Sharnaaz kesal dikaitkan dengan keganasan lelaki Shila Amzah | Boros Di Aralom

Ahad, 6 Oktober 2013

Sharnaaz kesal dikaitkan dengan keganasan lelaki Shila Amzah

Pelakon Sharnaaz Ahmad kesal dan kecewa terhadap fitnah yang dilemparkan kepada beliau apabila mengaitkannya dengan status yang ditulis bekas kekasihnya, Shila Amzah yang mengakui pernah menjadi mangsa keganasan lelaki.

"Kalau tak puas hati, datang jumpa saya. Tak guna cakap belakang-belakang. Orang yang cakap belakang ini menggambarkan kebodohan mereka sendiri," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut pelakon berusia 28 tahun itu, beliau tidak mahu dikaitkan dengan Shila dan beliau sendiri pun sudah memaafkan pelantun "Patah Seribu" itu serta tidak lagi menyimpan dendam.

"Saya dah lama memaafkan 'mereka'.Tapi saya tak tahu bagaimana pula di sebelah sana. Saya juga malas nak ambil tahu lagi mengenai mereka lagi. Lagipun buat masa ini, saya hanya fikirkan kerja."

Sharnaaz yang popular dengan gelaran 'Lan Todak' iaitu nama watak beliau dalam filem "Juvana" kini sedang sibuk dengan penggambaran drama 13 episod, "Baby Yana" yang bakal ditayang di RTM dan turut berlakon dalam filem "Dollah Superstar" yang turut dibintangi Fizz Fairuz dan Awie. - Sumber