Republic menari sakan.


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami!

5 Kesilapan Berfesyen yang menyebabkan anda kelihatan lebih tua

Ada orang bila berfesyen akan nampak sangat cantik dan menawan serta kelihatan muda. Tapi ada pula orang ni bila berfesyen akan nampak lebih tua, lebih hodoh dan kurang menawan. Hanya syok sendiri jer. Mungkin bagi orang tu, dia dah kelihatan cantik dan sempurna. Padahal kalau dilihat dari kaca mata orang lain, nampak macam ada yang tak kena saja. Semuanya gara-gara kesilapan berfesyen.

Selain nampak kurang menawan, kesilapan dalam berfesyen boleh menyebabkan seseorang kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Ada beberapa faktor kesilapan fesyen yang boleh membawa kepada masalah ini. Informasi ini gua rembat dari slot Gaya Hidup Yahoo!

1. Cara Berpakaian
Kalau boleh sebelum ingin menggayakan sesuatu pakaian mintalah pendapat dan nasihat dari kawan kerana kadangkala mereka dapat membantu anda mencari pakaian yang secocok dan sesuai mengikut trend semasa. Yang penting banyakkan membaca majalah dan info berkaitan fesyen agar anda boleh membezakan dan mengetahui apakah fesyen terkini yang kena untuk anda gayakan. 

2. Menggunakan alat solek berlebihan
Mimpi ngeri buat si jejaka jika melihat si wanita idaman memakai mekap terlalu tebal yang mana pasti kelihatan seperti orang tua . Elakkan dari memakai mekap terlalu banyak dan berlebihan kerana mekap itu sebenarnya menyembunyikan kecantikan anda, sebaiknya jadilah 'natural beauty' iaitu kurangkan mekap tetapi lebihkan senyuman yang mana senyuman manis yang terukir pastinya membuatkan wajah anda awet muda dan jelita. 

>> Orang yang suka berfesyen bukan semuanya suka berdiet. Ada juga yang suka makan KFC. Nah!! KFC ada set terbaru RM4 jer tau. Terjah web KFC sekarang!

3. Mengabaikan penggunaan krim pelindung sinaran UV
Pancaran matahari sememangnya membekalkan vitamin D tetapi sekiranya kulit anda terdedah terlalu lama ianya bukan sahaja menjadikan kulit anda kering dan tidak stabil bahkan ia juga merosakkan warna semulajadi yang mana menyebabkan kulit kelihatan berkedut dan tidak bermaya. Seeloknya sebelum keluar gunalah krim pelindung sinaran UV dan elakkan dari berjemur di bawah pancaran matahari yang terik. 

4. Penggunaan aksesori lama
Penggunaaan aksesori lama seperti barangan perhiasan gelang, rantai dan sebagainya perlulah dijauhi kerana anda haruslah peka dan 'up to date' dengan gaya terbaru terutamanya apabila berkaitan dengan beg tangan, jenis pakaian, warna terkini dan aksesori terbaru yang dijual. Berbelanjalah lebih sedikit untuk kelihatan elegan dan anggun kerana hasilnya pasti anda menjadi perhatian si jejaka yang tertarik dengan fesyen yang anda gayakan itu. 

5. Gabungan warna / kombinasi warna
Gabungan dan kombinasi warna yang salah seperti warna berwarna-warni dan tidak teratur boleh melihatkan struktur badan dan kulit anda kelihatan lebih tua. Sebaiknya janganlah pilihlah warna yang pudar kerana ia tidak sesuai dengan jiwa muda dan remaja anda. 

>> Fesyen remaja sekarang banyak dipengaruhi oleh unsur KPOP. Dari rambut sampailah ke Gwiyomi. Salah satu band Korea yang popular dan menjadi kegilaan remaja ialah Boys Republic. Tengoklah fesyen mereka ni nanti bila buat konsert kat Malaysia.

Pakaian itu melambangkan personaliti dan juga merupakan aset terpenting untuk anda tampil menawan, feminin dan ayu sentiasa. Ini kerana setiap gaya dan pakaian itu haruslah memaparkan imej anda tersendiri kerana kadangkala 'first impression' seseorang itu terletak pada bagaimana anda berpakaian. 

Ketahuilah cara solekan, dandan rambut itu semua haruslah dijaga rapi untuk memastikan anda kelihatan muda setiap hari kerana dirimu berharga.

Jangan saja jadi macam ni...
hohoho...


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Rabu, 27 November 2013

1001 Pengorbanan! Lelaki ini sanggup jual buah zakar untuk beli kereta Nissan

Jika anda peminat kenderaan bermotor, pastinya anda sanggup buat apa saja untuk memilikinya. Tapi sanggupkah anda jual salah satu dari buah zakar semata-mata untuk sebuah kereta idaman?

Well, lelaki sorang ni sanggup lakukannya. Mark Parisi membuat pengakuan dalam rancangan TV popular US, The Doctor, bahawa dia akan mengorbankan salah satu dari buah zakarnya untuk dijual kepada penyelidik perubatan dengan harga $35,000 bersamaan RM106,000. Wang tersebut akan digunakan untuk membeli kereta Nissan 370.
Mark Parisi

Eeww..macam-macam orang sanggup buat untuk duit yer. Satu lagi benda yang sanggup orang buat ialah dengan membayar harga tiket yang mahal semata-mata untuk tengok konsert artis pujaan. Ada peminat Boys Republic sini tak? Dorang nak buat konsert kat Malaysia tak lama lagi. Artis lain pun ada, seperti Aizat, Daichi, Aweera dan banyak lagi. Korang tak perlu lah korbankan apa-apa dari tubuh tu semata-mata untuk beli tiket. Ni ada tiket pas percuma dari Celcom. Kalau nak, boleh terjah laman web Celcom UOX sekarang sebelum terlambat.

Bila cerita pasal duit ni, teringat masa kecil-kecil dulu. Masa pergi sekolah, saya bawa selonggok aiskrim untuk jual dengan kawan-kawan. Pergh! Tak sampai sepuluh minit, dah habis. Sehari boleh dapat sampai RM5. Dulu masa kecik, RM5 tu dah kira banyak tau. Kenapa saya nak sangat kumpul duit? sebab saya nak guna duit tu untuk makan KFC..hohoho...

Terbaru KFC ada buat promosi gila-gila lagi. Mereka ada menu baru, namanya KFC Value Treats, RM4 jer. Tengoklah promosi ni kat laman web KFC sekarang. Edisi terhad!!


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

10 Fakta tentang perkhawinan mewah Che Tah dan Zain

Pada 11 Disember 2013, pasangan sensasi, Rozita Che Wan (Che Tah) dan Zain Saidin akan melangsungkan perkhawinan yang dikatakan menerima tajaan sampai 13 juta ringgit. Ramai yang menyatakan bahawa inilah 'Wedding of the Year" pada tahun ini.

Zain dan Che Tah
Berikut adalah 10 Fakta tentang perkhawinan mereka ini. Dari hantaran sampailah ke majlis resepsi kelak. Info ini saya korek dari Malaysian Digest.

1. Pasangan ini telah mengadakan sesi fotografi Jumlah kos pra-perkahwinan di beberapa lokasi menarik di Eropah dan Bali. Kos pra-perkahwinan mereka mencecah lebih RM30,000.

2. Sewaktu majlis malam berinai nanti turut diadakan tarian joget lambak dan poco-poco.

3. Sebagai kelainan, dulang hantaran ditukar dengan peti. Pasangan akan bertukar peti 9 berbalas 9. Bagi setiap satu peti akan berisi barang hantaran misalnya, satu peti berisi baju lima persalinan. Tiga buah beg tangan. Serta 10 botol minyak wangi. Semua hantaran dianggarkan bernilai RM100,000

4. Wang hantaran daripada Zain kepada Che Tah sebanyak RM23, 200 iaitu simbolik kepada tarikh lahir Zain.

5. Sementara untuk pembatalan air sembahyang, Che Tah bakal menerima mas kahwin bernilai RM9,300 (simbolik tarikh lahir Che Ta) berserta sebentuk cincin bernilai RM93,000.

6. Tambah istimewa, pihak Habib Jewels akan menaja barang kemas yang bernilai RM10 juta. Barang-barang kemas yang direka eksklusif buat Che Ta itu akan digayakan oleh aktress tersebut pada hari persandingannya nanti.

7. Busana yang akan dipakai oleh Che Ta pada malam berinai merupakan rekaan dari Bianco Mirmosa. Busana tersebut bernilai RM55,000.

8. Baju nikah (termasuk tajaan tiara) dan kasut bernilai RM150,000, rekaan Man Kajang. Baju persandingan pula bernilai RM100,000.

9. Majlis ijabkabul akan dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya. Manakala malam resepsi akan dihoskan oleh Datuk Mahathir Lokman.

10. Sementara artis-artis yang akan membuat persembahan di majli resepsi seperti Sabhi Sadhi yang akan mendendangkan lagu 'Cinta Sesungguhnya' (kata Che Ta, lagu tersebut adalah lagu tema perkahwinan mereka). Selain itu, Ziana Zain, Ayu (OIAM) dan Dafi.

Selain itu, ketika ditanya mengenai gosip bahawa mereka terpaksa berhutang dengan bank untuk menampung kos perkhawinan ini, Che Tah menafikannya. Che Tah turut meluahkan rasa gembira dan bersyukur sebab banyak pihak yang sudi menaja perkhawinan mereka termasuklah penajaan barang kemas bernilai 10 juta dari Habib Jewels.

Daripada korang terlalu layan majlis kawin mahal ini, kan elok juga bantu orang asli yang tak der lampu kat kampung pedalaman di negara kita. Mari sokong Maybank dengan projek HEART mereka tu. Dulu dah buat kat Kg. Chuweh. Lepas ni program HEART akan ke Pensiangan, Sabah, pula. Wei, kakak gua pernah mengajar kat area Pensiangan. Waduh!! kena naik bot dan masuk hutan untuk sampai kat sekolah pedalaman tu. Walaupun sekarang dah ada jalan raya tapi agaknya masih belum berturap. Kalau tunggu kera jaan negeri buat tiang letrik, memang mengambil masa yang lama. Memang patut program-program seperti yang dibuat Maybank ini diperbanyakkan. So, mari sokong HEART di laman web Maybank sekarang.


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Selasa, 26 November 2013

1001 Mistik! Bomoh kata dia berjaya tangkap hantu langsuir

Cerita mistik sepertu hantu dan jin memang antara topik kegemaran yang dibualkan oleh orang ramai tanpa mengetahui sama ada benda tu betul ker tak. Sebelum ini, Malaysia dikejutkan dengna misteri Villa Nabila yang di mana seorang remaja dikatakan hilang dalam rumah tu, padahal dia pergi kat rumah teman wanitanya. 

Terbaru ada pula sorang bomoh ni mendakwa bahawa dia sudah berjaya menangkap hantu langsuir atau hantu terbang yang dikatakan menjadi sebab kenapa orang kampung takut untuk keluar malam di kampung tersebut. Korang bacalah laporan dari Utusan Online ni.
PASIR PUTEH: Ketakutan penduduk di beberapa kampung di daerah ini untuk keluar rumah waktu malam berikutan tersebarnya cerita mistik mengenai hantu terbang atau langsuir berakhir apabila seorang bomoh tempatan mendakwa berjaya menangkap lembaga ghaib itu.
Langsuir (Gambar hiasan)

Cerita langsuir mengganggu penduduk Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang dan Gong Penaga, dekat sini turut tersebar menerusi laman sosial selain menjadi perbualan hangat di warung kopi.

Beberapa penduduk yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan lembaga berambut panjang terbang dan mengilai dalam keadaan yang menyeramkan namun sebahagian lagi menafikan cerita yang sukar untuk digambarkan dengan pemikiran yang logik.

Bomoh mistik, Ramli Yusof, 41, mendakwa berjaya 'menangkap' empat langsuir selepas diminta penduduk yang diganggu oleh lembaga itu baru-baru ini.

Dakwanya, dua lembaga itu ditangkap di Kampung Gong Pasir dan satu di Gong Tinggi dan Gong Lapang dengan jelmaan lembaga berkepala, berambut panjang dan tingginya paras pinggang manusia.

"Saya tangkap langsuir dengan bantuan seorang rakan dalam tempoh tidak sampai 10 minit. Ayat al-Quran digunakan dengan niat kebesaran Allah melebihi segala-galanya.

"Lembaga itu kini dipasung di satu tempat khas sebelum dihantar pulang ke tempat asalnya selepas 40 hari dari tarikh ditangkap," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Manak dekat sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab. Rahman ketika dirujuk mengenai perkara ini mengakui kewujudan makhluk halus yang boleh menyerlah dengan pelbagai jelmaan namun menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu taksub mempercayai kekuasaannya yang boleh menyebabkan berlakunya syirik. - Utusan Online

Daripada cerita pasal hantu, kan lebih seronok cerita pasal pengalaman masa kanak-kanak dulu. Cerita pengalaman seperti main kereta-kereta ker, main jongkang jongket ker, main galah ker, atau main 'tapuk-tapuk' or hide and seek. Kalau korang tengok pengalaman budak-budak ni masa kecil, budak-budak berangan nak jadi driver f1,  pastinya memori lampau akan terimbas semula. 


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Isnin, 25 November 2013

5 Fakta tentang tandas yang kita jarang ketahui

Kita menggunakan tandas setiap hari untuk buang air besar dan air kecil. Kalau anda tak masuk tandas dalam sehari, elok lah jumpa doktor. Mana tau ada yang tak kena dengan sistem tubuh. 

Dalam kita guna tandas tiap hari, terdapat beberapa fakta menarik tentang tandas yang kita jarang ketahui. Berikut antaranya.


1. Secara puratanya, seorang manusia menghabiskan sekitar 3 bulan dari kehidupannya untuk duduk di atas bangku tandas. Maksudnya, kita menghabiskan 3 bulan dari seumur hidup kita untuk berak atau kencing kat tandas. (link)


2. Keyboard komputer kita membawa sebanyak 200 kali ganda jumlah bakteria daripada jumlah bakteria yang terdapat di bangku tandas. (link)

3. Sekitar 1 bilion manusia di bumi ini masih membuang air besar atau air kecil di tempat terbuka kerana ketiadaan tandas. (link)

4. Terdapat satu restoran di Taiwan yang bertemakan tandas. Bangkunya seperti bangku tandas, piringnya seperti mangkuk tandas, sudunya seperti pencuci tandas, malah makanannya pun diolah macam tahi manusia. (link)

5. Secara puratanya, tandas flush menggunakan 6 liter bersamaan 1.6 gelen air bersih untuk satu cucian flush. (link)

Jadi, gunalah tandas dengan berhemah. Kebersihan tandas adalah tanggungjawab bersama. Jangan suka berak di tempat terbuka. Bukan saja berbau malah membawa bakteria.  :)


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Ahad, 24 November 2013

1001 Goodbye! Selamat tinggal Rajagobal, era anda sudah berakhir

Selepas beberapa siri keputusan kurang memuaskan perlawanan bola sepak antarabangsa yang disertai oleh skuad Harimau Malaya , ditambah lagi dengan kekecewaan gagal ke Piala Asia 2015, akhirnya teka teki sama ada malanjutkan atau tidak kontrak jurulatih kebangasaan, Datuk K Rajagobal, terjawab juga. FAM tidak akan melanjutkan kontrak beliau yang berakhir bulan depan. Bacalah laporan Harian Metro ini.

K.Rajagobal
KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tidak akan melanjutkan kontrak ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal yang bakal tamat 31 Disember ini.

Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal mengumumkan, keputusan itu selepas ahli Exco FAM sebulat suara bersetuju untuk tidak melanjutkan kontrak Rajagobal yang mula membimbing Harimau Malaya pada 2009. 
"FAM ingin merakamkan penghargaan kepada Rajagobal di atas sumbangannya terhadap negara selama ini.

"Beliau sudah menyumbang kejayaan kepada negara namun kita memikirkan untuk mencari pengganti yang boleh membawa kita ke tahap lebih baik," kata Subahan.

Sementara mendapatkan pengganti, FAM bersetuju melantik jurulatih Harimau Muda Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali sementara Harimau Malaya.


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Sabtu, 23 November 2013

5 Kisah haiwan yang ditangkap kerana melakukan jenayah

Jangan sangka manusia sahaja yang melakukan jenayah dan jangan pula sangka hanya haiwan buas yang boleh melakukan jenayah berat. Berikut adalah kisah benar mengenai haiwan yang ditangkap kerana melakukan jenayah.


1. Seekor kucing ditahan di penjara Rusia kerana terlibat dengan plot penyeludupan telefon bimbit.
Pada bulan Jun lalu, seekor kucing telah ditahan polis selepaa ia didapati cuba untuk menyeludup telefon bimbit ke dalam sebuah penjara di Syktyvkar, wilayah Komi, Rusia. Tindakannya berjaya dikesan oleh seorang pengawal penjara yang melihat seekor kucing yang mana terdapat telefon yang diikat di bahagian perutnya. Namun menurut laporan, kucing itu terlepas juga dari hukuman penjara berpanjangan. (link)


2. Seekor kambing ditahan kerana dengan sengaja merosakkan kereta polis.
Kisah benar ini juga berlaku pada bulan Jun lalu. Tiga ekor kambing telah ditahan selepas dituduh merosakkan kenderaan polis. Jenayah kambing-kambing itu diklasifikasikan sebagai jenayah vandalism. (link)


3. Seekor lembu ditahan dalam kes pembunuhan
Di Negeria, semasa satu karnival pengorbanan, telah berlaku pergaduhan di kalangan remaja yang berkumpul dalam karnival tersebut. Pergaduhan itu mengakibatkan seorang lelaki maut selepas ditikam dengan botol tajam oleh seorang lelaki lain. Semasa polis tiba di tempat kejadian, semua orang sudah meninggalkan kawasan tersebut dan yang tinggal hanyalah seekor lembu yang sepatutnya menjadi korban pada karnival itu. Polis menahan lembu tersebut dan membawanya ke balai. Lembu itu adalah satu-satunya makluk yang ditahan dalam kes tersebut. (link)


4. Burung merpati ditahan di India kerana disyaki sebagai pengintip
Seekor burung merpati ditahan di bawah kawalan ketat pengawal bersenjata selepas disyaki menjadi pengintip dari negara jiran, Pakistan. Polis mengesyaki bahawa merpati tersebut telah terbang ke India dari Pakistan dan membawa mesej tertentu, walaupun mereka sebenarnya tidak menjumpai apa-apa nota. Tidak ada sesiapa dibenarkan untuk melihat burung merpati itu. (link)


5. Seekor monyet ditahan di Pakistan kerana menceroboh sempadan India
Percaya atau tidak, pihak berkuasa Pakistan di wilayah Punjab telah menahan seekor monyet yang telah menceroboh di Cholistan. Monyet itu dipercayai telah mengembara dari India. Selepas orang ramai gagal menangkapnya, mereka telah membuat laporan kepada pegawai hidupan liar. Kini monyet itu telah diletakkan di Bahawalpur Zoo dan dinamakan sebagai Bobby. (link)


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami!

Jumaat, 22 November 2013

5 Jenis TV slim murah yang berharga kurang dari RM500 online

Televisyen atau nama pendeknya, TV, memang merupakan salah satu keperluan asas pada zaman ini. Hampir semua rumah yang dihuni pastinya memiliki satu dua tv di dalam rumah. Kalau anda teringin nak beli tv baru atau saja nak tambah tv untuk keperluan peribadi, berikut adalah antara 5 tv slim yang mungkin boleh anda pertimbangkan.

> Menonton perlawanan bola di TV memang seronok. Tapi lebih seronok tengok secara LIVE di stadium. Tahu tak anda boleh menang tiket ke London tengok EPL percuma? Ada dua tiket untuk dimenangi di sini. Cepat rembat sini!!

15"
1024 x 768p
LCD technology
1 HDMI/1 VGA
High dynamic contrast ratio
Slim & stylish
Harga terkini: RM 249




15"
1024 x 768p
USB port
Sound balancing control
Harga terkini: RM 279



17"
1440 x 900p
1 HDMI port
178°/178° viewing angle
15000:1 contrast ratio
Harga terkini: RM 349



24"
1920 x 1080
LED
1 HDMI port
Harga terkini: RM 499



19”
1366 x 768p
1 HDMI port
Brightness control with Ultra-Brilliant LED
High transmission
Harga terkini: RM499

Semua tv kat atas ini ada banyak jenama dan variasi yang lain. Anda boleh beli online di Lazada Malaysia. Harga yang dinyatakan di sini tidak akan selamanya sama dengan harga yang dinyatakan di Lazada kerang harga sesuatu barang itu akan berubah mengikut permintaan dan perubahan teknologi. Bagi korang yang tinggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor atau mana-mana tempat yang berhampiran dengan pusat jualan online di Lazada ini, anda boleh memilih kaedah pembayaran Cash On Delivery. Penghantaran percuma jer. Kalau tempat lain yang jauh sikit, mereka akan gunakan khidmat penghantaran ekspress.


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

1001 Kepalsuan! Mr. Bean dah mati kerana bunuh diri

Mr.Bean atau Rowan Atkinson menjadi mangsa terbaru 'internet hoax' yang menyatakan bahawa beliau sudah meninggal dunia kerana bunuh diri. Berita palsu ini tersebar luas di laman sesawang sosial seperti Twitter dan Facebook sejak beberapa hari lalu.

Penyebaran berita palsu ini turut mengandungi link aplikasi yang mengandungi virus. Menurut jurucakap Rowan Atkinson, dia menegaskan bahawa aktor itu masih hidup dan sihat. Tidak lama dulu pun, Mr. Bean turut menjadi mangsa media sosial yang mengatakan bahawa dia sudah memeluk Islam. Namun berita itu dinafikan.

Sebelum ini, dah ramai selebriti terkenal yang menjadi mangsa 'death hoax' seperti Justin Bieber, Eddy Murphy, Brad Pitt, dan Aaron Aziz juga. Jadi, untuk mengelakkan dari 'termakan' berita palsu macam ni, janganlah terlalu bergantung pada wall Facebook untuk mendapatkan informasi yer.


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami!

Khamis, 21 November 2013

10 Gambar yang akan membuatkan anda terpegun

Lihatlah gambar-gambar di bawah ini, memang sangat menarik. Nampak macam digambar menggunakan teknik fotografi biasa saja kan. Tapi sebenarnya ia bukan gambar fotografi tetapi ianya adalah hasil lukisan dengan menggunakan pensel sahaja. Wow! tengoklah betapa telitinya pelukis ini.




















Seni lukisan ini dihasilkan oleh pelukis realists terkenal, Paul Cadden. Kalau anda nak tengok banyak lagi hasil lukisan seumpama ini, boleh kunjungi laman web PaulCadden.com

Oh ya, kalau anda ni peminat smartphone, tengoklah spesifikasi terbaru Sony Xperia Z1 ini. Memang awesome juga.


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari, pastikan anda LIKE Fanpage kami di Facebook!

5 Kelebihan kereta bersaiz kecil berbanding kereta saiz besar

Kereta saiz kecil dan kereta saiz besar mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Berikut antara kelebihan kereta saiz kecil berbanding saiz besar.

1. Kereta kecil lebih jimat minyak lebih-lebih lagi kalau sering digunakan di kawasan tanah rata atau kawasan bandar.

2. Senang cari parking. Jadi tak perlu lah bazir masa cari parking kat mana-mana. Malah cepat nak parking.

3. Harga lebih murah. Lainlah kalau korang beli Mini Cooper atau Porche.

4. Mudah nak handle. Kereta saiz kecil biasanya mudah untuk dikawal dan senang nak elak dari bergeser dengan kereta lain. Tapi of course ianya bergantung juga dengan kemahiran si pemandu.

5. Senang dan murah nak maintain. Kalau kereta kecil ni pergi servis, murah jer. Nak tukar mana-mana part pun tak lah mahal sangat. Apa lagi kalau kereta tempatan.

Ni ada satu kereta bersaiz kecil yang memang cute. Tengoklah Picanto terbaru dari KIA kat Malaysia ni. Nampak macam Myvi terbaru tapi tak juga. Kereta kecil macam ni memang sesuai untuk orang bujang..hehe.
KIA Picanto

Artikel seperti ini disiarkan setiap hari, pastikan anda LIKE Fanpage kami di Facebook!

Rabu, 20 November 2013

10 Gambar penyanyi lagenda Elvis Presley, Kurt Cobain, John Lennon dan yang lain sekiranya mereka masih hidup sekarang

Beginilah rupa para penyanyi lagenda terkenal pada masa sekarang sekiranya mereka masih hidup. Gambar-gambar ini telah digubah oleh Sachs Media Group.

John Lennon


Kurt Cobain


Bob Marley


Elvis Presley


Bobby Darin




Dennis Wilson


Jim Morrison


Karen Carpenter


Keith Moon


Jimi Hendrix

Termenung seketika memikirkan, macam mana lah muka kiter bila dah tua nanti yer..itupun kalau dipanjangkan usia..

Artikel seperti ini disiarkan setiap hari, pastikan anda LIKE Fanpage kami di Facebook!