Mungkin ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli tentang hal ini, tetapi salah satu perkara penting yang perlu ibu bapa ambil kira dalam melihat perkembangan anak-anak remaja mereka ialah dari segi hubungan cinta mereka. Jadi apabila anak remaja terutamannya anak perempuan mengalami pengalaman putus cinta, pastinya ia akan memberi kesan mendalam kepada emosi dan mental mereka. Di sini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk mendidik anak-anak remaja mereka tentang cara menangani masalah emosi selepas putus cinta. Berikut antara 4 perkara yang perlu ibu bapa buat ketika berhadapan dengan anak remaja perempuan yang baru putus cinta.
Mendengar
Perkara pertama yang perlu anda sebagai ibu bapa lakukan ialah mendengar luahan hati anak anda tanpa sikap prejudis. Mendengar tanpa prejudis bermaksud anda tidak menghakimi pemikiran, perasaan tidak puas hati dan ekspresi emosi anak anda. Biarkan anak anda itu meluahkan segalanya dahulu tanpa memotong kata-katanya. Kalau anak anda nak menangis, hulurkan bahu anda dan biarkan dia menangis. Dalam keadaan inilah anak anda memerlukan sokongan emosi dari orang-orang yang dekat dengan dia terutamanya keluarga.
Empati
Empati bermaksud anda merasai perasaan emosi anak anda ketika itu serta menunjukkan bahawa anda memahami perasaan anak anda yang baru putus cinta itu. Cuba neutralisasikan emosi anak anda itu dengan mengatakan "Saya faham kenapa kamu merasa begitu kecewa, kebanyakkan orang juga akan kecewa macam kamu jika putus cinta". Keadaan ini memberi ruang kepada anak anda untuk menyedari bahawa bukan dia saja yang akan terluka kerana mengalami putus cinta ini.
Beri Dorongan
Mungkin anak anda akan berada dalam mood pessimitik dan tidak lagi yakin dengan percintaannya dan paling terus mungkin dia tidak lagi percaya bahawa dia akan mendapat teman lelaki yang sesuai di masa hadapan. Dalam keadaan ini, anda perlu memberi dorongan kepada dia untuk menjadi lebih optimistik tentang masa depan percintaannya. Jika peristiwa putus cinta itu menyebabkan anak anda sering mempersoalkan nilai dirinya, beri dia dorongan untuk menyenaraikan kualiti-kualiti diri atau apa-apa kelebihan yang dia ada. Apabila anak anda menyedari akan kelebihan yang dia ada, maka perkara ini akan membantu meningkatkan lagi self-esteem mereka. Selain itu, beri dorongan kepada anak anda untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang disukai dalam usaha untuk distract pemikirannya dari terus memikirkan tentan kekecewaan putus cinta.
Beri kata-kata hikmat
Ketika anda sedang meredakan perasaan kecewa anak anda itu, ambil peluang ini untuk berkongsi pengalaman serta bagaimana anda menangani masalah putus cinta ini. Ceritakan kepada anak anda apakah perkara yang pernah anda buat selepas putus cinta suatu ketika dahulu dan bagaimana anda akhirnya 'sembuh' dari perasaan kecewa itu. Sebaiknya, anda lakukan perkara ini selepas anak anda benar-benar sudah meluahkan segala yang tersimpan di dalam hatinya yang kecewa selepas putus cinta.
Memang lah kebanyakkan kita akan mengatakan bercinta semasa di sekolah menengah hanyalah 'cinta monyet'. Tapi ramai antara kita tidak sedar bahawa dari 'cinta monyet' inilah peluang terbaik kita untuk mempelajari bagaimana berhadapan dengan masalah emosi selepas putus cinta. Ramai remaja yang cuba bunuh diri sebab tidak dididik tentang hal ini.
Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...