Program realiti Biggest Loser adalah antara rancangan televisyen paling popular di Amerika. Malah rantau kita juga sudah ada edisi Biggest Loser Asia yang memang jadi kegilaan ramai. Bukan sahaja sebagai sumber inspirasi untuk menguruskan badan bagi mereka yang berbadan gemuk malah juga sebagai rujukan pemakanan yang sihat.
Namun, betul lah kata orang, memang mudah untuk menurunkan berat badan kepada berat ideal tapi untuk mengekalkannya memang sukar. Berikut antara 5 peserta Biggest Loser yang dah kurus ketika menyertai program realiti tv itu tapi jadi gemuk semula selepas beberapa bulan menamatkan program Biggest Loser.
1. Erik Chopin
Peserta dan pemenang Biggest Loser 2006. Mempunyai berat 407 paun sebelum menyertainya dan berjaya mengurangkan 214 paun beratnya. Tapi selepas program itu tamat dan dia kembali kepada rutin hariannya, Erik menambah beratnya semula kepada 368 paun tanpa menyedarinya. (link)
Erik |
2. Ryan Benson
MErupakan pemenang pertama Biggest Loser. Dia berjaya mengurangkan 122 paun dari berat asalnya, 330 paun, dalam rancangan tersebut. Dia mengakui bahawa dia telah menahan lapar dan hanya mengambil minuman tambahan sebelum finale rancangan tersebut. Nampaknya fokus Ryan hanyalah untuk finale dan bukan untuk kehidupannya yang mendatang. Kini dia bergelut semula dengan berat badannya terkini iaitu 300 paun. (link)
Ryan |
3. Felipe Fa
Jika anda melihat Biggest Loser Musim ke-7 di mana pada peringkat awal, para peserta bertanding secara berpasangan. Felipe Fa bersama dengan sepupunya, Sione memang menjadi pasangan yang digeruni dalam musim tersebut. Sione sehingga kini masih lagi mengekalkan berat badan idealnya tetapi berbeza pula dengan Felipe Fa. Dia kini kembali semula kepada berat asal kerana tidak tahan dengan godaan makanan. Disebabkan oleh penambahan semula berat badan tersebut, Felipe sering memencilkan diri. (link)
4. Bill Germanakos
Merupakan pemenang Biggest Loser musim ke-4. Namun kehidupan di belakang kamera bukanlah semudah yang disangka. Dia kembali bergelut dengan masalah berat badan kerana gaya hidup yang kurang selari dengan apa yang dipelajarinya ketika berada dalam rancangan tersebut. (link)
5. Frado Dinten
Pemenang tempat kedua Biggest Loser musmi ke-10 ini mengakui bahawa dia telah mengalami penambahan berat badan mendadak selepas program tersebut. (link)
BL Reunion. Frado, Tara, Erik, Bill and others |
Sebelum ini, para peserta program Biggest Loser telah mengadakan 'reunion' untuk berkongsi pengalaman hidup masing-masing selepas menyertai program tersebut. Dan memang boleh dilihat dengan ketara siapa yang maintain berat badan dan siapa yang kembali kepada berat asal.
Tapi, tak kira lah gemuk ker kurus, yang penting kita tahu akan 'value' kehidupan kita dan berusaha memperbaiki diri.