Senarai 5 pelakon lelaki Malaysia paling kacak. Ini senarai saja, bukan top list. Tiada yang lebih kacak dari yang lain. Semua dinilai secara neutral saja. Dan senarai ni hanya lah berdasarkan kepada pendapat dan pandangan penulis.
1. Aaron Aziz
Lelaki ini memang jenis lelaki idaman para wanita. Sikapnya yang penyayang dan 'family man' memang dipuji ramai.
2. Fizo Omar
Pemenang tempat kedua Hero Remaja 2007/2008 ini nampaknya semakin mendapat nama dalam dunia seni tanah air. Selain berlakon dalam banyak drama dan filem, Fizo juga pernah menjadi pengacara dalam Gen-X.
3. Zul Ariffin
Simply macho dan hensem. Siapa setuju? angkat kening...
4. Ashraf Muslim
Kalau dia tenung mata para wanita kat luar sana, agak-agaknya boleh cair tak? Sekarang masih ada 2 kuota lagi tau.
5. Hans Isaac
Dulu masa dia muda-muda memang jadi kegilaan ramai wanita. Pernah dikaitkan bercinta dengan Erra Fazira namun hubungan mereka tidak kekal. Eh, Hans dah kawin ker belum?
Sebenarnya ada banyak pelakon lelaki Malaysia yang kacak. Ye lah, itu kan dah menjadi antara pakej utama kalau nak jadi pelakon. Contohnya, Fahrin Ahmad, Ady Putra, Farid Kamil dan Syamsul Yusof.
Dan pada pandangan wanita, lelaki kacak bukan sahaja dari segi rupa tetapi juga dinilai dari segi penampilan dan perwatakan mereka. Kalau asyik ada kontroversi jer, memang saham akan turun. Populariti jer naik.