Memang hangat diperkatakan sejak dua hari lalu mengenai hadiah bernilai RM7.2juta yang didakwa telah diberikan kepada Nora Danish. Namun demikian, Nora Danish menyangkal dakwaan tersebut. Berikut antara laporan dari Sinar Harian mengenai gosip ini.
"Setahu saya dia beli rumah dan sebuah kereta mewah untuk ibunya dan ia bukan wang Nadeem seorang. Ia bukan untuk saya dan saya kasihan dengan dia kerana apa yang dia buat semuanya dikaitkan dengan saya," ujar aktres cantik, Nora Danish.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan beberapa media yang mengatakan kekasihnya, Nadim Mohamed Nazri atau Nadeem, membelikan sebuah rumah yang bernilai RM7.2juta untuknya.
Nora berkata, dia berharap penjelasannya ini menjadi titik noktah dan tidak ada lagi yang mengaitkan isu pembelian rumah dan kereta mewah itu dengan dirinya.
Aktres itu mengaku Nadeem adalah lelaki yang rapat dengannya kini tetapi menegaskan dia berkawan dengan anak kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu bukan kerana harta.
"Saya tidak nafikan, sejak rapat dengan Nadeem, ramai kata saya berkawan dengan dia kerana harta dan dia anak menteri. Tetapi kalau orang boleh fikir, buat apa saya nak cari yang kaya, anak menteri, kerana pengalaman lalu banyak ajar saya.
"Apa yang saya pentingkan adalah kami selesa antara satu sama lain. Keluarga juga selesa dengan kami," jelas Nora.
Khabar angin yang sedang bertiup kencang. Tak kan lah pokok bergoyang kalau tak der angin. Tapi pokok juga akan bergoyang bila ada monyet yang menggoyangkannya....hohoho..
Seluar jeans Levis REVEL paling fleksible..tengoklah..
Pengakuan seorang pengguna DUMEX...biar betul!